✿ Paid-up Advertisement ヅ

Hot Deal Everyday! Super Saver Unlimited!
Logo KBBA Visondata pocket WiFi
Logo KBBA

Wednesday, October 6, 2010

Home » , , , , , » Wanita

Wanita

Salam Reader's!!~

hye u alls. i dah kembali normal. dan sudah kembali boleh berfikiran secara waras. i mintak maaf sangat sebab i post entry yang di luar kawalan akal fikiran i semalam. i terlalu tertekan. sakit hati. sedih. marah. i tak tahu nak describe macam mana lagi. u alls yang faham keadaan i, i ucapkan terima kasih banyak-banyak.

now, i nak berfikiran positif. i tak suka marah-marah. i tak suka sedih. i tak nak menangis. i tak suka. tapi kenapa lately ni benda-benda tu yang selalu i buat? i sendiri tak tahu. i nak happy selalu. i tak nak sedih. moody. u alls tahu tak, semua orang cakap, muka i manis sangat bila i senyum. tapi bila i marah or moody, muka i menakutkan. diorang semua takut nak tegur i. spesies manusia apakah i nih?

kadang-kadang sebagai manusia, kita tak boleh lepas dengan emosi. i perempuan. memang perempuan secara dalamannya bersifat lembut. walau sekeras mana lahiriah nya seorang perempuan itu, tapi batin nya tetap ada ciri-ciri kelembutan. i cepat tersentuh. tapi i cuba nak jadi kuat. nak jadi wanita cekal. tapi kadang-kadang i gagal. i gagal kawal emosi. 

i bangga tengok wanita yang ditinggalkan suami, namun masih mampu menjaga anak-anak nya. i kagum sangat melihat kaum hawa yang kematian suami namun masih cekal membesarkan anak-anak nya dan menjaga kehormatan dirinya. tapi i? hmm. entah lah. sedangkan dugaan kecil yang datang menimpa macam ni i dah jatuh. apatah lagi dugaan besar yang bakal i lalui suatu hari nanti?

u alls. i masih tak kuat. i masih terlalu muda untuk memahami cabaran hidup kaum hawa. tapi i dah sedar, yang itu semua bukan alasan. memang manusia diciptakan berpasang-pasangan. tetapi, kalau i ditakdirkan berpisah dengan kaum adam, i tak boleh jatuh. i kena bangun dan kuatkan semangat.

dan i harap u alls akan menjadi semangat itu. memang wanita mudah mengalirkan air mata. bahkan air mata jugalah kadang kala menjadi penyembuh duka. tapi haruskah dibiarkan air mata itu sentiasa mengalir walaupun ramai yang mahu memberi semangat kepada kita??


 i janji dengan diri i sendiri. i akan kuatkan semangat i. walau apa pun musibah yang melanda hidup i, i akan sentiasa tabah dan sabar menghadapi itu semua. terima kasih kawan-kawan. sebab kerana u alls semua lah i bangun semula. i akan cuba jadi wanita yang tabah dan hidup dengan gembira tanpa air mata! insyaAllah! :')

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

11 Chumel(s) comment ヅ:

makbed said... [Reply Here Bebeh!]

Bagus... Bersemangatlah kembali. Nurul masih muda dan perlu belajar. Betul apa yg Nurul cakap tu.

Anyway, Makbed ada kata-kata semangat sket:


Jangan tunjuk lemah dengan lelaki sebab nilai diri seorang perempuan bukan hanya dipandang dari segi terjaganya maruah sahaja, tetapi sejauh mana kecekalan dan ketabahan serta kebijaksanaan seorang wanita itu menguruskan kehidupannya. Wanita yang pandai berdikari jauh lebih 'gah' daripada yang jenis mengongoi minta dikasihani sepanjang masa. Buktikan yang Nurul BOLEH mengawal keadaan fizikal dan mental Nurul walaupun dia jauh. Tunjukkan yang Nurul baik-baik saja. Dia pun akan rasa hepi bila tgk Nurul hepi.

Tapi, adakalanya, kita takleh bohong diri kita yang kita memang rindukan dia, memerlukan dia. Tapi, cuba lah untuk ceria. Gembirakanlah hatimu. Usahle sedih-sedih ya. Berkedut muka tu kang. Jenuh la nak iron balik nak bagi licin. Hikhik!

Jap jap nak tanye.... si dia kemana ek? tertinggal ketapi la makbed ni.

Dah makbed wat blog kat ruangan komen nurul. heheee...sowi ye.

Cik Reena Tan said... [Reply Here Bebeh!]

xmo sedeh2 ye nurul~
u sdeh sbb jauh dari chenta hati u eyh?
guest what? chenta hati i lagi jauh taw..
ktorg jumpe once a month.. itu pon kalo jumpe..
fhm2 je la bile masing2 still study.. bukan ada source duit yg banyak..
so cheer up urself..
senyum lebar-lebar macam ni>>>>>> ^_______^

Cik Reena Tan said... [Reply Here Bebeh!]

xmo sedeh2 ye nurul~
u sdeh sbb jauh dari chenta hati u eyh?
guest what? chenta hati i lagi jauh taw..
ktorg jumpe once a month.. itu pon kalo jumpe..
fhm2 je la bile masing2 still study.. bukan ada source duit yg banyak..
so cheer up urself..
senyum lebar-lebar macam ni>>>>>> ^_______^

NOOR FATIN said... [Reply Here Bebeh!]

wanita perlu tabah! jangan lemah!
kuat, nurul!

Nurul chumel said... [Reply Here Bebeh!]

@makbed

takpe makbed..nurul tak kisah pun sebab nurul dah anggap makbed macam kakak nurul sendiri pun..nak wat satu entry khas utk nurul pun takpe..haha..dia study kat shah alam..selang satu negeri je dari nurul..tapi sejak dia study jauh ni, we alls makin jauh. tu yg nurul selalu touching tu..huhu..

Nurul chumel said... [Reply Here Bebeh!]

@NOOR FATIN

yes! nurul makin semangat dengan ada nya kamu semua!!~ :)

hani apandi said... [Reply Here Bebeh!]

kadang2, bila kita ada masalah..cepat je air mata tu mengalirkan..hani pun "ratu menangis" tau..+ merajuk..hee..

btw, nurul..kuatkan semangat! senyum siket nurul? heee..=.-

✿ Link for Blogwalking View ヅ

Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2017 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™