✿ Paid-up Advertisement ヅ

Hot Deal Everyday! Super Saver Unlimited!
Logo KBBA Visondata pocket WiFi
Logo KBBA

Wednesday, June 29, 2011

Tips 6 Petua Merawat Senggugut

Salam.

Hai korang. Ini bacaan untuk kaum hawa ye. Tapi kalau bagi korang yang dah berkahwin, boleh juga korang amalkan dan aplikasikan untuk isteri korang. Mana lah tau, petua ini mujarab dan membantu. Berikut ada 6 petua yang I akan kongsikan untuk wanita yang menghidap senggugut. Senggugut juga dikenali sebagai "Period Pain". Seriously, senggugut nih memang biasa bagi I. Every month mesti akan rasa punya lah. Jom baca tips!
  • Berlari atau berjalan laju. Kebanyakan pesakit yang mengalami 'Period Pain' biasanya mereka kurang melakukan aktiviti senaman. Berjalan laju dan melakukan aktiviti riadah dapat membebaskan hormon endorfin yang dapat membantu mengurangkan kesakitan.
  • Bantal pemanas. Bantal panas atau "heat pad" boleh membantu dengan peradangan dan mengurangkan penumpukan cairan di dalam rangkaian. Ia juga memudahkan kejang otot. Para pakar mendorong kita untuk berbaring pada perut kami sambil melaksanakan panas atau di kedudukan yang paling selesa yang mungkin.
  • Tidur. Perlu alasan untuk tidur? Tidak ada waktu seperti sekarang yang menyakitkan. Ini akan membawa fikiran anda dari rasa sakit dan biarkan anda mendapatkan rehat yang sangat diperlukan.
  • Mandi air panas. Ini akan membantu anda merehatkan otot-otot perut anda dan yang lebih penting, menenangkan fikiran anda. Untuk usaha tambahan, membawa lilin aromaterapi dan minyak wangi mandi sebagai penyegar udara.
  • Pertimbangkan vitamin dan suplemen. Pertimbangkan untuk "mengambil Evening Primrose Oil dalam dos 500-1000 mg sekali sehari dalam bentuk kapsul (terdapat di kedai-kedai vitamin dan kedai makanan kesihatan) bersama-sama dengan 200-400 mg 100-200 mg magnesium dan vitamin B6 untuk empat sampai tujuh hari sebelum bermulanya tempoh anda. "Pastikan untuk berbincang dengan profesional perubatan jika anda sudah pada ubat tertentu atau sakit senggugut. (Tapi kadang-kadang kalau I dah sakit sangat, terpaksa kena telan panadol menstrual.)
  • Minum secawan teh. Pertimbangkan secawan teh hijau. Menurut para ahli, teh hijau tinggi dengan fenolat, yang boleh menghalang senggugut. Tidak ingin kafein? Fikirkan tentang secawan teh chamomile. Lebih baik lagi, meminumnya apabila anda sedang di tab mandi.
Artikel from : HERE
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Interview Session | Nak pergi ke tak nak?

Salam.

Korang, I dapat interview dekat PJ on this coming Monday.
Tapi masalah nya, I tak tahu nak pergi ke tak.
Korang, tolong lah I buat keputusan.
Pliissss...


Apa pendapat korang?
Patut ke I pergi? 
=.='
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Tuesday, June 28, 2011

Lirik Lagu Berubah ost Nora Elena | Erry Putra ft Reen Rahim

Salam.



Lyric :  Berubah (ost Nora Elena)
Artist : Erry Putra ft. Reen Rahim

P: Kau berikan ku waktu
Untuk bersamamu meniti hari

L: Tak puas bagiku dan kau pun berlalu
Tinggalkan ku sendiri
Kelam seluruh jiwaku

P: Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku . . .

L:Kau yang ku kenali
Dan kini menjadi insan yang lain
Dulu kau berjanji
Kan hidup semati meniti hari

L/P: Semua telah berakhir

L/P: Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku


Click HERE for download this song

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Monday, June 27, 2011

Novel Nora Elena | Kasih yang suci

Salam.


Dah lama sebenarnya I nak share. Simpan dalam draft.
Hari ni baru I release. 

Saja I share novel nih supaya I dapat baca bila I boring.
HAHA! Jom, baca novel KASIH YANG SUCI.

Credit to Google.

p/s : Ehemmm. Hensem nya Aaron Aziz!
Baca novel sambil bayangkan ke'hensem'an Aaron Aziz. ;)
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Sunday, June 26, 2011

Puasa sunat bulan Rejab

Salam.

Sedar tak sedar, dah masuk bulan Rejab. Sekejap je rasanya masa berlalu. Tak sangka. Dah nak sampai bulan Ramadhan. Bulan Syaaban pun bakal menjelang. Puasa I ada saki baki yang tak berganti. oii! wake up Nurul! Pandai tinggal, pandai lah ganti.

oke. Disebabkan esok I offday, maka I dah berniat untuk start berpuasa dari esok hari. Kalau boleh nak straight sampai Ahad. Kerja malam kot. Waktu siang bukan nya buat apa. So, lebih baik I puasa kan. oke. Jom I share sikit kelebihan yang Allah kurniakan terhadap hamba nya di bulan Rejab.

KELEBIHAN BULAN REJAB 

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan. 

Semoga kita diberi peluang untuk merasa "Jannah"-NYA!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

#1 - Strategi.

Salam.


Strategi. Untuk mendapatkan sesuatu, kita mesti ada strategi. Mana boleh tiba-tiba nak terus terjah kan. Actually I nak atur satu strategi untuk I berjimat cermat dalam masa 3 bulan dari sekarang. I akan pastikan, I akan dapat benda tuh, sebelum raya. Which mean, before bulan September. HAHA! Modal yang I perlukan untuk 'barang' tuh, dalam RM1000 - RM 1800. Hmm. Banyak. Macam mana I nak kumpul duit nih? oke. Jom usha strategi yang I dah susun untuk menjayakan mission tuh.

Jimat
Memang ini je caranya untuk I jayakan mission tuh. Berjimat. Jangan boros. Untuk 3 bulan ini jek. Simpan duit. Kalau boleh, spend banyak sikit untuk sumbat dalam ASB. Alah, untuk 3 bulan jek. Biasanya, I simpan minimum RM100. Tapi, untuk 3 bulan nih I struggle kena simpan RM300. Almaklumlah, gaji I bukan nya besar sangat. Kalau dapat simpan lebih, lagi bagus. Tengok lah. Rasanya I mampu untuk simpan lebih. InsyaAllah.

Fikir
Dalam kepala otak, kena asyik fikirkan benda tu. Tanam semangat yang I memang nak benda tuh. Fikirkan yang positif. Keperluan benda tuh. Kegunaan benda tuh untuk diri I. Target yang benda tuh suatu hari nanti akan jadi milik I. InsyaAllah.

Doa
Sentiasa berdoa agar impian I dimakbulkan. Kalau Dia tak izinkan, maka tak dapat jugak kan I nak dapat benda tu. So, lepas dah usaha, dah doa, dan terus lah bertawakkal. Mana tahu, Allah mendengar rintihan kita. InsyaAllah.

p/s : Doakan I berjaya capai apa yang I harapkan ye korang! 
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Macam mana agaknya hidup saya tanpa kamu?

Salam.
Entri ni sebenarnya tak berapa nak jiwang lah. Tapi saje je letak tajuk bombastik. HAHA! Lately nih, banyak entri yang I update adalah berkisar tentang tutorial. Bukan nak tunjuk pandai ke, hape ke. Tapi untuk simpanan dan kegunaan diri I sendiri jugak. Daripada I simpan dekat draft lama-lama, baik I share bagi korang semua tengok. At least ada juga faedah nya. 

Macam mana agaknya hidup saya tanpa kamu? Ehh. Tanpa kamu, blog. I mana boleh kalau sehari tak tengok blog. Kalau boleh, everytime I nak mengadap blog. Tak makan, tak mandi, tak tidur. Takpe. Asalkan dapat bersama blog. Dulu masa I mula-mula blogging kan, I tak pernah putus asa untuk menghasilkan blog yang terbaik untuk tatapan readers. Ahh. I bukan kisah pun ada orang baca ke tidak. Sekurang-kurangnya I hasilkan semua tuh untuk kepuasan hati I sendiri. Bacaan peribadi I. 


Now, I rasa blog I dah makin maju. Even tak lah berjaya sangat. Tapi compare with blog I yang dulu-dulu tuh, sekarang nih memang dah jauh berbeza. Semuanya berkat usaha I sendiri. Bab edit-edit blog nih, I lebih berpuas hati kalau I yang buat sendiri. Tak pernah rasa nya I suruh orang lain yang edit. Sebab diorang mesti tak tahu apa yang I suka. Kecuali banner jek. Banner tuh guna flash software. I belum master bab-bab flash nih. So, I tempah banner tuh dekat ayeem. Alhamdulillah. Hasilnya memuaskan hati I. 

I selalu jadikan blog-blog yang lawa-lawa dan yang kemas-kemas untuk reference I. Sungguh pun tak berapa nak lawa, I tetap usaha untuk kemas blog I jadi lawa macam blog-blog lain. Supaya I tak jeles dikemudian hari. HAHA!

Dan, dengan terhasilnya blog ini, maka I pun ada nuffnang yang boleh I jadikan sumber pendapatan sampingan I. Masa sesak-sesak tuh, leh guna duit blog kan untuk belanja. :)

For the conclusions, I bahagia bila ada kamu, blog. Tempat I mencurah rasa, isi hati dan pendapat tersendiri. Tempat di mana I menjadi diri sendiri. Tapi jangan lah over pulak. Takut-takut ada pulak pihak yang meluat tengok kita nanti. So, renung-renungkan. Dan selamat beramal !
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Saturday, June 25, 2011

Tutorial Tajuk Widget berlatar-belakangkan Gambar Comel

Salam.

Tutorial yang simple lagi mudah.
Kalau tak faham, sila tanya eh.
Sebab I tak reti la nak explain tajuk.
Korang tengok gambar bawah nih.


Haa. cantik tak tajuk widget I?
Cantik kan? 
Macam mana I buat?
oke. follow instruction di bawah!

Design - edit html - expand widget templates
ctrl+F untuk carik code h2 {

Copy dan paste kan code di bawah ni selepas code h2 { tadi.

background-image:url('url gambar pilihan anda');
border: 1px solid #00000;
text-align: center;
-moz-border-radius: 0px;
-webkit-border-radius: 10px;
border-radius: 10px;

Dah siap. Save macam biasa.
Url gambar tuh korang pergi carik sendiri.
Pastu kalau nak edit ketebalan border tuh, ubah je bilangan px tuh.
Untuk warna border, pilih dekat COLOUR CHART.

Ingat, pemilihan warna juga amat penting untuk memastikan kekemasan sesebuah blog.
Pastikan warna yang dipilih sesuai dengan blog korang.
Selamat mencuba! =.='
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Tutorial Sparkling Cursor

Salam.

Ini juga salah satu tutorial yang I share untuk kegunaan masa depan I.
Takde siapa yang request.
Tapi I yang saja nak put inside my tutorial's collections.

Takut-takut kang esok lusa I jadi mak minah pelupa.
Mana tahu kan.

Esok lusa, next generations boleh guna pakai tutorial nih.
HAHA! perasan!

oke senang jek.
Korang pergi design - add html/javascript dan paste kan semua code di bawah nih.
pastu, save!

<script type='text/javascript'>
// <![CDATA[
var colour="pink";
var sparkles=100;

var x=ox=400;
var y=oy=300;
var swide=800;
var shigh=600;
var sleft=sdown=0;
var tiny=new Array();
var star=new Array();
var starv=new Array();
var starx=new Array();
var stary=new Array();
var tinyx=new Array();
var tinyy=new Array();
var tinyv=new Array();
window.onload=function() { if (document.getElementById) {
var i, rats, rlef, rdow;
for (var i=0; i<sparkles; i++) {
var rats=createDiv(3, 3);
rats.style.visibility="hidden";
document.body.appendChild(tiny[i]=rats);
starv[i]=0;
tinyv[i]=0;
var rats=createDiv(5, 5);
rats.style.backgroundColor="transparent";
rats.style.visibility="hidden";
var rlef=createDiv(1, 5);
var rdow=createDiv(5, 1);
rats.appendChild(rlef);
rats.appendChild(rdow);
rlef.style.top="3px";
rlef.style.left="0px";
rdow.style.top="0px";
rdow.style.left="3px";
document.body.appendChild(star[i]=rats);
}
set_width();
sparkle();
}}
function sparkle() {
var c;
if (x!=ox || y!=oy) {
ox=x;
oy=y;
for (c=0; c<sparkles; c++) if (!starv[c]) {
star[c].style.left=(starx[c]=x)+"px";

star[c].style.top=(stary[c]=y)+"px";
star[c].style.clip="rect(0px, 5px, 5px, 0px)";
star[c].style.visibility="visible";
starv[c]=50;
break;
}
}
for (c=0; c<sparkles; c++) {
if (starv[c]) update_star(c);
if (tinyv[c]) update_tiny(c);
}
setTimeout("sparkle()", 40);
}
function update_star(i) {
if (--starv[i]==25) star[i].style.clip="rect(1px, 4px, 4px, 1px)";
if (starv[i]) {
stary[i]+=1+Math.random()*3;
if (stary[i]<shigh+sdown) {
star[i].style.top=stary[i]+"px";
starx[i]+=(i%5-2)/5;
star[i].style.left=starx[i]+"px";
}
else {
star[i].style.visibility="hidden";
starv[i]=0;
return;
}

}
else {
tinyv[i]=50;
tiny[i].style.top=(tinyy[i]=stary[i])+"px";
tiny[i].style.left=(tinyx[i]=starx[i])+"px";
tiny[i].style.width="2px";
tiny[i].style.height="2px";
star[i].style.visibility="hidden";
tiny[i].style.visibility="visible"
}
}
function update_tiny(i) {
if (--tinyv[i]==25) {
tiny[i].style.width="1px";
tiny[i].style.height="1px";
}
if (tinyv[i]) {
tinyy[i]+=1+Math.random()*3;
if (tinyy[i]<shigh+sdown) {
tiny[i].style.top=tinyy[i]+"px";
tinyx[i]+=(i%5-2)/5;
tiny[i].style.left=tinyx[i]+"px";
}
else {


tiny[i].style.visibility="hidden";
tinyv[i]=0;
return;
}
}
else tiny[i].style.visibility="hidden";
}
document.onmousemove=mouse;
function mouse(e) {
set_scroll();
y=(e)?e.pageY:event.y+sdown;
x=(e)?e.pageX:event.x+sleft;
}
function set_scroll() {
if (typeof(self.pageYOffset)=="number") {
sdown=self.pageYOffset;
sleft=self.pageXOffset;
}
else if (document.body.scrollTop || document.body.scrollLeft) {
sdown=document.body.scrollTop;
sleft=document.body.scrollLeft;
}
else if (document.documentElement && (document.documentElement.scrollTop || document.documentElement.scrollLeft)) {
sleft=document.documentElement.scrollLeft;
sdown=document.documentElement.scrollTop;
}
else {
sdown=0;
sleft=0;
}
}
window.onresize=set_width;
function set_width() {
if (typeof(self.innerWidth)=="number") {
swide=self.innerWidth;
shigh=self.innerHeight;
}
else if (document.documentElement && document.documentElement.clientWidth) {
swide=document.documentElement.clientWidth;
shigh=document.documentElement.clientHeight;
}
else if (document.body.clientWidth) {
swide=document.body.clientWidth;
shigh=document.body.clientHeight;
}
}
function createDiv(height, width) {
var div=document.createElement("div");
div.style.position="absolute";
div.style.height=height+"px";
div.style.width=width+"px";
div.style.overflow="hidden";
div.style.backgroundColor=colour;
return (div);
}
// ]]>
</script>
Yang I highlight and bold kan tuh, korang boleh ubah ikut colour kegemaran korang.
Oke, selamat mencuba! =.='
Ciao!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Tutorial Hover Effect pada gambar apabila disentuh cursor

Salam.

Tutorial nih paling senang.
Tapi jenuh jugak nak mencari kan?
Sebab tak ramai yang rajin buat tutorial nih.





Haa. nampak tak?
Gambar I dengan encik chenta dekat sebelah nih jadik pink pastu macam ada border.
Bila tak kena cursor, gambar tuh macam biasa jek kan.

Tutorial nya senang aje.
Korang pergi design - edit html - tick expand widget templates
then +ctrl F untuk carik word
/* Header atau /* Heading

Then copy and paste kan code bawah nih sebelum words /* Header atau /* Heading tu.


a img {
-webkit-transition-duration:.4s;}
img:hover {filter: alpha(opacity=60);
opacity: .6;
border-radius:20px;
border: 1px #FF66CC;
-webkit-box-shadow: 0px 0px 20px #FF66CC;
-moz-box-shadow: 0px 0px 20px #FF66CC;
}

Kalau nak ubah warna hover tu, just edit dekat yang I bold tu oke.
Check warna pilihan korang dekat COLOR CHART.
Done. Lepas tuh save lah. 
Selamat mencuba ya!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Sepah | Juara Maharaja Lawak

Salam.

Tahniah SEPAH!

Memang diorang nih layak jadik juara!
Persembahan diorang nih memang menarik.
Jom saksikan sedutan persembahan akhir mereka.



Tahniah juga untuk Jozan dan Nabil kerana berjaya 
bergelar naib johan dan tempat ketiga.
Syabas!
Maharaja Lawak memang terbaiiiiikkkk!!!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Friday, June 24, 2011

Tutorial Cursor comel

Salam.

Just a simple tutorial.
I share pada korang pun sebab I tak nak lupa.
Kang I jugak yang mencari-cari tutorial kalau nak edit blog kan?
HAHA!

oke.
Untuk dapatkan cursor yang comel-comel,
korang boleh lah search dekat HERE.
Just carik yang mana berkenan di hati, 
then copy-paste dekat 
design - add html/javascript 
done!
Banyak cursor yang cute-cute sesuai untuk korang yang nak kawaii kan blog.
Kalau untuk blog lelaki pun pun boleh amek kat sana jugak.
Tapi pilihan tak berapa nak berpihak pada korang lah kan. HAHA!

oke lah, done! 
ciao! =.='
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

New Header... err... again!

Salam.

Assalamualaikum adik-adik,

Teheeee...
Tadi I dah godam habis dah.
Tapi I upload balik templates yang lama nih, and I tambah header baru jek.

Macam suspen je kan.
Nak private-private blog konon.
Nurul POYO!

Tapi, yang sekarang nampak lagi fresh kan?
HAHA! 
Bukan senang tau I nak jadi rajin camni.

Dah, sekarang korang boleh tengok blog I puas-puas tau!
TATA!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Under Construction

Salam.

Korang.
Hari I tengah rajin nih. nak edit-edit blog.
So, buat sementara waktu, blog I di-PRIVATE-kan oke.

Jangan rindu, nanti I datang balik! 

* tata! *
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Thursday, June 23, 2011

Kan bagus kalau awak ada...


Salam.

...
..
.
.
Awak, kan bagus kalau awak ada depan mata saya sekarang... 
T___T
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Tuesday, June 21, 2011

Next Coupleasary

Salam.

Biasa lah. Masa mula-mula bercinta, memang semuanya indah. Habis, bila dah lama-lama bercinta tu dah jadi tak indah ke? HAHA! Falsafah orang tua-tua dulu. Tapi sebenarnya kan, falsafah yang ni paling tepat. *Semakin hari, semakin sayang...*

Daisypath Anniversary tickers

Setiap kali tiba bulan July, I mesti tak boleh lupakan tarikh 14 July 2008. Bagi I, tarikh tuh sangat bermakna. Entah lah. Setiap pasangan yang bercinta mesti takkan lupa kan tarikh mula-mula kekasihnya melafazkan cinta. Dan detik yang paling indah adalah ketika pasangannya menyebut.. I will, I accept, I terima, I pun sama..

Masuk tahun ni, sudah hampir 3 tahun hubungan cinta I dengan kesayangan I. Dan I harap, perhubungan kami akan berkekalan sehingga ke syurga. Sampai bila-bila. 

Daisypath Anniversary tickers


Nervous nya! Semakin hari, semakin dekat dengan hari bahagia kami.
Doakan yang baik-baik ye untuk kami! :)
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Monday, June 20, 2011

Petanda hati kita keras


Salam.
Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan. Ia juga adalah tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta ketenangan dan kebimbangan.
Hati merupakan sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.
Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".
Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
01.Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan.
Terutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat. Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud;
"Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." - [Surah At-Taubah:54]
02.Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran.
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan;
"Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)
03.Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat.
Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.
04.Kurang mengagungkan Allah.
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.
Tepuklah dada, tanyalah iman. Semoga hati kita sentiasa segar mengingati dan mensyukuri nikmat Allah yang Maha Esa.
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Buatmu, Sayangku.


Salam.
Kepada insan yang aku sayangi,
Wahai sayangku, mengapa kau sering bersedih hati? Mengapa matamu yang indah itu sering kau basahi dengan airmata? Janganlah kau bazirkan airmata mu itu demi sesuatu yang tidak bermakna dan merugikan diri sendiri. Apakah kau lupa pada Pencipta kita? Ingatlah kau tidak pernah keseorangan tatkala kau merasakan dunia ini meminggirkan kau.
Tahukah kau bahawa hidup ini tidak sentiasa gembira dan ceria? Ujian itu tarbiyyah kepada kita. Kadang kala kita berasa begitu lemah dan tidak mampu menanggung bebannya.  Ada ketika kita berasa letih menghadapi ujian yang melanda diri.
Tapi ingatlah sayang, Allah s.w.t tidak akan menurunkan sesuatu ujian itu jika kita tidak mampu menghadapinya. Oleh itu, kau hadapinya dengan tenang dan sabar. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan hamba-Nya yang sabar.Cuba kau renungi sepotong Kalamullah ini;
"Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya. Dia akan mendapat pahala atas usahanya dan mendapat seksa atas kesalahannya, (lalu dia berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau bersalah."(Surah Al-Baqarah 2:286)
Kau juga harus ingat, kesusahan dan kepayahan yang  dilalui hari ini akan mematangkan dan mewarnai hidupmu. Ingatlah pada Khaliq Maha Pencipta. Dia akan sentiasa berada di sisimu tidak kira kau dalam kesenangan mahupun kesusahan.Maka, sekalah airmatamu itu. Tabah dan teruskan perjuangan kau dengan aman. Berhentilah dari berkeluh-kesah kerana keluh-kesah itu datangnya dari bisikan syaitan durjana. Mintalah pada-Nya supaya kau diberikan kekuatan dan pertolongan dalam melalui dugaan hidup.
Sayangku, si manis.
Ingin aku layangkan setitip pesanan buat diri mu dan juga diri ku ini. Kita hanya menumpang hidup di dunia Allah yang fana ini. Dunia ini umpama kita berjalan di dalam hutan yang penuh dengan duri-duri yang tajam serta binatang buas yang sering kali kita tidak sedari. Kadang kala kita alpa dengan keindahan dan ketenangannya. Lupa pada bahaya yang setia menanti di hadapan sana. Jika kita tidak berhati-hati, kita akan terluka di cucuk duri-duri tajam yang berbisa itu. Kau akan merintih dan mengaduh kesakitan.Menangis dan mengharapkan pertolongan.
Sayang, kita harus berhati-hati kerana terdapat banyak binatang buas di dalam hutan yang sedang kau lalui itu. Mereka hanya menunggu masa untuk menyerang mangsanya. Andai kata kau tersilap langkah, kau akan diterkam dan dibaham oleh binatang-binatang itu. Begitulah jugalah kehidupan kita. Dalam mengharungi hidup yang penuh dengan ranjau berduri, kita sering berhadapan dengan masalah yang sering meyesakkan jiwa dan minda kita.
Kadang kala masalah itu sendiri meragut ketenangan hati sesorang insan. Fikiran melayang entah ke mana dan jiwa itu tidak pernah tenteram. Mulalah fikiran negatif berlegar-legar di minda. Pelbagai soalan bermain di benak fikiran.Hati tidak keruan memikirkan masalah. Insan yang lemah itu mula melupakan pada Penciptanya yang Maha Esa. Lupa segalanya.
Janganlah kau menjadi seperti itu. Jangan kau lupakan siapa yang mencipta dirimu dan apa tawajuh kehidupan kau sebenarnya sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Hilangkanlah segala kesedihan. Kau pujuklah hatimu dengan janji Ar-Rahman. Sesungguhnya kau akan berasa lebih tenang. La Tahzan, wahai sayang!
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran:139)
Wahai sayang,
Aku mengerti apa yang kau rasakan di dalam hatimu itu. Jiwa kau terhimpit dengan penyesalan. Kau berasa gusar di atas kealpaan kau suatu ketika dahulu. Dirimu dipalit dengan dosa-dosa hitam. Aku sering mendengar kau merintih pada Allah s.w.t. tatkala kau berteleku di tikar sembahyangmu. Menangislah kerana Allah s.w.t. Jika kau mengalirkan airmata keinsafan, itu amat bermakna buatmu. Cara itu mampu mendekatkan kau dengan-Nya. Mintalah pada-Nya keampunan dan kemaafan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Ambillah iktibar dari firman Allah s.w.t ini;
"Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap kepada-Ku maka Aku mengampuni segala dosamu yang telah lalu, dan Aku tidak akan mempedulikannya. Wahai anak Adam, jika dosamu sampai setinggi langit lalu kau meminta ampun kepada-Ku nescaya Kuampuni. Wahai anak Adam, jika kau datang kepada-Ku dengan kesalahan seluas permukaan bumi lalu engkau menemui-ku tanpa menyekutukan sesuatu pun dengan-Ku, nescaya Aku datang padamu dengan keampunan seluas bumi pula."(Riwayat Al-Tarmizi no: 3534 dan Al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah)
Jadikan kisah silammu itu sebagai pengajaran yang bermakna dalam hidup. Sematkanlah di dalam hati supaya kau tidak akan sesekali mengulanginya lagi. Berpegang teguh pada tali agamamu. Ingatlah pada ajaran Islam. Rasul bermadah bahawa "Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya."  
 Kau harus ingat sayangku. Kau amat beruntung dilahirkan dalam Ad-Din yang sempurna ini. Teruskanlah dengan membasahi bibirmu yang mungil itu dengan zikrullah dan kalamullah serta bermunajatlah pada Allah. Percaya dan yakin bahawa Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan mengurniakan maghfirah buat dirimu, sayangku. Kita adalah hamba yang lemah dan sering melakukan kesilapan. Kesilapan akan menguatkan diri kita.
Akhir kali ingin aku katakan, berusahalah sedaya yang kau mampu dan letakkanlah penggantunganmu kepada Allah.
Dari,
Insan yang menyayangi dirimu
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

✿ Link for Blogwalking View ヅ

Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2017 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™