Trip 3 days 2 nites

Salam.

Fuhh. Letih. Tapi syok jugak lah. Sepanjang cuti ni, I asyik berjalan jek. Tak melekat kat rumah langsung. Sampai nak update entri pun dah tak sempat. HAHA. Ni semua gara-gara trip 3 days 2 nites I lah. Kisah Proton City I dah story hari tu kan? hiks! Thanks kepada semua yang sempat bertemu dengan I sepanjang percutian hari itu. Best sangat dapat jumpa korang! 

Oke. malas nak merepek banyak-banyak. Korang layan gambar kenangan yang sempat I snap sepanjang percutian I hari tu oke. Untuk siapa-siapa yang tak sempat nak jumpa I hari tu, sorry sangat-sangat. Sebab I tumpang kereta orang. Kalau I yang drive, dah lama I jumpa korang semua. HIHI! Sorry! >.<



First of all. Jumpa my chenta hati dulu dekat Shah Alam. Semua jalan kat Shah Alam ni insyaAllah semua beliau dah khatam. Sweet tak gambar di atas? hiks! :')


Secondly, melepak dengan kawan-kawan lama masa sekolah dulu. Tak sangka pulak. Padahal kitorang kenal masa sekolah dekat Teluk Intan dulu, boleh jumpa dekat Shah Alam pulak. Tak sangka diorang semua dah dewasa. HAHA! I je tak oke. fullstop! ;)


Sempat jugak merasa makan dekat La Boutique Cafe. Kitorang panggil Restoran Upin Ipin. Erm. Itu my first and last time kot I pergi situ. HAHA! Kitorang je yang tahu kenapa. >.<


Thirdly, jumpa my best friend, Mimy. Seriously, jelous dengan life beliau. Dah kerja dekat Pahang sebagai Pembantu Pertanian di RISDA. Best nya beliau! Beliau dah engaged. Dah nak kahwin pun akhir bulan May ni. InsyaAllah I jadi pengapit untuk majlis sebelah lelaki di Batu Pahat nanti. ohh. berdebar nya! HAHA! macam I pulak yang nak kahwin. KEH3! 



Last but not list, jadik tour guide untuk mereka-mereka ini. Gambar di atas di-snap semasa I bawak mereka-mereka itu makan asam pedas yang paling best sekali dalam Melaka Town, Asam Pedas Hajjah Mona. Lepas bawak mereka makan, I bawak mereka jalan-jalan dekat Jonker Walk. I bawak yang dekat-dekat aje, sebab mereka-mereka semua checked in dekat hotel Avillion Legacy Melaka. hiks! I yang buat reservation mereka. Harap maklum. HAHA! =.=

Macam-macam yang I buat sepanjang 3 hari 2 malam ni. Dan hari ni, I rehat dekat rumah. Itu pun, pagi tadi I dah teman mak long I pergi Kem PLKN. HEHE! Yang tu, I akan story dekat next entry oke. Esok kerja. Malas nya... hmm..! ~
Photobucket

Comments

Arief Sohod said…
hope awak enjoy cuti 3ari 2..hihi
Wahh~ Menu untuk Upin Ipin restoran tu dah tukar wajah. Haha. Shag pun cukuplah sekali makan kat situ :P

Popular Posts