Menitis lagi airmata ini...

Salam.

Hanya pandangan redup sepasang mata yang sememangnya tidak pernah merelakan kepergiannya. Aduhai mata, kenapa begitu pantas sekali kau menangis? Ya, aku menangis sekali lagi. Sudah tentu kerana cinta. Cinta yang sudah 3 tahun ku semai dengan benih dan baja kesetiaan dan kesabaran. Aku terlalu lemah berhadapan dengan situasi ini. Setiap kali terjadi, pasti ini yang akan berlaku. Tangisan.

Pagi tadi, dia datang menjemput aku yang baru sahaja ingin melelapkan mata yang sudah semalaman tidak lena. Ah, aku sangat benci kerja malam! Tapi atas sebab dia, aku bingkas mempersiapkan diri lalu menemaninya bersarapan. 

Tadi dia cakap macam ni..

 Dia : Lepas nih, dah tak boleh nak pandang awak depan-depan macam nih..
Aku : Ish awak neh! Macam dah tak nak balik jek?
Dia : Kalau ada cuti panjang ye saya balik.
Aku : Abis tuh, kenapa cakap macam tuh?
Dia : Saya dah balik Shah Alam. Nak meneruskan perjuangan.
Aku : Jangan lah balik. Tak payah la balik. Awak tinggal saya sorang-sorang kat sini..
Dia : Tak. Saya pergi nak berperang nih. Dah habis kang saya balik lah. 

Macam askar lah pulak. Berperang-perang bagai. Tahu lah bakal-abah-aku-tuh-bekas-askar. Ya Allah. Terhibur sangat hati aku sebentar tadi. Dia pandang aku lama sangat. Aku sayu sangat dengan pandangan itu. Ya Allah. Dekatkan lah jodoh kami! Selamatkan lah perjalanan beliau ke tempat pengajiannya. Lagi setahun, bakal tertunailah hasrat hati aku untuk melihat dia berjaya menggenggam segulung ijazah. Aku? Ah. Tak usah kenang pasal aku. Asalkan aku dapat lihat dia berjaya, itu sudah cukup membanggakan aku. 

Gambar masa konvo Diploma. :')

Aku ingin melihat wajahnya tersenyum gembira. Aku janji, aku akan datang hari konvo beliau! Aku akan datang untuk meraikan kejayaan kami yang sanggup berjauhan dan berkorban demi cita-cita beliau. Aku sayang beliau dari dulu, kini dan selamanya. :'( Aduh, menitis sekali lagi airmata ini...
Photobucket

Comments

ieda =.= said…
cik abang g berjuang akak...sabar..
nanti die bawak lik segulung ijazah pulak..^_^

somga beliau berjaya.. seoga akak dan die bahagia..amin
lily lotus said…
kak lily doakan awak berdua berjaya dunia akhirat yer :)
Nuruashia said…
uhuk9!~ kesian die..sabar ye?
Nuruashia said…
uhuk9!~ kesian die..sabar ye?

Popular Posts