Dengan titisan airmata, aku relakan kau pergi !

Salam.

Ini mungkin kali terakhir aku bicara tentang cinta. Kerana cinta, hidup aku jadi merana. Kerana cinta juga, hati aku hancur. Aku kira, ini hubungan aku yang terakhir sebelum aku disambut Illahi. Cinta Illahi, cinta hakiki.

Aku berkenalan dengan DIA pada 18 July 2006 di sebuah pusat pengajian tinggi di Selatan tanah air. Pada awalnya, aku hanya menganggap dia sebagai rakan sekelas yang boleh berkongsi kisah suka duka selama menjadi pelajar. Aku gembira bila berbicara dengannya kerana pada saat itu, tidak terlintas walau sedikit pun, hatiku akan menjadi miliknya.

Waktu berputar silih berganti. Hubungan yang pada awalnya atas dasar sahabat, sekelip mata menjadi pasangan kekasih. Tidak ramai yang mengetahui pada awalnya. Tapi aku tidak malu untuk memberitahu semua orang yang dia kekasih aku walaupun bentuk fizikal nya sedikit besar. Tapi aku tak pandang semua itu. Aku hanya fikirkan yang dia bakal membahagiakan aku. Dan bakal menjadi suami aku dan ayah kepada warisku nanti. Hubungan kami sangat mesra. Sangat romantis.

Perjalanan waktu membawa kami hubungan kami hingga ke akhir pengajian Diploma kami. Dia tetap seperti dulu. Setia mencintai aku sepenuh hatinya. Aku nampak kesungguhannya dalam hubungan kami. Tidak pernah sekali pun dia mengabaikan aku. Aku selalu pesan pada dia yang aku akan sayang pada orang yang sayang pada aku.

Berbagai rintangan kami lalui. Tahun demi tahun berlalu. Hubungan kami mulai goyah apabila dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Aku bangga kerana berkat usahanya, dia dapat mencapai menara gading. Berdiri dan duduk dengan orang yang sama taraf pendidikan dengan dia. Mesti banggan ibu bapa dia. Sedangkan aku, hanya seorang pekerja hotel biasa.

Aku pasrah. Aku redha walaupun dalam hati aku, aku nak sangat melanjutkan pelajaranku. Tapi atas dasar kekangan dan masalah yang melanda keluargaku, aku matikan hasrat itu. Biarlah aku dapat kumpul wang yang banyak dulu sebelum aku menyambung pengajianku. Lagipun, nak belajar, bila-bila masa pun boleh. Dah tua nanti pun boleh.

Aku sangat sayangkan dia. Macam-macam rintangan yang kami harungi sepanjang hubungan ini. Ada sekali itu, aku bagaikan terpukau dengan cinta bangsa asing. Aku tak tahu kenapa aku tega menduakan dia, padahal aku sangat sayangkan dia. Tapi dia tetap menerima aku dan bersedia memaafkan segala khilaf yang telah aku lakukan.

Selepas peristiwa itu, kami teruskan perjalanan cinta kami seperti biasa. Aku mulai sedar yang tiada insan lain semulia dia. Namun, sejak dia belajar di tempat yang jauh dari aku, kami selalu bergaduh. Jujur aku katakan, aku tidak boleh berjauhan dengannya. Aku tak biasa. Aku sangat gembira bila dia pulang ke kampung halaman dan aku juga menjadi insan paling sedih apabila dia mahu pulang ke tempat pengajiannya. Seperti kehilangannya. Setiap kali dia balik ke tempat pengajiannya, aku akan menangis semahunya. Aku WAJIB menangis sebab aku tak rela berjauhan dengannya. Tapi aku berlagak biasa dihadapannya. Bila dia berlalu pergi, aku akan menangis macam kehilangan sesuatu yang sangat aku sayang.

Sedar tak sedar, dah tahun kedua dia berjauhan dengan aku. Walaupun dia sering pulang, aku tetap akan sedih dan sentiasa rindukannya. Hanya aku tahu apa yang aku rasa. Beliau bergaul dengan rakan-rakan sepengajian di sana. Walaupun jauh, aku tetap mengambil tahu jadual hariannya. Dia seakan semakin gembira dengan rakan-rakannya. Dia dapat kemana-mana yang dia suka. Berbeza sangat dengan dia yang aku kenali dulu. Dia dah berubah. Tapi setiap kali aku bertanya, dia akan menafikannya.



Lihat. Betapa gembira nya dia.

Aku ingat lagi, masa dia nak pergi tempat tu, dia tipu aku. Dia kata dia pergi dengan kawan-kawan. Siap kawan dia belanja. Aku sedih sangat dia tipu aku. Aku mulanya fikir yang dia pergi dengan semua kawan lelaki, sebab tu dia tak mengajak aku. Aku biarkan saja la. Aku tunggu dia call atau mesej aku sepanjang hari itu. Tapi hampa. Mungkin dia terlalu seronok, hingga terus melupakan aku. Lewat petang baru dia call. Aku ingat dia dah balik. Aku biarkan dia rehat. Dia tak beritahu apa-apa pun macam aku ni orang asing.

Setelah beberapa hari berlalu, baru aku tahu yang dia pergi berseronok dengan kawan lelaki dan PEREMPUAN. Sampai hati dia tak ajak aku. Takpe lah. Mungkin aku jauh. Susah nak dapat cuti. Tapi, dia bagi alasan yang dia hanya mampu tanggung kos untuk diri dia seorang sahaja. Kalau bawak aku, aku ada duit ke? Terguris hati aku waktu itu. Aku sabar lagi. Dan jangkaan aku yang dia balik dari tempat hiburan tu waktu petang rupanya meleset lagi. Dia rupanya pulang pada waktu malam. Malam pun masih di atas tempat hiburan itu lagi. Ohh. Tuhan saja yang tahu macam mana perasaan aku ketika itu. Aku diperbodohkan.

Malam tadi, kami bertelingkah. Aku betul-betul kecewa dengan sikap dia sekarang. Dia lebih mementingkan kawan-kawannya dari aku. Padahal dulu pun dia ada kawan. Alasan jauh? Tak masuk akal. Kenapa orang lain boleh kenalkan teman perempuan mereka kepada kawan-kawannya, tapi tidak dia?? Aku rasa terpinggir sangat. Rasa macam dah tak penting bagi dia. 

Bila aku cakap, aku tak nak bakal suami aku pentingkan orang lain selain aku dan keluarganya sahaja, dia membidas aku. Dia kata, dia pun nak benda yang sama. Dia nak aku putuskan hubungan aku dengan semua abang angkat dan adik angkat aku. Padahal dah berkurun lama aku tidak menghubungi mereka, sejak aku kenal dia. Dia seakan tidak puas hati yang dia sudah tidak boleh bersuka ria lagi. Aku beri dia kata putus. Dia harus memilih sama ada aku atau kawan-kawannya. Ternyata dia memilih sahabatnya. 




Terima kasih cinta. Untuk semua yang telah kau korbankan selama aku menjadi kekasihmu. Aku telah korbankan segalanya untuk gembirakan hatinya, tapi dia tak sanggup berjuang untuk aku. Baru aku tahu, aku teramat kecil di pandangan matanya. Akan aku semadikan rasa kasih dan cinta ini dalam hati. Walau berjuta lelaki yang datang, aku takkan mudah percaya lagi. Lebih baik aku hidup sendiri tanpa hadir seorang lelaki dalam hidup aku. 

Noted - 5:38 AM (10 FEB 2011)
T__T
Photobucket

Comments

Makbed said…
Sabar ye dik.

Biarlah masa yang menentukan segalanya. Adik still muda. Jangan tahan diri adik untuk bergembira. Berlaku adillah pada diri. awak berhak gembira. Biarlah dia dengan dunianya, andai dia pilih begitu. Tapi, adik harus tau di mana adik berpijak. Peganglah pada apa yang awak ada kini. Dan bina hidup baru dengan apa yg adik ada. Ingat family ok.
emieysandra said…
sedih..nak nangis rase bila bce citer ni..

Nurul bersabar yer, mungkin ade hikmah d sbalik yg berlaku ni..

;)
fiqkbe said…
huhu... touching nyer citer nurul ni.. sabar k.. lelaki mmg xleh halang diorg berkawan. kalau kita ungkit2 soal kawan ni, nnt diorg mrh =(
Amira Amin said…
sabar lah, setiap ape yg berlaku ada hikmahnye :)
Niza Romli said…
Bersabarlah. Allah dah aturkan semuanya. Percayalah! Nurul akan jumpa bahagia yang Nurul cari suatu masa nt. Akak dan juga orang lain penah rasa apa yang Nurul rasa sekarang! SMILE*
Cik Jannah said…
ya allah sedihnya..Nurul sabar. kadang2 kan lelaki nie dia tak sedar kita mencintai dia.sbb dia punya ego tinggi. nanti bila dia dah kehilangan kita baru dia sedar semua tuh. percaya lah. skrang nie jgn buat decision melulu. take ur tyme. myb u need space. bawa diri. biarkan dia mencari. biarkan dia sedar. if hes love and need u, insyallah hes will back to u. jgn sedih2
Khumaera Ismail said…
sabar ea dear..ade hikamh disebalik sume nie..be strong.. =)

Yang comel,
Khumaera Ismail
Inner Berawning cume RM10!!
Niesa said…
salam..sabar dear..nisa pn ssh nk ckp pasal cinta ni..sedih plak sbb nisa pnh rasa apa yg nurul rasa n mmg susah sgt nk bngkit smula smpai skang..org ckp mngkin sng..tp kta yg menanggung ni ssh sgt..sabar k..kte sme2 kuatkan semangat k..(~_~)
Nurulchumel said…
@emieysandra

mungkin waktu akan menentukan segalanya.. :(
Nurulchumel said…
@fiqkbe

tp mesti ke diorg jadi cm tu ekk?
^HANAN^ said…
zati.. sbr k... mgkn ad hikmh diseblk sume nie... ingt, msh ad yg sygkn ko... yg pastinya Allah sentiase ad.. doala, moge ko akn tenang...=)
nurul...b cool ok?kamu maseh muda..anggap ini sbg 1 pengalaman dalam idup..bukan 1 kesilapan ok?kalu x tgk tarikh mati2 ingtkan cite lama..chaiyok sis! u r not alone

Popular Posts