Monday, May 30, 2011

Home » , , » Surat Cik Awek untuk Encik BF yang merajuk

Surat Cik Awek untuk Encik BF yang merajuk

 Salam.



Ni kisah sorang cik awek yang menulis surat untuk encik bf kesayangan yang mula sedar betapa pentingnya encik bf kesayangan dia tu. Sebelum ni dia tak pernah amik endah pun pasal encik bf. Apa yang encik bf buat, semuanya tak kena. Kesian encik bf. Tapi sejak akhir2 ni, cik awek mula sedar yg encik bf dia tak sama macam lelaki-lelaki lain..

Ke hadapan awak, bf ku yang tercinta..

Saya tau, saya silap. Saya layan awak teruk. Merajuk tak tentu pasal. Kesian awak kan.. sekarang ni, awak pulak merajuk. Then, baru la saya sedar, awak buat semua tu ada sebab..

1-      Bila saya merajuk, awak tak pernah pujuk. Saya geram sebab awak biarkan saya macam tu je. Huhh. Tak romantic langsung awak ni. Akhirnya saya sedar, awak tak pujuk saya sebab awak nak saya redakan marah saya dulu. Awak takut kalau awak pujuk saya awal-awal, nanti saya marah awak pulak. Tak pasal2 je ada pinggan mangkuk kena baling. Hee.. terima kasih awak..

2-      Awak selalu tanya saya, “awak sayang saya tak?” huhh. Bosan la soalan tu. Hari-hari awak tanya. Lain la kalau awak tanya, “awak, nak pergi paris tak?” takde la bosan.. tapi saya tau, awak tanya macam tu sebab awak nak saya ingat sebab saya dah ada awak. Terima kasih awak..

3-      Awak.. saya jeles bila awak cerita pasal perempuan lain kat saya.. ish, tapi awak tak pernah nak amik tau kan betapa geram dan bengang nye saya kat awak bila awak cakap pasal kawan awak yang ‘cun’ tu. Tapi akhirnya saya tau.. awak selalu cerita pasal saya kat diorang kan? Terima kasih awak..

4-      Saya ajak awak keluar makan. Tapi awak selalu mengelak. Geram betul saya kat awak. Kalau saya ajak keluar makan, awak tolak. Kalau member2 awak ajak, awak boleh pulak keluar dengan diorang. Huhh. Tapi saya tau, awak tak nak membazir. Yelaa, tiap kali keluar makan, saya order banyak, tapi saya makan tak habis pun. Awak jugak yang habiskan makanan saya tu kan. Terima kasih awak..

5-      Saya mintak kat awak macam-macam. Beli kasut, beli baju, beli cincin. Tapi awak tak nak pun belikan untuk saya. Kedekut taik hidung masin betul dia ni. Jeles tengok kawan saya bila bf dia belikan macam-macam untuk dia. Tapi saya tau, awak tak nak belikan macam-macam untuk saya sebab awak tak nak bazirkan duit awak kat situ, sebab awak nak simpan duit untuk kita kahwin nanti. Terima kasih awak..

6-      Awak selalu tak reply msg saya. Busy sangat ke? Sampai msg gf sendiri awak liat sangat nak reply. Eiii.. nyesal je rasa dapat bf yang macam ni. Hari-hari awak buat macam tu. Lepas 2 jam, baru nak reply. bila saya online, bukak facebook, saya tengok awak boleh pulak online. Busy ke tu? Tapi saya tau, awak buat macam tu sebab awak tak nak saya buang masa bila tengah study. Focus kan? Terima kasih awak..

7-      Awak, bila saya sedih, awak tak pernah nak dengar masalah saya kan. Awak biarkan saya sorang-sorang. Sedihnya hati saya. Sampai hati awak buat saya macam ni. Huhh. Bertambah lagi rasa sedih saya. Tapi saya tau, salah saya jugak.. mana la awak nak tau saya sedih ke tak. Bila happy saya cari orang lain. Terima kasih awak..

8-      Bila saya try masak untuk awak, awak kata saya masak tak sedap. Ciss! Penat je saya masak ayam masak merah kesukaan awak tu. Awak bukan nak appreciate, kutuk saya lagi adalah. Sampaikan awak cakap, “kalau lauk simple macam ni pun awak tak reti masak, apa lagi lauk-lauk yang lain.” Huhh. Best betul awak perli saya. Tapi saya tau, awak sengaja cakap macam tu, sebab awak nak saya belajar masak mulai sekarang. Nanti takde la mak awak cakap macam awak cakap tu kan. Terima kasih awak..

9-      Bila saya bagi nasihat kat awak, awak sikit pun tak nak dengar. Awak cakap, “ saya bukan budak-budak lagi laa.” Tapi, bila awak membebel-bebel kat saya tu takpe pulak. Haishh. Susah nak faham awak ni.. nanti kalau saya tak nasihatkan, awak kata saya tak amik berat pasal awak pulak. Tapi saya tau, awak buat macam tu sebab awak tak nak saya risau sangat pasal awak. Terima kasih awak..

10-  Err.. banyak sangat dah ni. Saja tambah no 10. Haa.. terima kasih awak..

Awak, terima kasih untuk semuanya. Saya tau, saya yang tak faham awak selama ni. Saya asyik marah-marah sampai tak tau nak jaga hati awak. Saya selalu je kutuk awak belakang-belakang. Hishh. Mintak maaf la ye. Awak kena faham saya ni perempuan. Jadi bab-bab kutuk mengutuk ni memang hebat la kalau ada yang tak puas dalam hati ni.

Awak, terima kasih. Mintak maaf la. Saya tak seromantik awak nak tulis ayat-ayat jiwang ni. Saya tau, saya tak pandai berpuitis, tapi kalau dah sampai saya tulis surat untuk awak ni dah kira ‘sweet’ jugak kan? Hee..

Awak, terima kasih sekali lagi. Dah2, senyum sikit. Tak mau merajuk dah.. saya janji tak buat lagi. Hee..kita pergi makan sama eh, kali ni saya janji saya habiskan semua makanan..  ;)

Yang menyayangi,
                                                                                                                          Sayang.

Sweet pulak kalau tiba-tiba dapat surat chenta macam nih. Cepat lah nangis korang! Touching tak? :) 
Sumber : Facebook

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

4 Chumel(s) comment ヅ:

Kesah NurEqa said... [Reply Here Bebeh!]

alamak !
sweet nyer .
touching arrr !
dah la tgh gadoh ngn bF ni .
huhuh .
:(

diela yunyun said... [Reply Here Bebeh!]

akak...saya copy eh...saye credit nanty...tengss akak

✿ Link for Blogwalking View ヅ

300 x 250
Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™