Syukur | Malaysia bebas dari kesan radiasi

Salam.

Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Khabar angin yang mengatakan Malaysia juga akan terlibat dengan kesan radiasi di Jepun hanya sekadar berita. I boleh menarik nafas lega. Sebab I yakin, negara kita masih boleh bertahan. Semua nya kuasa Allah. Syukur Ya Allah!

DR. MAXIMUS ONGKILI memberi penjelasan berhubung kesan radiasi Jepun semasa melawat Pusat Bertindak Kecemasan Radiologi Kebangsaan di Dengkil semalam.
DENGKIL - Kerajaan memberi jaminan Malaysia bebas daripada kesan pelepasan radioaktif ekoran loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang terjejas di Jepun.

Jaminan itu disuarakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili sebagai menjawab segala kebimbangan rakyat di negara ini.

"Orang ramai tidak perlu bimbang dan jangan mempercayai khabar angin atau SMS yang disebarkan mengenai perkara ini," katanya semasa melawat Pusat Bertindak Kecemasan Radiologi Kebangsaan di sini semalam.

Beliau berkata, berdasarkan model-model trajektori yang dihasilkan melalui mekanisme tindak balas kecemasan persekitaran yang diaktifkan oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia menunjukkan trajektori bahan cemar itu bergerak ke arah timur negara Jepun iaitu menghala ke Lautan Pasifik.

"Oleh kerana pelepasan radioaktif adalah rendah, tidak mungkin ia akan sampai ke negara kita," tegasnya.
Ihsan: Kosmo
Photobucket

Comments

Unknown said…
alhmdlah..
bgus la klau camtu..~
Khalilah said…
alhamdulillah...
nasib baik...

Popular Posts