Review - Ombak Rindu

Salam.


Tengok filem neh dengan yang tersayang memang sangat best. Even filem neh sangat sedih, touching sangat bila tengok, sampai I pun boleh menjatuhkan airmata wanita ngee.. but filem neh memang sangat best! Jalan cerita, dan susunan watak sangat bertepatan. Tapi watak Lisa Surihani tuh, kalau ganti dengan orang lain lagi bagus kot. Lisa neh macam lembut sangat. Hero dia sangat hensem oke, Favorite Actor I tuh, Aaron Aziz. Ombak Rindu memang dah berjaya wat hati I tertawan! Jom baca sinopsis sekejap!

Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Ombak Rindu adalah novel yang sangat menyentuh hati. Luckily, I dah pernah baca novel neh masa form 2 dulu. Kalau lah I tak pernah baca, mesti I tak excited nak tengok filem yang penuh emosi neh. From 10, I bagi 9 rate for this film! Memang filem neh best, tapi banyak watak yang dalam filem tuh, patut di ganti dengan watak lain. Ini just my opinion jek. hehe. 

With my sayangssss in cinema! :)

Watak utama filem Ombak Rindu. Ohh Lisa Surihani, sangat comel! Ohh Aaron Aziz, sangat hensem!

Yang ini pulak watak utama dalam blog neh. Any objections?! haha!

psst! Kalau tengok filem neh dengan pakwe or husband memang best! Touching seyh! Siap leh gelakkan orang tengok nanges! 
Photobucket

Comments

Azhafizah MN said…
best ye?fiza xlayan pulak ombak rindu ni..hehehe..skang semua orang tgh demam ombak rindu kan
SS said…
This comment has been removed by the author.
Liyana Aziz said…
erk, kenapa yana x boleh feel tengok cerita ni? mungkin sebab ada peneman yang bergenre komedi, asyik gelak je... audience pun ramai yg gelak at certain scene... ehehhehe

part romantik hanya bila si peneman ikut sama nyanyi lagu ombak rindu... hahahahah...
Nurulchumel said…
@Liyana Aziz

masa scene mula2 tuh ada sikit lawak. tp dah tgh2 mula sedih.

its up to the person kot. hehe.. :)

Popular Posts