Thursday, July 28, 2011

Home » , , , , , , , » Accident

Accident

Salam.

Hey korang. Dah lama kan I tak post entry yang panjang-panjang? Yang korang kena baca panjang-panjang sampai nak muntah? HAHA! Bukan I tak nak post sebenarnya. Naaaakkk sangat-sangat. Tapi entah lah. Semenjak dua menjak neh I takde mood. Macam hilang idea pun ada. Maybe kehidupan I sekarang neh takde yang best kot. Or...maybe I still dalam keadaan trauma.

Last four five days ago, actually I dengan Encik Bobo accident. Entah, I dah tak nak ingat sebenarnya peristiwa tuh. Takut, sedih, trauma, semuanya bercampur baur. Memang lah accident tuh tak berapa siyes kan. Sebab tuh lah I boleh rilex lagi taip entry neh. Tapi I kalau boleh tak nak dah ingat benda tuh.

I takde amek sebarang gambar untuk dibuat kenang-kenangan. Sebab I tak nak mengenang sejarah hitam dalam hidup I. It was my first time accident, pastu accident pulak dengan Encik Bobo pulak tuh. I menangis kot malam tuh. Tapi I sabar. Maybe nih semua dugaan kot.

Malam tuh, I dengan Encik Bobo habis kerja pukul 11 malam. Memang lepas punch card jek, I tengok dekat luar dah hujan. Tapi just gerimis jek. Belum heavy raining lagi. So, kitorang redah jela balik. Encik Bobo bawak motor macam biasa. 

Hujan mulai lebat. Kitorang redah jek sebab nak sampai rumah cepat. Encik Bobo hantar I balik rumah terus. Tiba-tiba....dalam masa yang sangat singkat, tanpa kitorang sedar ada kereta keluar dari simpang. Kitorang betul-betul tak perasan. Dengan keadaan tempat tuh gelap. Tambah pulak hujan yang lebat. Encik Bobo cuba break, tapi jalan sangat licin. Dan....bammmm!!!!

Kitorang berlanggar dengan kereta tuh. Kuat jugak bunyi hentakan tu. Kitorang jatuh. First time I jatuh motor dengan Encik Bobo. Time tuh, I fikir motor dia. I tak fikir kereta orang yang kitorang langgar tuh. I fikir motor dulu. Tentang kesakitan I, pun I tak fikir. 

I bangun pelahan-lahan. Encik Bobo suruh I berteduh. Sebab hujan memang lebat time tuh. I kutip beg I yang dah berterabur atas jalan raya tuh, I tolong Encik Bobo bangun. I tolong dia angkat motor dia. Tak sanggup I nak ingat. Sedih sangat time tuh. Encik Bobo try untuk start motor dia. Sekali. Dua kali. Cuak. Tiga kali. Empat kali. Alhamdulillah. Baru boleh start. I tengok motor dia takde apa-apa. Dia suruh I berteduh.

Dia settle dengan bro yang bawak kereta tuh. Sekali lagi tengok, rupanya fondan. Aduihhh. Membebel-bebel fondan tuh. Tah macam mana diorang settle pun I tak tahu. Tapi, yang pastinya, kereta fondan tuh pun kemek lah kan. Kereta perodua kembara. Diorang tukar-tukar nombor phone. Time tuh lah I baru rasa kesakitan dekat seluruh badan I. Nasib baik I check, takde luka. Fondan tuh datang tanya I, sakit tak. I cakap I oke. Malas nak panjang-panjang cerita dengan fondan tuh. 

I suruh Encik Bobo hantar I balik rumah. Bila dah sampai rumah, dia berteduh dengan tempat parking owner rumah I. Dia menangis kot. Dia orang paling takut kalau I sakit. Dia tanya I banyak kali, sakit tak. I cakap tak. I tak nak susahkan hati dia. Motor dia rosak. Handle dah senget. Tayar depan dah bocor kesan hentaman kuat masa accident tadi. Beratus kali dia mintak maaf dekat I. Dia cakap, kalau dia accident sorang dia tak kisah. Tapi kali ni dia accident melibatkan I. Dia macam tak leh nak maafkan diri sendiri. Dia tak habis-habis cakap yang dia menyesal. 

I pujuk dia. I cakap, benda dah nak jadi. Kita kena terima hakikat. I cakap I tak sakit. I tengok tangan dia ada luka. Ya Allah. I sedih sangat bila tengok dia sakit. Dia cakap, dia tak kisah diri dia. Tapi dia risau sangat ada apa-apa berlaku kat I. 

Lepas hujan dah reda sikit, dia pun balik. Dengan tayar yang kempis tuh. Dia jalan slow jek sampai ke stesyen minyak. Lepas tuh dia pam. Esok nya baru dia tukar tayar. I risau sangat keadaan dia time tu. I doa banyak-banyak yang takkan berlaku lagi kejadian yang seumpama ni. I takut. I masih trauma.


Alhamdulillah. Kami masih bernyawa.
Doakan kami yek!
 =.="
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

4 Chumel(s) comment ヅ:

Liyana Aziz said... [Reply Here Bebeh!]

ya Allah, nasib baik x de apa2 kan kak nurul? kalau yana la, mesti dah nangis.. hehehehe...

✿ Link for Blogwalking View ヅ

300 x 250
Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™