Tuesday, April 5, 2011

Home » , , , , , , , » Aku tak menyesal pun tak couple dengan kau!

Aku tak menyesal pun tak couple dengan kau!

Salam.

Truly. Hari ni memang hari yang indah. Segalanya berjalan lancar. Smooth je. Pergi kerja pagi tadi, ada sedikit sleepy sebab tak berapa nak cukup tidur semalam. Bukan I tak nak tidur, tapi oleh sebab masalah problem yang terlalu sarat dekat dalam otak ni menghalang I untuk meneruskan hajat itu.

Luckily, pagi tadi I dapat banyak tips. Komisen dari uncle taxi. Lepas tu duit tips dari guest. Kira-kira total duit ada dalam RM50. Balik kerja, I terus pergi urut kaki. Perghh. Sedap gila. Release sangat tension dalam kepala otak I nih. Walaupun agak mahal, tapi berbaloi. Kaki I memang kerap sakit-sakit sekarang ni. Bahagian tumit. Kakak supervisor I kata, I banyak penyakit. I dah agak dah. hmm.

Dan.. tadi jugak. I terserempak dengan 'bekas' abang angkat I. I tak pandang pun muka dia. Maklum lah, I banyak lagi kerja lain nak buat. I tak ambil endah pun bila dia sebut nama I. Tapi, I still kena hormat dia. Maklum lah, dia tu dah naik pangkat. Dari rank in file ke management level. Gaji pun dah besar. So, ada lah riak berlagak pada wajah nya tuh.

Dia tanya I, sihat ke tak. I jawab lah, "Sihat. Kalau tak sihat, macam mana nak kerja?".. Dia kata lagi. "Lama tak dengar suara Nurul. Rindu pulak rasanya.. Muka Nurul nampak macam orang ada masalah je?" Uwekk! Dalam hati I, menyumpah-nyumpah lelaki yang ada dekat depan I time tu. Oke. Dia cakap macam tu, I boleh cool lagi. Then tiba-tiba dia keluarkan statement tak-tahu-malu macam ni...
..."Tulah. Dulu abang nak dekat Nurul, Nurul tak nak. Jual mahal. Sekarang ni, Nurul ada problem pun, abang serba salah nak tolong. Takut boyfriend Nurul marah. Boyfriend Nurul sihat..?"
Cis! Apa dia ingat, dia tu siapa? Geram dalam hati I membuak-buak. Rasa macam nak bagi pelempang. Macam bagus-bagus jek dia tuh. Macam lah I heran sangat tolak cinta dia dulu. Macam lah I menyesal sangat tak couple dengan dia. Apa dia ingat, sekarang dia dah berpangkat, dia boleh cakap apa yang dia suka? hey! tolong lah! I tak heran langsung oke!

Nak diikutkan dia dengan boyfriend I sekarang nih, jauh beza oke! Encik Bobo jauh lebih baik berganda-ganda dari dia. Perasan lebih. Bajet hensem lah! Bengang nya! Perangai J-A-H-A-T engkau tuh takkan boleh aku terima oke!
Masih ada senyum di sebalik duka. Kerana aku tahu, semua dugaan pasti ada hikmah nya. :)
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

0 Chumel(s) comment ヅ:

✿ Link for Blogwalking View ヅ

300 x 250
Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™