✿ Paid-up Advertisement ヅ

Hot Deal Everyday! Super Saver Unlimited!
Logo KBBA Visondata pocket WiFi
Logo KBBA

Sunday, October 17, 2010

Home » » Cerpen: Aku Bukan Untukmu @ part 1

Cerpen: Aku Bukan Untukmu @ part 1

Salam Reader's!!~

hye u alls. cerita di bawah adalah rekaan semata-mata. tiada kaitan sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah pun meninggal dunia. Tetapi, kebanyakan isi cerita ini adalah kesinambungan kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita khasnya.

Petang itu, Nur Zulaikha bekerja seperti biasa. Dia memang seorang pekerja yang berdedikasi. Hari itu, dia bekerja seorang diri memandangkan rakan-rakannya yang lain mengambil cuti. Dia meneruskan kerja yang tertangguh di atas meja. Matanya tepat menuju ke arah komputer. Dalam hatinya berkata, "nasib baik hari ni tak busy. Kalau busy, tercabut jugak kepala lutut aku ni." Bekerja sebagai pembantu kaunter hadapan sememangnya banyak cabaran. Apatah lagi untuk melayan karenah guest yang datang menginap di hotel tempatnya bekerja. Tambahan pula, hotel itu hotel yang bertaraf empat bintang. 

Sedang Zulaikha leka meneruskan kerjanya, datang pula seorang jejaka singgah di kaunter itu. Zulaikha terkejut. Disangkanya guest. Rupa-rupanya sangkaannya meleset sama sekali. "Huh..ye abang. Boleh saya bantu?", tegurnya ikhlas. "Nak mintak tolong boleh?", si jejaka itu membalas. "Tolong apa? cakap la. Orang banyak kerja ni..", pintasnya. Sambil tepat merenung wajah mulus milik Zulaikha, si jejaka berkata, "Amboi..sombongnya..nak mintak tolong pun, marah ke? abang nak mintak print bills. Ini folio number nya.." "Oke..", balasnya ringkas. "Cantik Ika hari ni. Anak siapa lah yang cantik ni ye??", kata si jejaka. Zulaikha tersentap. Seakan lain macam sahaja bunyi pertanyaan jejaka itu. Namun, Zulaikha malas hendak melayan nya. Dia pantas mencetak bil yang diminta oleh si jejaka. "Nanti kalau free, kita mesej boleh tak?", tanya si jejaka. Zulaikha tersenyum. Apa saja lah lelaki ini. Baginya, lelaki itu tidak lebih dari seorang teman sekerja. Zulaikha pun memang peramah orangnya. Kalau nak dikira, memang ramai lelaki di hotel itu yang suka berkawan dengannya. "Hmm, boleh..", jawab Zulaikha. 

Sebenarnya, jejaka itu salah seorang penyelia di hotel itu. Tapi lelaki itu bekerja di bahagian Banquet. Food and Beverage Department. Beliau memang terkenal dengan sikap playboy nya. Siapa tak kenal Irwan Husainee. Seorang yang gila-gila. Namun tetap tegas apabila bekerja. Zulaikha pun tidak berapa mengenali lelaki itu. Sebab jarang benar Irwan mahu bertegur sapa dengan staf baru. 

Zulaikha menyambung kerja yang terbengkalai. Diteliti rooming list yang diberikan oleh pengurusnya satu persatu. Telefon berbunyi. "Aduhh! kacau betul lah telefon ni..", keluh nya sendiri. Internal call. Maknanya, panggilan daripada dalam hotel. Bunyi nya sahaja sudah tahu. Sebab bunyi external call dengan internal call adalah berbeza. Zulaikha menjengah kepalanya menghadap ke telefon. 'Lounge'. "Siapa pulak yang call dari Lounge ni?", sambil matanya tepat menuju ke Lounge yang terletak bertentangan dengan kaunter. "Good Evening, reception. Ika speaking. How may I assist you?", sebutnya lancar. "Hye Ika! ni Abang Irwan lah..", terdengar di corong telefon. "Ye abang. Kenapa?", tanya Ika. "Saja je. Nak dengar suara Ika. Tak boleh ke?", duga Irwan. "Hisy..apa lagi mamat ni? mengacau aku nak kerja je", kata Ika dalam hati. "Ika..?", Zulaikha tersentap. "Ehh. takde lah. Ika oke je. Ni apa kena dengan abang ni? Tak pasal-pasal nak dengar suara Ika? kan tadi baru je abang datang kaunter ni?", tanya Ika. "Takde apa-apa. Boleh tak kita mesej kalau free?", tanya Irwan. "Kan Ika dah cakap tadi. Boleh..", jawab Ika. "Dah tu, cepat la bagi nombor handphone Ika", gesa Irwan. "Eh? Abang tak tau ke nombor telefon Ika? Abang mintak dekat Abang Razlan lah. Dia ada..", jawab Zulaikha acuh tak acuh. "Tak nak. Abang yang nak mesej dengan Ika. So, abang nak Ika bagi sendiri", kata Irwan. "Alaa..abang nak nombor celcom ke maxis?", tanya Zulaikha. "Wahh..banyak nombor? Ni mesti ramai peminat ni kan? Hmm. Takpe lah. Bagi abang nombor maxis. Sebab abang guna maxis", balas Irwan. "017-7123456", jawab Zulaikha. Oke. nanti abang mesej Ika ye?..bye!", kata Irwan pantas. Zulaikha ternganga seorang diri. Apa saja lah lelaki itu. Pelik. Tapi dia rasa perkara biasa. Dia tahu, mesti Irwan sengaja mintak nombor telefon nya. Tak semestinya lelaki itu akan menghubunginya.

Zulaikha menyambung tugas yang ditinggalkannya tadi. Dia sangat letih hari ini. Group Bank Islam Malaysia Berhad yang check in petang tadi amat merunsingkan kepala nya. Dia hanya mampu bersabar. Kalau service point bulan itu tak naik juga, tak tahu lah. Yang penting, dia sudah lali dengan semua itu.

Jam sudah menunjukkan jam 11.15 malam. Masanya telah tiba untuk Zulaikha pulang. Letih. Dia mahu segera pulang ke rumah. Mahu dicapai bantal dan selimut. Alangkah nikmatnya tidur. Dia keluar dari Back Office dan teru menuju ke basemen. Cepat-cepat dia menukar pakaian untuk pulang. Dia banyak mendengar cerita tentang makhluk selain manusia yang menjelma di malam hari. Macam-macam yang dia dengar. Naik meremang bulu tengkuk nya bila teringatkan kisah yang diceritakan oleh rakan-rakan sekerja nya.

Dia terus bergegas menuju ke tempat letak kereta. Semasa Zulaikha berjalan ke keretanya, dia terserempak dengan Irwan. Irwan tersenyum memandangnya. Zulaikha pelik. Kenapa tiba-tiba saja Irwan begitu mesra dengannya? Sedangkan dia sudah 6 bulan bekerja di situ. Tak pernah pula Irwan menunjukkan perangai peliknya seperti malam itu. "Nanti abang mesej ye?", kata Irwan. Zulaikha mengangguk lalu tersenyum saja. 

Zulaikha terus menghidupkan enjin kereta dan terus memandu pulang ke rumahnya. Dalam fikirannya hanyalah bantal dan selimut. Dia berasa amat mengantuk malam itu. Mungkin sebab dia terlalu letih mengulangkaji pelajarannya. Zulaikha masih belajar. Dia adalah part time student di Open University. Cita-cita harus diutamakan. Sebab itulah Zulaikha rajin bekerja. Kereta Produa Viva nya dipandu laju merentas malam menuju ke rumah nya. Dan dibiarkan alunan irama lagu dendangan Rossa dimainkan di radio yang menjadi kegilaannya, Suria.FM...

To Be Continued...
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

0 Chumel(s) comment ヅ:

✿ Link for Blogwalking View ヅ

Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2017 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™