✿ Paid-up Advertisement ヅ

Hot Deal Everyday! Super Saver Unlimited!
Visondata pocket WiFi
Logo KBBA

Wednesday, March 31, 2010

Say "NO" (-) to Fast Food!!

Jauhi Makanan Segera


Makanan segera memang wajar digelar makanan remeh. Memandangkan hakikat inilah syarikat-syarikat makanan membelanjakan berjuta-juta ringgit ke atas iklan, penajaan dan promosi untuk meyakinkan orang ramai perkara sebaiknya. Tempat-tempat perniagaan (restoran) mereka didakwa menjadi tempat hiburan untuk kanak-kanak dan keluarga, mengikut aliran semasa dan kita diberitahu makanan itu selamat dimakan dan berkhasiat.
Kami tidak mengatakan semua makanan segera adalah makanan remeh. Ia sememangnya makanan tetapi mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan. Jika dijadikan hidangan yang dinikmati sekali-sekala, makanan itu kurang memudaratkan. Tetapi jika terlalu kerap dimakan, ia boleh menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan. Tanpa disedari, ia akan mendedahkan anda sekeluarga kepada pelbagai penyakit - mula-mula kerosakan gigi, sembelit, tubuh menggeleber, kegemukan... diikuti oleh tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit jantung malah mungkin kanser usus besar.
Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:
  • Burger daging (1/2 paun) boleh mengandungi 2 oz lemak tulen. Ia membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.
  • Ayam goreng: Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperolehi dari lemak). Banyak garam. Ia membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.
  • Kentang goreng: Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.
  • Milk Shake: 5 oz susu di dalam 10 oz shake, bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemulsi. Ia juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium, dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.
  • Cola: Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula). Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanan: kosong.
Secara keseluruhan, kita dapat lihat terdapat sejumlah protein, zat besi, kalsium dan beberapa vitamin yang baik. Namun kebanyakan bahan itu tinggi kandungan kalorinya, direndam dalam lemak dan dipenuhi gula dan garam. Ia kekurangan serat dan kebanyakan vitamin serta zat galian perlu. Apa yang kurang ialah keseimbangannya.
Satu sajian makanan segera membekalkan anda separuh kalori dan dua pertiga lemak serta protein yang anda perlukan sepanjang hari. Tetapi jika anda mengambil sajian makanan ini sebagai makanan ringan, di antara sajian tetap anda, anda akan mendapat lebih banyak kalori, protein, lemak daripada yang diperlukan tubuh. Anda akan kekurangan sesetengah zat makanan perlu yang membentuk diet lengkap dan seimbang.


Lemak


Sebiji burger boleh mengandungi sebanyak 35% (atau mungkin lebih) lemak. Kentang goreng dikatakan lebih baik (dari segi khasiat) daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam lemak, biasanya lemak tepu, yang menggalakkan penyakit jantung. Lebih buruk, ia biasanya disediakan separa masak di dalam lemak dan kemudian dimasak sekali lagi sebelum dihidangkan. Jumlah berganda di dalam satu hidangan ini boleh mengandungi di antara 11 dan 16 g lemak.
Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula, pengemulsi, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain.
Jangan menyangka ayam dan ikan kurang lemak. Ia juga digoreng dengan menggunakan banyak minyak di mana kebanyakkannya sama buruknya.




Jadual 1. Lemak di dalam makanan segera
MakananJumlah lemak ( )Bahagian kalori daripada lemak (%)
Big Mac McDonald's
54 g (27 g)
59
Aiskrim vanilla Baskin Robbins100g (12 g)52
Burger King Whopper36 g ( 12 g)52
Ayam goreng Kentucky (4 ketul)45 g ( 12 g)58
Burger McDonald's bersama keju25 g ( 12 g)46
Fillet-o-fish McDonald's26 g ( 7 g)56
Sumber : Tim Lobstein (dari Suruhanjaya Makanan London), Fast Food Facts, Camden Press Ltd., London, 1988.



Kandungan daging


Anda mungkin menyangka sebiji burger hanyalah daging cincang. Namun definisi daging bagi industri makanan segera tidak sama dengan apa yang anda sangkakan. Tanpa mengambil kira bahagian lemak, daging itu tidak semestinya daging semata-mata. "Daging tanpa lemak" boleh (secara haram) termasuk tulang, kulit, rawan dan urat, lidah, usus dan organ-organ lain serta ekor yang dikisar. Ia juga boleh termasuk daging yang diperolehi dengan menggunakan mesin: diperbuat daripada sisa-sisa yang dipotong dan lemak yang dikikis daripada haiwan sembelihan oleh mesin. Bahan-bahan ini kemudiannya dikisar dan diadun menjadi adunan cair dengan menggunakan pengemulsi dan pemekat.
Sebiji burger boleh mengandungi daripada 50% hingga serendah 25% "daging tanpa lemak" sedemikian. Burger lain dicampurkan lemak dan ramuan-ramuan bukan daging seperti biskut garing (rusk) dan tepung kacang soya serta serbuk bawang. Campuran itu disebatikan dengan pengemulsi/pemekat (seperti selulos atau palpa kapas, rumput laut atau gam pokok), menjadikannya kelihatan menarik dan lazat dengan pewarna tiruan seperti Tartrazine, gula, perisa kimia, MSG dan garam.
Pada 1989, CAP menguji 9 contoh burger beku dari pasar raya dan mendapati sejumlah besar lemak dicampurkan. Jumlah ini dalam lingkungan 11- 24% (iaitu 9 hingga 18 g lemak tepu tulen di dalam sebiji burger sederhana saiznya kira-kira 75 g), berbanding dengan protein yang terdiri daripada 12 - 18%. Yang lain merupakan isi bukan daging, biasanya roti yang sudah berkulat.


Garam


Secara purata seseorang itu memerlukan tidak lebih daripada 5 g atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji Big Mac boleh mengandungi 2 hingga 3 g garam, sementara tiga ketul ayam goreng Kentucky boleh mengandungi 3 hingga 4 kg.


Gula


Kebanyakan makanan segera amat manis. Malah bahan makanan yang tidak manis mengandungi gula kerana banyak pengeluar menggunakan gula untuk menyedapkannya.


Bahan makananJumalh gula (%)Bil. sudu teh
Pai epal digoreng dengan banyak minyak153
Milk shake (kecil)8 - 123
Cola1114
Daging dalam ban bijan63
Pizza keju dan tomato32
Sumber :  Fast Food Facts, Camden Press Ltd., London, 1988.

Serat


Serat terkandung di dalam buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit, atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. Ia juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses, ia hampir tidak mengandungi serta diet. Tidak terdapat di dalam burger, ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad seperti makanan seimbang kepada pelanggan.


Vitamin dan zat galian


Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan milkshake, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun dalam sehari, anda perlu mengunyah empat burger seberat suku paun tiap satu untuk mendapatkan cukup zat besi, 15 paket kentang goreng untuk mendapatkan cukup vitamin C dan menyedut 10 shake bagi mendapatkan kalsium secukupnya.

*******************

Kesimpulannya, untuk mendapatkan zat secukupnya daripada makanan segera, anda mungkin menjadi terlalu gemuk hingga sukar duduk di atas kerusi plastik restoran McDonald's!

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

dEtik iNi..~~??

Walaweh..ari ni aq cuti da..besh nye tmbh2 laks semalam bru kuar gaji.. Besh2!!
Aku bru balik dr gi byr duit yuran konvokesyen aq kat Bank Islam..pas tuh gi byr saman yg da berkurun aq x byr..huhu..nasib baik dpt kurg..fuuuhhhh..~~terase ringan sket beban aq.. Wit kete pun aq da byr..baru smlm dpt pegang wit byk, tup2 ari ni da sket balik wit aq..hampas toll...tp xpe la..sume nye da setel..Alhamdulillah..

Haha..mlm ni laks aq nk ajak family cik ayu gi mamam..
[hehe..bukan senang aq nk belanje neyh..]
Sebulan sekali ape slh nye..da aq dok umh die..hehe..!!

Ermm..sok keje lg..keje middle shift lak tuh..mls tol.. hurmm..
tp xpela, leh bangun lmbat sket..hehe..[nOty!!] (^;*)
Career aq skng pun da ok sket..da kurang sket kena marah ngan boss..kena tegur sket2 tuh normal lorh..yg penting, keje tip~tOp!!

X sabar rase nye nk tunggu hari konvo aq 25th till 26th April neh..
Da lame da dok tunggu, bile nk konvo.. grad da setahun da, konvo nye x tibe2.. at last, br dapat surat yg konvo next month.. baju, kasut sume x beli lg neh..huhu.. xpe2 slowly.. hehe..
Yg penting, yuran konvo sume da byr.. Amiiiinnn...

Hmmm..antok la plak..tido jap ahh.. ti mlm nk kuar..huhu.. duit2..
npe la x pnh nak cukup..??#$%%$**

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Saturday, March 27, 2010

♥kehidupan aku lorh..♥~~~

Kehidupan aq skng ok laa..berbanding dulu..
Skng, ade da ade career, and da nmpak future hidup aq..
mmg ramai org ckp pasal aq..mengata, mengumpat, mengeji..tp, diorg kena pkey 1 je..
yg mengata tuh, da betul2 perfect ke??da confirm ley masuk syurga??
Truly aq admit yg ramai org x suke ngan cara hdup aq skng..but, u'all must think first, life must go on.. Jgn pasal aq keje jadi "guest service assistant", yg mmg xleh pakai tudung, they'all nk pandang rendah diri aq.. entah2 amal yg they'all wat selama ni are wasting they time jew.. i mean, x gune wat amal byk2 tp mengumpat..tau x dosa mengumpat tuh lebih besar dr membunuh???
Hahaha...up to they all la nk kate ape kat aq..yg aq tau, i have my own life that i must followed..

Orait..about my life..now i work at Avillion Legacy Hotel Melaka..as a GUEST SERVICE ASSISTANT..
My career skng more about communication with the guest, yg dtg ke hotel..so, kalo you all nk check in and dpt rate yg beshh!! punye, dtg je contact aq keyh~~~!!!!

Dua hari lepas, kete aq wat hal..ade plak time aq nk otw gi keje,tah dtg dr mane punye bunyi..aq pown contact cik ayu [my auntie]..die suh pth balik umh..aq balik je la..uncle aq yg anta gi keje..
U all tau x ape prob kete aq?? tayar belakang sblh kanan longgar..paaappp!!~~~RM55 melayang~~~ $$$$$%%%%%%..geram gile..tp xpe la..kete da ok da..hehe..

Now, i'll drive extra carefully..so that my car will maintain its health..hehe...~~
Sampai sini jela story aq utk post kali ni..so tired..i wanna go bed..haha..yg penting, cik ayu da dpt bibik baru you alls...haha...~~senang la keje kat umh ni pasni..keh3..~~!!! Jahatnye aq..ok lorh..cau cin cau!!!~~~~@@@@@♥♥♥


Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Tuesday, March 23, 2010

Just for my MR. LOVE..

B.. syg terlalu cintakan b.. harap b fhm and sedar ape yg syg wat selame ni semua nya utk b..
B tau x, sejak mula2 kita couple dulu..mcm2 yg syg fikirkan..syg takut syg akan kecewa lagi...
Tp b bagi syg harapan..supaya yakin yg cinta kita ni bakal berakhir dengan sebuah ikatan yg suci dan sah..
Sume tu syg fikirkn..utk masa depan kita bersama, b... B..syg cintakan b setulus hati syg.. tiada yg lain yg boleh menggantikan b.. tiada ucapan lain melainkan..   Syg harap, cinta kita akan kekal buat selama2 nya..
Walau sejuta rintangan yg dtg..syg tetap harapkan b.. I love you b..
Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Percaya atau tidak???

Assalamualaikum kpd sume kwn2 aq yg kat luar sane.. Skng aq nk cite sesuatu yg bleh la dikatekan keajaiban dunia.. Skng ni dunia semakin maju, pemikiran manusia juga semakin berkembang..jd, x salah rase nye kalo saye nk share sesuatu yg saye rase xde rugi ape2 pun kalo kita wat..


First skali,
kalo kita nk wat satu benda tu mesti la sekurg2nya benda tu bernilai kn??
haa...mane ade org nk wat perkara sia2??wat rugi je..tenaga, mase, dan wang ringgit.. $$$$$


Now!!
meh saye tunjuk kan care yg mudah and x sia2 pun..ni melibatkan soal usaha dan kestabilan ekonomi..yg penting, x payah melabur 1 sen pun..just advertise kan je bende ni.. Jom!!!






Klik je banner kat atas ni..and anda akan tau jwpn kepada kekusutan wang ringgit anda.. Try dulu..baru korg akan tau ape sebenarnye maksud cabaran!!
Benda ni bukan spam, or bukan skim cepat kaya..tp link utk mengiklankan sesuatu..





How would you like to get $10 free? Nothing to buy! Visit GeoString.com

Hahh..tunggu ape lagi??cepat2 la sign up..klik je link tuh..xnk wit ke??
hehe..sume terpulang kepada korg ye..aq da try..and it's work!!
InsyaAllah....
Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Monday, March 15, 2010

huhhu..penat nye thiz week..tp syok!!

Hahaha...penatnye..tp syok ar..this week,aq holiday sampai ke perak..jln2 kat melaka lg..byk nye tmpat aq pegi..mule2 gi perak..kenduri kahwin member baik aq..mizatul..kat sungkai..pas tuh gi mandi air terjun ulu yam plak..dah tu..gi lepak shah alam plak..seharian merayau..esoknye gi jln2 pusing bndar melaka ngan melah..member aq yg da sekian lame x jumpe..7 tahun tau..syok gile..tp agak penat..anyway,aq bahagia sgt minggu ni..dpt release segala tension keje aq..hoh..wit plak da kering...
Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

✿ Link for Blogwalking View ヅ

Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™