Thursday, September 8, 2011

Home » , » Review - Hantu Bonceng

Review - Hantu Bonceng

Salam.

Semalam before pergi kerja, I pergi tengok wayang dulu dengan Encik Bobo. Haruslah I yang paling excited sebab kami baru je berbaik. Dua hari bergaduh rasa macam lama pulak. So, kitorang keluar and mulakan aktiviti dating petang semalam dengan membeli tiket wayang. Jom lah I review sekali movie neh.

# bunting of this film.

# me! :)

# our ticket.

Overall, filem arahan Ahmad Idham neh nampak menarik. Dari cara persembahan dan jalan cerita nampak sangat biasa. Tapi maybe ada unsur komedi dalam filem neh, tu yang menjadikan cerita neh menarik untuk ditonton. Pelakon utama dalam filem ini adalah Zizan Raja Lawak dan Juliana Evans. Dismping itu, watak Salehuddin (Tai) dan Nursyuhaida (Dottie) jugak memberi impak sokongan yang sangat besar dalam menjayakan filem ini. Lakonan Jue Aziz pun apa kurangnya.  Meh I story sikit sinopsis filem ini yek!

Zizan (Amran) adalah bekerja sebagai mamat penghantar pizza. Dia neh juga adalah seorang mat rempit yang digelar "Jaguh Atas Tar". Satu malam, beliau race dan memenangi acara itu. Dan sebagai habuan, beliau mendapat seorang gadis yang cantik berbaju kurung yang bernama Maya (Juliana Evans). Tetapi malangnya,  ketika Amran hendak keluar dari sebuah simpang tiga, beliau dilanggar oleh sebuah lori besar. Amran dapat menyelamatkan diri, tetapi tidak bagi Maya. Maya mati ditempat kejadian. Mayat Maya tidak dituntut oleh ahli keluarganya. Saban malam, Amran dihantui dengan bayangan Maya yang ingin Amran menyempurnakan jenazah nya.

Nak tahu kisah selanjutnya? Hah apa lagi, moh serba panggung wayang yang berhampiran korang sekarang! Cepat! Sebab I dapat tahu, minggu neh minggu last ditayangkan mengikut syarat wajib tayang. Apa lagi? Jom serbu! 

Untuk filem ini, I kasik 4 bintang! Sebab ada unsur komedi. I suka cerita lawak-lawak neh. Next movie yang I nak tengok, Raya Tak Jadi. Nantikan review seterusnya ya! chiao! :')
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

4 Chumel(s) comment ヅ:

.: iEyLa :. said... [Reply Here Bebeh!]

aduishh..best ek cite ni..
xsempat lg nk g tgk cite nih.. ;)

Nurulchumel said... [Reply Here Bebeh!]

@.: iEyLa :.

jap lagi mesti dah kuar kat astro first punya! tunggu jek la. hehe.. :)

Liyana Aziz said... [Reply Here Bebeh!]

auchhh! jeles sebab kita x g tengok lagi walau dah dekat 2 minggu ditayangkan... grrrrr

Nurulchumel said... [Reply Here Bebeh!]

@Liyana Aziz

cepat la pergi tgk!
besh tau. tak tipu.
hehe.. :)

✿ Link for Blogwalking View ヅ

300 x 250
Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™