Conclusion kepada semua soalan yang sesak di kepala!

Salam All !~

OKE korang. Entri ini panjang sikit. so, dah ready ke untuk baca bebelan I ni? I dah lama tak membebel ni tau. Actually I masih dalam keadaan yang tak berapa nak sihat sangat. tapi I tetap nak teruskan. I nak korang semua tau yang I masih sayangkan blog ni. I tak nak abaikan dan hampakan peminat-peminat blog I. cheh! blog I ni ada ke yang nak minat? perasaan! ^_^


Jap-jap. dah berapa hari ye I sakit? hmm. ntah lah. I pun tak tahu. I tak sihat agak-agak dah nak masuk dua minggu dah kot. Demam I masih belum kurang. Selesema I makin menjadi-jadi. Batuk pulak tak usah cakap lah. Siap ada darah-darah bagai. Yang pelik nya hembus hingus pun ada darah. Tak ke pelik tu? I sihat oke. mana boleh ada benda-benda pelik gitu ganggu otak I.

Everyday I pergi kerja macam biasa. Even kepala ting-tong macam orang sasau pun, I gagah jugak pergi kerja. Sebab sekarang memang tengah busy. Bukan busy sikit-sikit. Busy banyak!!!! Sepanjang minggu lepas sampai hari ni, I kerja morning shift. Busy gila. Hari-hari I tak pernah balik on time. Kalau tak jejak pukul 4 petang, memang tak sah. Bos I cakap, "Tahan. Nanti hari rabu U cuti lah. Time tu dah tak busy.." haa. lebih kurang macam tu la beliau cakap. Dalam hati I ni sabar je.

Dan selama I sakit tu, I dah kurang sangat makan. Nafsu makan tu memang ada. Tapi bila makanan dah terhidang kat depan mata, I terus hilang selera. Kalau makan pun, mesti takkan habis. Korang yang rapat dengan I mesti tau kan, yang I mana pernah makan tak habis. Lepas tu I kerap sangat muntah. Loya kot tengok makanan tu. Padahal diorang yang makan dengan I cakap, makanan tu sedap gila!!

Dah 5kali I pergi klinik. Penat dah rasa nya pergi klinik tapi kondisi I masih di takuk lama. perghh! ayat aku! oke. Dah berapa banyak dah ubat I. Berlambak-lambak. Tapi I masih tak sihat-sihat. Kepada Allah sahaja lah I berdoa supaya I akan cepat sembuh.

Semalam, I jumpa kawan baik I, Manisha. Dah lama sangat I tak jumpa beliau. Rindu nya I kat beliau, Tuhan saja yang tahu. Alhamdulillah, beliau dah berkawan balik dengan Mus. Biarlah jadi sejarah semua yang pernah berlaku antara I dengan Mus tu. I dah tak nak ingat dah. Yang penting, Manisha bahagia. Beliau perasan yang I tak sihat. Beliau suruh I pergi klinik lagi. Beliau nampak muka I dah merah-merah. Baru I sedar yang tangan I dah timbul bintik-bintik merah.

Pagi tadi, I pergi kerja lagi. Semua orang suruh I pergi klinik. Diorang takut I dijangkiti virus Denggi. aduh! takutnya! I ambil medical chit, lepas tu pergi klinik panel. Alhamdulillah, doktor cakap I cuma demam campak. Lagi dua tiga hari lagi baik lah. hmm. I doa-doa macam tu lah. Doktor bagi I MC dua hari. so, I boleh rest dekat rumah. Hope lagi dua tiga hari nanti I da sihat untuk mulakan kerja balik.

Kawan-kawan semua, doakan I sihat semula ye? I sengaja tak mau letak muka I dalam blog ni. sebab I sendiri takut nak tengok muka sendiri. Nanti kalau I dah betul-betul sihat, I posing banyak-banyak, I letak kat dalam blog ni. Korang jangan muntah plak tengok muka I banyak sangat oke! Sekarang ni, I nak bagi korang rindu I banyak-banyak dulu.

oke. miss u all. bai! :)
Photobucket

Comments

Demam Campak? O.o

Moga cepat sembut, Nurul!! :D
nazirulhazwan~ said…
demam campak??meh den cmpak hang.hehe

semoge cepat semboh babe.makan ubat.
kata kila said…
get well soon honey!!!
Durrani Zamri said…
moga cepat sembuh yea kak nurul..
:)
Anonymous said…
get well soon dear. jangan lupa makan ubat ya. :)
Sofiayantie said…
get well soon okeyh.. dgr nasihat doktor tau.. ^___^

Popular Posts