Fida Ibrahim dan Mamat Sepah dah putus cinta?

Salam.

Hari tu, semua orang kepoh pasal gambar Fida Ibrahim yang tak bertudung tersebar. Semua orang kecoh. Pasal isu free hair tuh, maybe Fida dah fade up kot, dan memutuskan hubungan beliau dengan Mamat Sepah. Mesti dia malu gila diperlakukan macam tu. Jatuh la air muka dia beb. Dah la appearance dia di khalayak umum sebagai wanita bertudung, tiba tiba pulak kena kontroversi macam neh. Jom baca penjelasan Fida tentang isu putus cinta neh.


Ketika dihubungi OHBULAN! sebentar tadi, Fida yang sebelum ini dicemari dengan kontroversi baru-baru ini telah menjelaskan persoalan mengenai status hubungan mereka yang bermain di fikiran para peminat dan pihak media. Kontroversi ini bermula apabila Mamat secara tidak sengaja memuatnaik gambar Fida yang tidak bertudung di laman facebook.
Ditanya jika keputusan ini dibuat atas sebab gambar yang tersebar atau ada isu lain, Fida menjawab,
“Ya, memang isu gambar tersebut adalah antara faktor utama Fida ingin berpisah, tapi ada juga faktor lain yang harus diambil kira. Sebagai seorang manusia, setiap orang pasti akan melakukan kesilapan. Biarlah Fida tumpukan perhatian kepada keluarga dan karier terlebih dahulu.”
Fida menambah lagi bahawa keputusan ini dibuat tanpa pengetahuan Mamat dan berharap agar Mamat boleh memahaminya.
“Kami bukanlah pasangan suami isteri dan saya buat keputusan ini untuk kebaikan Mamat juga. Lagipun kami berdua masih mentah lagi dalam bidang hiburan. Karier kami masih jauh lagi. Fida harap, Mamat faham dengan keputusan Fida.
“Sebelum keadaan menjadi lebih teruk dan tidak terkawal, lebih baik Fida putuskan sendiri hubungan ini.” ujar Fida kepada wartawan OHBULAN!.
“Fida berharap, satu hari nanti jika kami ditakdirkan bekerjasama untuk filem atau drama, kami berdua boleh bekerja secara profesional dan tidak melibatkan masalah peribadi,” ujar Fida mengakhiri perbualan.
Sumber : OH BULAN!
Photobucket

Comments

Ain Zulaikha said…
ha ah , dia dah putus lama dah.. hehe nak buat camne jodoh dah tak de, ada hikmah dengan benda yang jadi kat fida.. huhu
Unknown said…
bagus la kalo cmtu..
Mieja said…
salam ziarah... :)
lm2 jd kesian kat fida...
igt kata2 dia kat melodi td..
"lelaki patutnya jaga aib perempuan"
M@M@ SH@RIDZ said…
sepatutnya kita perlu beringat sebelum apa2 terjadi... salam blogwalking...

Popular Posts