hey alls. oke. entri ini khas untuk kaum HAWA oke. sebab nya, mana pulak lah kita nak dengar kaum ADAM kena rogol. Tapi, rujukan ini adalah untuk semua readers. U alls boleh amalkan dan jugak boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Info berguna tau nih! Jom!
Sekiranya kamu ingin menuju ke mana-mana destinasi pastikan kamu pergi bersama teman. Elakkan dari jalan berseorangan.
Awasi ahli keluarga yang kurang siuman agar individu tersebut tidak terbiar dan terdedah kepada bahaya rogol.Ini bagi mengelakkan individu yang kurang bernasib begini dari menjadi mangsa rogol.
Memberi pendidikan agama dan moral mengenai kekejian perbuatan persetubuhan haram ini.
Jangan mudah terpengaruh dengan janji yang dibuat oleh individu lain, khususnya janji seorang teman lelaki yang baru di kenali. Pengaruh sebegini ada kalanya mampu membawa kamu di dalam perangkap bahaya. Justeru jangan mudah mempercayai janji untuk berkahwin dengan menyerahkan kehormatan diri kamu.
Jangan terlalu mudah menurut pelawaan individu yang baru kenali umtuk makan, minum, bersiar-siar atau berkunjung ke rumah mereka.
Terlebih dahulu minta dan semak kad kuasa orang yang mengaku sebagai penjawat awam seperti polis atau pegawai pencegah maksiat sebelum mengikut arahan meraka.

wallahua'alam.
