✿ Paid-up Advertisement ヅ

Hot Deal Everyday! Super Saver Unlimited!
Logo KBBA Visondata pocket WiFi
Logo KBBA

Saturday, January 8, 2011

Home » , , , » Persoalan Aku, Kau dan Dia?

Persoalan Aku, Kau dan Dia?

Salam All !~


Selalunya, kita tak pernah tahu apa yang ada dalam fikiran orang lain. Cukup sekadar orang itu menyapa kita dengan ayat "Awak sihat?". Itu sudah cukup memberi kesan kepada emosi kita. Kenapa ya? 

Seringkali juga aku tertanya, kenapa saat kita sudah pun melupakan seseorang itu, dia mula datang kembali menghampiri dan seolah-olah ingin kembali mengusik hati yang hakikatnya sudah tertutup rapat untuknya?

Mungkin lebih senang jika dia bertanya "awak sihat?", "boyfriend awak sihat?" lalu kita pula membalas begini. "Sihat. Girlfriend awak sihat? oppss sorry! Tunang awak sihat?.." Memang agak berbisa dan menyakitkan untuk dia, tapi mengenangkan apa yang dia dah buat, lebih baik begitu kan?

Ohh. Runsing. Sebenarnya tak perlu nak difikirkan dan tak perlu untuk runsing. Dia adalah sejarah kita. Maka, kita harus memandang ke hadapan dengan dunia yang sedang kita lalui. Biarkan perasaan yang masih bersisa itu terkubur dan hanyut di telan masa. 
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi kita sering terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan itu.
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

✿ Link for Blogwalking View ヅ


Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2017 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™