Aromatherapy, u calm my soul.. ❤

Salam.

Rilex nya minda I sekarang. Normally, I akan serabut sakan bila tiba time busy peroid macam sekarang. Alhamdulillah. Lepas I dapat tahu yang cuti I approve next week, I terus macam tak sabar gila nak balik kampung. Rindu gila kat kampung. Dah almost two months I tak balik. Mana tak rindu.

Tadi I pergi jalan-jalan dating dengan Encik Bobo. Cakap pasal Encik Bobo, I kesian tengok dia. Mesti dia sangat letih melayan karenah I. Actually semalam dia tidur rumah kawan beliau dekat area Melaka ni jugak lah. Sebab semalam kitorang pergi PC Fair. Then pagi tadi, pagi-pagi lagi dia dah kena bangun sebab kena hantar I pergi kerja kul 6.30 pagi tadi. Lepas tu, dia terus direct pergi balik Shah Alam. Dia nak ambil baju untuk pergi majlis perkahwinan kawan I minggu depan. Dia kena jadi pengapit lelaki. I jadi pengapit perempuan. Bagus kan? :)

Then dalam pukul 1, dia terus balik Melaka. Ambil I, then terus keluar dengan I pulak. Kitorang pergi tengok movie lagi. Kali ni cerita X-Men First Class. Best gila cerita dia. Tak rugi tau tengok movie tuh. Nanti I review movie tuh oke. Next entry. 

Sementara nak tunggu movie start pukul 6.15 petang, kitorang jalan-jalan kat dalam Jusco tuh. Kitorang pergi macam-macam kedai. Lastly, I macam tertarik dekat satu benda nih. Aromatherapy. Macam-macam wangian. Macam-macam bentuk dan design. Masa I study dekat poly dulu, I selalu beli yang letak dekat tepi tempat tidur yang macam bamboo stick tuh. Tapi bila wangian dia dah hilang, I dah malas nak beli lagi dah. Tapi hari ni, I rasa macam nak beli. 

I belek-belek benda tuh. Encik Bobo kata, "Beli lah sayang. Takpe, saya bayar. Awak pilih lah yang mana awak suka.. Mesti rilex jek nanti. Nak tidur bau wangi-wangi. Best nya..." I senyum je. Dalam hati I berbunga riang! "Sayang kan selalu stress. Selalu marah-marah...saya tahu..", I balas macam tuh. "Eh, saya tak cakap. Awak yang cakap..", dia membalas. 

Ya. Memang I selalu stress. Kadang-kadang, tak pasal-pasal jek dia kena marah dengan I. Padahal dia dah buat macam-macam untuk I. Dia dah cuba untuk memenuhi semua permintaan I. Tapi entah lah. Emosi wanita nih berubah-ubah. 

Kitorang keluar dari kedai tuh. I kata kalau nak beli, dekat Hinode ada macam-macam choice. Lagipun....



"Selamat Datang! Satu barang Lima Ringgit sahaja! Masuk tengok dulu cik..."


Betul tak? Memang trademark diorang macam tuh kan. Semua barang RM 5.00 sahaja. Takde lah mahal sangat. Choice dia pun boleh tahan. Sambil carik tapak untuk aromatherapy tuh, boleh cuci mata tengok barang-barang lain yang comel-comel. Hinode nih banyak cawangan. So, kalau I dah habis aromatherapy tuh boleh beli lagi. I pilih haruman "Sweet Love". Wangi gila fragrance tuh. Comel jek botol dia. Warna bekas dia pulak, I pilih kaca warna pink bentuk silinder, siap ada lubang-lubang. Romantic gila bila tutup lampu. Cahaya nya keluar dari lubang-lubang tuh. Chumel!




Cantik kan? Sangat menenangkan fikiran dan otak I yang berserabut nih. :-j



Thanks sayang. For everythings! >.<
Photobucket

Comments

emieysandra said…
haha..rindu nk lalu dpn kdai Hinode tu n dgr die ckp dialog tu, ehehe..

ade kt hinode k tu? comel..nk nak beli gk r nnti^^
Nurulchumel said…
@emieysandra

jom kita gi beli same2 kat jusco! :)
Lissa said…
bestnyerrr. nak dating jugakkk. hehe

Popular Posts