✿ Paid-up Advertisement ヅ

Hot Deal Everyday! Super Saver Unlimited!
Visondata pocket WiFi
Visondata pocket WiFi
Logo KBBA

Tuesday, May 31, 2011

Cinta Honda Tak Berbumbung

Salam.

Hai korang. Fuhh! Penat gila I hari ni. Kat hotel tadi busy dengan budak-budak sekolah. Ala, kan sekarang tengah school holiday period. So, memang time-time macam ni lah primary school dari Singapore nak datang buat rombongan sekolah kan. Pening kepala tengok budak-budak sekolah yang terlalu ramai dekat lobby area. Sakit mata ohh!

Actually I baru je balik dari jumpa Encik Bobo. Tadi beliau amek I balik kerja pukul 7 petang tadi. Terus hilang rasa penat I. Tak letih langsung tau tak. Lepas tu I pulak yang tanya dia letih ke tak. Mana tak nya, selalu sangat ulang alik dari Batu Pahat ke Melaka drive honda tak berbumbung dia tuh. Confirm penat punya lah!

I tak kisah oke. Ada bumbung ke, takde bumbung ke, jalan kaki ke, naik bas ke. Asalkan dia ada, I dah cukup gembira. Tadi lepas solat maghrib dekat Masjid Kampung Hulu, kitorang pergi dinner dekat Asam Pedas Hajjah Mona dekat Taman Kota Laksamana. Asam pedas paling famous dekat Melaka nih. Kalau guest I tanya location nak makan asam pedas, memang sini jek I suggest. Terbaikkkk!!!

Lepas dinner, I ajak dia pergi beli barang-barang keperluan I. Biasa lah, bila dah hujung-hujung bulan neh, barang semua habis. Bila dah shopink-shopink tuh, tak sedar pulak banyak pulak barang yang I amek. Dah siap bayar-bayar semua, kitorang nak balik lah. Sekali lagi kesayangan I cakap macam ni, "Sorry sayang, saya bawak motor jek. Honda takde bumbung.." Hmm. I kata, "Takpe, nanti kalau awak dah kerja, awak amek lah lesen kereta. Pastu boleh naik kereta.."

Sumpah I tak kisah. Bagi I, biarlah dia naik motor, cepat sikit sampai. Boleh cilok-cilok. Cuma kekurangannya, panas sikit lah then kalau hujan, memang lah basah. Tapi takpe. I tak kisah. I ada lesen kereta, dia ada lesen motor. Ngam lah tuh! InsyaAllah lagi beberapa bulan kereta baru I keluar. Tapi duit memang kena save habis-habisan lah kan. Yelah, nak senang, kena susah dulu. Takde lah sampai senang-senang sekarang, then dah kahwin nanti kitorang susah. 

Bak kata Mama I, "Zaman sekarang ni kak, susah nak dapat lelaki baik. Mama tengok, Arif tu lelaki yang baik. Selalu tolong mak ayah dia. Jangan lah kecewakan dia kak. Walaupun buruk mana pun dia, susah mana pun dia sekarang, kita tak tahu apa yang jadi akan datang. Kau jaga dia baik-baik kak.." Macam tulah yang mama I pesan pagi tadi. Mama I rajin jugak call I pagi-pagi, bagi ceramah free. Tapi sebagai anak, I kena dengar. Semua yang mama I cakap tu semuanya betul. Takde yang salah.

 
I admit. Kadang-kadang I memang keterlaluan. Ikutkan sangat perasaan marah I. Tapi I perempuan. Sifat nya memang selalu keanak-anakan. Selalu bertindak mengikut emosi. Tapi I bertuah sebab memiliki dia. Insan yang amat sabar dengan karenah I. Kalau dengan lelaki lain, mau nya I kena pelempang sedas dua. Mengada sangat. I bersyukur kerana masih ada yang sayang dan setia dengan I. Thanks awak! Thanks my almighty ALLAH! Hope cinta kami kekal sampai hujung nafas kami yang terakhir. 

*Air mata dah mengalir deras. Dah! Cepat lap Nurul! Tak macho lah nanges-nanges!*

I L Y S M 
 ARIEF 
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Monday, May 30, 2011

SALMA Juara MENTOR 5!

Salam.


Congratulations Salma!
Sebab telah menjuarai Mentor musim ke 5.
Ada sedikit kecewa dalam hati sebab tak dapat tonton secara live
sebab kerja petang. :(

Whatever pun, syabas diucapkan kepada Salma dan Erra!
Even pada awalnya I sangat adore Ayish dan Noh Hujan! :)
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Surat Cik Awek untuk Encik BF yang merajuk

 Salam.



Ni kisah sorang cik awek yang menulis surat untuk encik bf kesayangan yang mula sedar betapa pentingnya encik bf kesayangan dia tu. Sebelum ni dia tak pernah amik endah pun pasal encik bf. Apa yang encik bf buat, semuanya tak kena. Kesian encik bf. Tapi sejak akhir2 ni, cik awek mula sedar yg encik bf dia tak sama macam lelaki-lelaki lain..

Ke hadapan awak, bf ku yang tercinta..

Saya tau, saya silap. Saya layan awak teruk. Merajuk tak tentu pasal. Kesian awak kan.. sekarang ni, awak pulak merajuk. Then, baru la saya sedar, awak buat semua tu ada sebab..

1-      Bila saya merajuk, awak tak pernah pujuk. Saya geram sebab awak biarkan saya macam tu je. Huhh. Tak romantic langsung awak ni. Akhirnya saya sedar, awak tak pujuk saya sebab awak nak saya redakan marah saya dulu. Awak takut kalau awak pujuk saya awal-awal, nanti saya marah awak pulak. Tak pasal2 je ada pinggan mangkuk kena baling. Hee.. terima kasih awak..

2-      Awak selalu tanya saya, “awak sayang saya tak?” huhh. Bosan la soalan tu. Hari-hari awak tanya. Lain la kalau awak tanya, “awak, nak pergi paris tak?” takde la bosan.. tapi saya tau, awak tanya macam tu sebab awak nak saya ingat sebab saya dah ada awak. Terima kasih awak..

3-      Awak.. saya jeles bila awak cerita pasal perempuan lain kat saya.. ish, tapi awak tak pernah nak amik tau kan betapa geram dan bengang nye saya kat awak bila awak cakap pasal kawan awak yang ‘cun’ tu. Tapi akhirnya saya tau.. awak selalu cerita pasal saya kat diorang kan? Terima kasih awak..

4-      Saya ajak awak keluar makan. Tapi awak selalu mengelak. Geram betul saya kat awak. Kalau saya ajak keluar makan, awak tolak. Kalau member2 awak ajak, awak boleh pulak keluar dengan diorang. Huhh. Tapi saya tau, awak tak nak membazir. Yelaa, tiap kali keluar makan, saya order banyak, tapi saya makan tak habis pun. Awak jugak yang habiskan makanan saya tu kan. Terima kasih awak..

5-      Saya mintak kat awak macam-macam. Beli kasut, beli baju, beli cincin. Tapi awak tak nak pun belikan untuk saya. Kedekut taik hidung masin betul dia ni. Jeles tengok kawan saya bila bf dia belikan macam-macam untuk dia. Tapi saya tau, awak tak nak belikan macam-macam untuk saya sebab awak tak nak bazirkan duit awak kat situ, sebab awak nak simpan duit untuk kita kahwin nanti. Terima kasih awak..

6-      Awak selalu tak reply msg saya. Busy sangat ke? Sampai msg gf sendiri awak liat sangat nak reply. Eiii.. nyesal je rasa dapat bf yang macam ni. Hari-hari awak buat macam tu. Lepas 2 jam, baru nak reply. bila saya online, bukak facebook, saya tengok awak boleh pulak online. Busy ke tu? Tapi saya tau, awak buat macam tu sebab awak tak nak saya buang masa bila tengah study. Focus kan? Terima kasih awak..

7-      Awak, bila saya sedih, awak tak pernah nak dengar masalah saya kan. Awak biarkan saya sorang-sorang. Sedihnya hati saya. Sampai hati awak buat saya macam ni. Huhh. Bertambah lagi rasa sedih saya. Tapi saya tau, salah saya jugak.. mana la awak nak tau saya sedih ke tak. Bila happy saya cari orang lain. Terima kasih awak..

8-      Bila saya try masak untuk awak, awak kata saya masak tak sedap. Ciss! Penat je saya masak ayam masak merah kesukaan awak tu. Awak bukan nak appreciate, kutuk saya lagi adalah. Sampaikan awak cakap, “kalau lauk simple macam ni pun awak tak reti masak, apa lagi lauk-lauk yang lain.” Huhh. Best betul awak perli saya. Tapi saya tau, awak sengaja cakap macam tu, sebab awak nak saya belajar masak mulai sekarang. Nanti takde la mak awak cakap macam awak cakap tu kan. Terima kasih awak..

9-      Bila saya bagi nasihat kat awak, awak sikit pun tak nak dengar. Awak cakap, “ saya bukan budak-budak lagi laa.” Tapi, bila awak membebel-bebel kat saya tu takpe pulak. Haishh. Susah nak faham awak ni.. nanti kalau saya tak nasihatkan, awak kata saya tak amik berat pasal awak pulak. Tapi saya tau, awak buat macam tu sebab awak tak nak saya risau sangat pasal awak. Terima kasih awak..

10-  Err.. banyak sangat dah ni. Saja tambah no 10. Haa.. terima kasih awak..

Awak, terima kasih untuk semuanya. Saya tau, saya yang tak faham awak selama ni. Saya asyik marah-marah sampai tak tau nak jaga hati awak. Saya selalu je kutuk awak belakang-belakang. Hishh. Mintak maaf la ye. Awak kena faham saya ni perempuan. Jadi bab-bab kutuk mengutuk ni memang hebat la kalau ada yang tak puas dalam hati ni.

Awak, terima kasih. Mintak maaf la. Saya tak seromantik awak nak tulis ayat-ayat jiwang ni. Saya tau, saya tak pandai berpuitis, tapi kalau dah sampai saya tulis surat untuk awak ni dah kira ‘sweet’ jugak kan? Hee..

Awak, terima kasih sekali lagi. Dah2, senyum sikit. Tak mau merajuk dah.. saya janji tak buat lagi. Hee..kita pergi makan sama eh, kali ni saya janji saya habiskan semua makanan..  ;)

Yang menyayangi,
                                                                                                                          Sayang.

Sweet pulak kalau tiba-tiba dapat surat chenta macam nih. Cepat lah nangis korang! Touching tak? :) 
Sumber : Facebook

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Sunday, May 29, 2011

Because I love You..

Salam.


The reason it hurts so much to separate is because our souls are connected.  
T___T
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Tips untuk memujuk lelaki yang merajuk

Salam.



Bagi korang wanita-wanita di luar sana yang sudah mempunyai pasangan, tak kira lah boyfriend ke, husband ke, tunang ke, kadang-kadang belum pernah mengalami situasi ini. Maybe pasangan korang tuh belum pernah merajuk kot. Tapi macam I, I dah selalu alami situasi ini. Macam sekarang nih. Encik Bobo sedang merajuk dengan I sebab I tersalah cakap dengan beliau semalam. Korang jangan ingat, mereka nih lelaki tapi mereka tak boleh merajuk. Kalau mereka merajuk tuh, mesti ada something tak betul lah tu yang kita buat and buat mereka touching.  

So hari nih, I nak share sedikit tips untuk para pencinta jejaka sekalian. HAHA! Jangan gelak! I serious nih! Sila ambil perhatian oke. 

#1. 
Biarkan mereka cool down dulu. Senang cerita, bila they all dah merajuk tuh, korang toksah nak pujuk-pujuk. Biarkan. Dalam 5 hingga 7 jam. Tu waktu paling ideal lah, Biar mereka rasa keseorangan. Biar mereka fikir yang mereka akan rugi waktu berharga bersama dengan kita. Tapi, kalau dah lebih dari tempoh tuh, they all still marah, try to call. Mana lah tau, mereka memang betul-betul marah. Atau, maybe kesalahan kita tuh besar sangat? Try tanya diri korang pulak.

#2.
Berikan something yang membuatkan mereka happy. Kalau mereka suka coklat, bagi lah coklat. Tak salah kalau perempuan yang bagi coklat dekat lelaki. Coklat sememangnya menenangkan. Maybe lepas tuh korang akan berbaik semula.

#3.
Jangan desak mereka. Kalau mereka merajuk sebab touching sangat dengan korang, korang jangan lah desak they all untuk terima apa yang they all tak suka tuh. Jangan lah paksa-paksa diorang untuk tak merajuk. Biarkan mereka merajuk. Kang dah lama-lama oke lah balik tuh.

#4.
Senyum. Korang senyum jek bila diorang merajuk. Kadang-kadang, dengan senyuman pun boleh hilangkan perasaan marah diorang tuh. So, senyum jek depan diorang. Tapi jangan lah sengih melampau macam orang gila plak. Dah tau orang tuh merajuk, kang tak pasal-pasal dapat pelempang free!

#5.
Minta maaf. Cara paling mudah sekali. Lelaki nih kadang-kadang tak perlu untuk dibelikan macam-macam. Hanya sebaris ungkapan maaf dah cukup untuk membuatkan hati mereka cair. Tak kira lah semarah mana pun mereka terhadap korang, namun sampai bila sangat lah mereka nak merajuk. Minta maaf. Dan berusaha untuk tidak mengulangi kesalahan yang korang lakukan itu.

Bukan mudah untuk menyejukkan hati yang sedang luka, tetapi dengan secebis doa dan ikhtiar, pastinya hubungan itu akan kembali jernih. Sayang, maafkan saya. Saya memang selalu buat salah pada awak. Selalu sakitkan hati awak. Tak pandai jaga hati awak. Tapi percaya lah, hati saya hanya untuk awak. Dan awak jangan lah pernah berharap yang saya akan ada pengganti awak. Walau siapa pun awak, saya terima awak seadanya. Yang penting, awak sayang saya dan sanggup terima kekurangan saya. Thanks awak. Untuk cinta yang awak curahkan. Saya sayang awak!

Tips-tips di atas I share daripada pengalaman I. I tak ciplak daripada tulisan sesiapa. So, kalau korang nak copy, sila tinggalkan backlink ke entry ini oke.
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Saturday, May 28, 2011

Blog macam dah tak bermakna kalau tak boleh edit apa-apa!

Salam.

I sedang ada masalah.
Blog ni yang buat perangai ke, or lappy ni yang problem ke, I tak tahu.

I kan selalu tukar-tukar lagu lah,
then kalau dah bosan dengan header lama,
I tukar header baru and apa-apa yang I nak tukar lah kan.
Sebab I ni cepat bosan dengan benda lama.
(Tapi dengan boipren, belum bosan lagik!)

Then, dah 4 hari I try to edit my blog.
Tapi tak boleh save.
Macam hampas betul!
Rasa macam nak lempang-lempang jek blog nih.
Sakit hati tau tak!

Tolong lah, kepada yang pakar dalam perihal javascript, 
anda sedang diperlukan.
Selalu kan, time I nak save jek,
dia akan muncul macam nih.

"javascript:void(0)"

Apa maksudnya tuh?
Pening lah!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Friday, May 27, 2011

Tanpamu (OST Nur Kasih The Movie)

Salam.


Lirik Lagu Tanpamu – Sabhi Saddi ft Helena

Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang

Korus
Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu

Tanpamu nafasku terhenti
Keranamu aku ada disini
Tetap bersamaku selalu disampingku
Untuk selamanya

Korus

Kasih yakinlah kepada diriku
Sayang dan cintaku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Wednesday, May 25, 2011

Review - Nur Kasih The Movie

Salam.

Seriously. I tengok filem ni dengan emosi membuak-buak. Dan pastinya kerana keinginan I untuk menonton filem ini bersama yang tersayang telah dimakbulkan. Petang tadi, (Selasa) 24 May 2011 , pukul 2.30 petang I telah pun menonton filem Nur Kasih The Movie. Even agak lambat (5 hari lambat dari tayangan hari pertama), I tetap nak tengok cerita tuh. 


Unsur-unsur moral seperti cinta, kasih sayang, keagamaan, sifat ingin membantu dan banyak nilai-nilai murni yang telah diserapkan. Terdapat juga beberapa gimik yang tak disangka, banyak membantu pengolahan cerita yang ingin disampaikan. Terdapat juga beberapa flash back scene dalam filem ini telah membantu penonton memahami mesej sebenar penyampaian filem ini.

Sharing a bit about this film..
Release Date
19 Mei 2011
Genre
Epic Drama
About
Di Pawagam 19 Mei 2011
Plot Outline
Setelah adam berjaya mendapatkan cinta nur..setelah aidil mendapat kepercayaan aliya..setelah sarah benar - benar insaf..apakah lagi yang sanggup dikorbankan demi cinta....nantikan Nur Kasih The Movie....
Starring
Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Ayu Raudhah, Liza Othman, Munif Isa, Sara Ali, Adik Mia Sara Nasuha, Adik Ilyas Suhaimi
Directed By
Kabir Bhatia
Written By
Mira Mustaffa
Screenplay By
Mira Mustaffa
Produced By
Filmscape Sdn Bhd, Juita Viden Sdn Bhd, Primeworks Sdn Bhd
Filem ini sangat berjaya menyentuh hati wanita I. Even I tak mengalirkan airmata tatkala menonton filem itu tadi, but truly I sangat sebak kepada certain scene yang ditayangkan. Antaranya:
  • Ketika Adam berusaha mencari cincin Nur Amina di padang pasir.
  • Ketika Adam dan Nur Amina ditimpa kemalangan keretapi. Ketika Nur Amina tidak sedarkan diri. Menangis Adam merayu dan berdoa kepada Allah supaya Nur Amina selamat.
  • Ketika Mamat menyelamatkan Aidil ketika dipukul dengan geng Jamal hingga kepala Mamat dipukul dengan batang besi. Terasa sangat sakit! 
  • Ketika Nur Amina keguguran. Sangat sedih.
  • Ketika Adam sedang nazak dan sesak nafas.
  • Ketika Adam meminta ampun dari ibunya. Kata ibunya, "Adam anak emak. Dan tugas emak adalah untuk mendoakan kebahagiaan anak-anaknya. Walaupun ada sedikit terguris di hati, pada waktu itu juga lah mak ampunkan. Itu tugas mak. Mak tak sampai hati tengok anak emak pergi dulu dari emak.. "
Sangat sebak dan ingin menangis semahunya. Tapi airmata tak sampai nak mengalir. Mana tak nya, asyik melantak jek dalam wayang. HAHA! Lagipun I nak cover macho depan Encik Bobo. Kang dia ketawakan I kalau I terlebih emosi tengok wayang.

I tengok Nur Kasih The Movie di GSC Jusco Aeon Bandaraya Melaka. First time tengok wayang kat sini. =.='

Kami tengok yang pukul 2.30 PM punya tayangan.

Besh!

Adore him! Sangat hensem dan macho!

So for the conclusions, I sangat happy dan rasa berbaloi sangat tengok filem ini. Tak rugi langsung. I bagi 6 stars out of 5 stars. eh? boleh ke? HEHE! Korang yang belum tengok, cepat lah pergi tengok! Best gila wa cakap lu! Last but not least, sila hayati lagu di bawah ini. Sangat menyentuh kalbu. But before that, pause dulu lagu yang kat sidebar I ni oke. Jom layan!!!!

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Tuesday, May 24, 2011

Contest Blog Paling Comel

Salam.

Seriously, I dah lama gila tak join contest.
Tapi hari ni I terrr..join jugak contest nih.
Maybe sebab I suka benda-benda yang ada words "comel" tuh kot! HEHE!
Saja je join benda ni sebab tengah boring gila!


Photobucket

Oke. Jom check Terms and Conditions contest ini oke.

  1. Mesti ada blog .
  2. Mesti wajib follow blog ini .
  3. Tuliskan satu entry bertajuk Contest Blog Paling Comel bersetakan gambar dibwah .
  4. Lepas dah buat entry terus comment ke entry ini .
  5. Tag 3 rakan anda pastikan dorang tahu .

Dah? Apa lagi? Jom join this contest. Mana tau boleh menang?
Klik sini oke!  http://farinafza.blogspot.com/2011/05/contest-blog-saya-comel.html

I tag http://duniakuemieysandra.blogspot.com/ ,  http://lisaafha.blogspot.com/ , http://lemonribena.blogspot.com/ untuk join contest ini.
HAHA! Gotcha! :)
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Monday, May 23, 2011

Colours of Pink

Salam.

Ini header I yang terbaru.
Kalau lawa, diam-diam jek.
Kalau tak lawa, sila komen untuk penambahbaikan sahaja oke.


Yang ini pulak footer baru I.


Sila berikan komen yang membina oke.
I tak perlu komen yang menhancuskan I.
Thanks. :)
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Aksi tengah malam

Salam.

Tak semua orang dapat anugerah untuk ber'aksi' di tengah malam. Macam I. Dulu, I tak terfikir langsung untuk ber'aksi' di tengah malam. Siap disaksi kan lampu malap warna kuning keemasan. Wah. Ayat macam ye ye jek. Oke. Story about work. Jangan fikir lain pulak tau. I tak terfikir sebenarnya, yang I akan bekerja di waktu malam. Sedangkan semua manusia lain sedang hanyut dibuai mimpi. Aghh! Tension nya bila fikir kan kerjaya I sekarang nih. Macam nak quit, tapi tak sampai hati. =.='



Ini lah kerja yang I hadap bila I kerja malam. Aksi yang sangat mencabar bukan? Kalau time busy period, lagi banyak files and key card holder yang berlambak. Yang tuh kalau government group masuk. Lists jangan cerita lah kan. Report pulak panjang berjela-jela. Kadang-kadang sampai 150 pages. Penat tunggu print. Kalau salah print, kena hentam ngan boss. Finance site tau nak blame we all jek kalau we all silap sikit. Padahal, they all boleh betul kan sendiri. Menyampah!


Beraksi di waktu tengah malam memang memenatkan. Bila balik rumah, letih bukan main. Kadang-kadang sampai tersengguk-sengguk depan komputer. Tapi nak buat macam mana, dah tugas. Lagipun kerja malam adalah dapat sikit night shift allowance. So, dapatlah kasik backup gaji I. Up lah sikit dari staff lain. Tapi penat sikit lah. 

Now, dah nak dekat 2 tahun I kerja follow the shift. So far, kerja dekat sini semua oke. Pressure pun less than expected. Kalau ada pun pasal fussy guest jek la. Yang lain oke dah kot. Korang doakan lah I akan lebih success dan cepat sikit company ni naikkan gaji I. Takkan kerja teruk-teruk, tapi gaji naik ciput jek. Tak aci lah macam nih boss!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Sunday, May 22, 2011

Tutorial menukar ayat bagi Linkwithin

Salam.

Tutorial ni terhasil dari pertanyaan seorang rakan blogger I, Yanie.
Beliau tanya I macam ni..




Actually, tutorial ni adalah sambungan dari tutorial ini. Cuma kena tambah sikit jek.
Normally, bila kita letak linkwithin, ayat yang default dia bagi mesti "You might also like:"
Ni contoh yang Yanie dah buat dalam blog beliau.




But actually kita boleh tukar ayat tuh.
Korang modified sikit dekat code linkwithin korang tuh. Oke. Ni contoh code I. Korang modified ikut code korang sendiri tau.


<script>linkwithin_text='Hey korang! Jom baca yang ini jugak!'</script>
<script>
var linkwithin_site_id = 228792;
</script>
<script src="http://www.linkwithin.com/widget.js"></script>
<a href="http://www.linkwithin.com/"><img src="http://www.linkwithin.com/pixel.png" alt="Related Posts Plugin for WordPress, Blogger..." style="border: 0" /></a>

Just tukar ayat yang I bold and underline tu dengan ayat yang korang suka.
Lepas tu, save!
Dah siap. Selamat mencuba! =.='
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Saturday, May 21, 2011

Hujan Airmata (T _ T)

Salam.

Aku menaip coretan ini dalam hujan. Disertakan dengan airmata. Airmata sendu yang tidak pernah difahami oleh sesiapa. Di saat ini, airmata ku deras mengalir. Sesekali aku menyeka dalam esak. Aku keliru. Benarkah aku sedang menangis? Bodoh nya aku! Memang aku sedang menangis. Apa lagi yang nak ku bidas?

Kadangkala, aku terfikir. Kenapa aku tidak diberikan nikmat bahagia macam orang lain. Sedari kecil lagi, aku rasa hidup aku sering derita. Masalah bertimpa-timpa. Aku jadi insan yang seakan tidak bersyukur. Walhal, Allah itu maha adil. Tapi aku rasa, diri aku sangat berbeza dari insan lain. Sangat malang!

Berkali-kali aku diasak oleh pertanyaan yang akan mengembalikan luka dalam hati. Kenapa aku diciptakan? Kenapa aku berada dalam dunia ini? Adakah sekadar untuk memenuhkan pelusuk alam ini tanpa ada sebab musabab yang sahih untuk diterima akal. Aku jadi kurang waras bila memikirkan soal itu. Sesungguhnya, soalan itu memang tiada siapa pun yang bisa menjawabnya melainkan Tuhanku yang maha satu, ALLAH yang maha esa.

Aku boros. Aku tamak. Aku tidak pernah membantu sesiapa. Hidupku hanya menyusahkan. Hadirnya aku dalam hidup seseorang itu hanya untuk menambah beban. Aku didatangkan hanya untuk mencipta sengketa. Aku hanya menyusahkan. Aku hanya menambah derita. Sungguh malang siapa yang menghampiriku. Ya. Baru aku sedar semua itu bila orang yang paling aku sayangi, sudah berterus terang sebegitu. Memang. Memang dia tidak pernah mengungkapkan. Tapi, dari kiasan bahasa yang diberikan, sudah cukup jelas untuk mendefinisikan itu semua. 

Tidak mengapalah. Aku tahu, sekarang waktu aku sedang susah. Aku miskin. Tiada harta. Memang sudah jadi lumrah hidup, yang miskin dipandang hina. Yang senang diagungkan. Hati aku sangat terguris. Rasa terhina. Aku tahu, Allah itu maha adil. Maha bijaksana. Hidup ini umpama roda. Kadang kita berada di atas, kadang kita berada di bawah. Semuanya pasti ada hikmahnya. Pasti ada pembalasan. Pasti hukum karma itu akan terbukti. 


Wahai hati, bersabarlah. Aku kini sendiri. Memiliki hati yang sudah pun remuk lantas hancur berkecai. Aku tetap diriku. Berbekal tekad dan sisa hidup yang masih ada, aku gagahi diri ini untuk melangkah. Hingga titik noktah yang terakhir. Ya, masih lagi keseorangan. Tanpa keluarga, tanpa insan tersayang, tanpa sahabat, tanpa sesiapa. Aku kini sendiri menanti detik terakhir denyutan nadiku. Degupan jantungku. Helaan nafasku. Aku pasrah. Terima kasih kerana memberikan aku suatu kenangan yang terindah sebelum aku dijemput oleh-Nya. SALAM.

Noted : 8.35AM , SATURDAY , 21 MAY 2011
Dengan titisan airmata, aku relakan kau pergi.
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Thursday, May 19, 2011

Another two years plus. Please pray for us!

Salam.

Another two years plus.
Please pray for our happiness and hope it should be oke.

Sayang,
Love feels no burden,
thinks nothing of trouble,
attempts what is above its strength,
pleads no excuse of impossibility..
It is therefore able to undertake all things,
and it completes many things,
and warrants them to take effect,
where he who does not love would faint and lie down.
Love is watchful and sleeping, slumbereth not.
Though weary, it is not tired,
though pressed, it is not straitened,
though alarmed, it is not confounded...
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Wednesday, May 18, 2011

Tukar Pakwe/Makwe baru lagi!

Salam.

Seharian tidur, malam baru ada hati nak online. Semalam, I pergi kerja dalam kehujanan. Tapi nasib baik I tak demam. Buat kerja pun smooth jek. Tahu-tahu, dah pagi. Syiok ah!

Tadi masa I mula-mula online, I buka FB dulu. Macam biasa lah, I tengok ada beberapa 'Friend Request'. I approve jela macam biasa. I tengok semua pompuan. 

Tapi rupa-rupanya, dalam banyak-banyak list 'Friend Request' tuh, rupanya ada seorang pompuan nih awek baru member I. Huih! Tak sangka, bertukar lagi makwe dia. Rasa nya, baru tahun lepas kitorang pergi wedding one of my friend. Time tuh, dia bawak awek lama dia. Tak sangka, tahun ni, dah bertukar pulak awek dia. Hmm. Sukati kau lah.

Actually, tak salah pun nak tukar boyfriend or girlfriend. As long, korang setia sudah. Yang lepas tu, lupakan. Mesti ada something yang buat korang break up kan? Takpe, masing-masing ada alasan tersendiri kan. Itu lumrah.

Kadang-kadang, bertahun-tahun kita bercinta dengan orang tuh. Tapi tiba-tiba kita kahwin dengan orang lain. Time tuh, toksah lah nak pelik. Sebab dah banyak example yang I jumpa.

So, dalam bercinta nih kan, tak payah nak mengharap lebih-lebih sangat. Mana tau, satu hari nanti, dengan orang lain pulak jodoh kita?

Dan..

Untuk sesiapa yang rasa-rasa nya dah berkenan kat makwe korang tuh, better cepat-cepat lah cop. Kang tak pasal-pasal ada yang rembat, time tu baru nak gigit jari. Baru padan muka!



Untuk Encik Bobo, I dah nak jadik pengapit nih.
Orang tua-tua kata, sape yang jadik pengapit,
jodoh dah dekat.
So, cepat-cepat lah ye.
=.=
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Tuesday, May 17, 2011

Nasi Goreng Seafood | Nurulchumel Version

Salam.

Hye korang!
Dah lunch belum?
Jom lunch dengan I!
Hari ni I masak Nasi Goreng Seafood Special!


Oke. Siapa nak recipes, boleh contact I oke.
Resepi terbaik dari ladang tau!

Dah kenyang, boleh lah tidur!
Kembang kan badan. >.<
Malam ni kan I kena kerja.
HAHA!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Review - Kongsi (Lu Langsi, Lu Mati!)

Salam.

Semalam I pergi tengok movie dengan Encik Bobo.
Kali ni, kitorang tengok filem Kongsi.
Trademark filem ni..
"Lu Langsi, Lu Mati!"

Maksudnya lebih kurang macam..
"Kau berlagak, kau mati!"
Sebab I tanya dengan manager I, apa tu maksud LANGSI?


Shaheizy Sam berlakon sebagai Tumulak.
Seorang warga Thailand yang datang KL untuk memporak peranda kan geng-geng berpengaruh di Kuala Lumpur. Best lah beliau cakap bahasa Thailand. Pastu kecek Kelate pulak tuh. Bagus lah beliau!


Untuk filem nih, I bagi 4 bintang tau.
Overall filem nih menggabungkan elemen aksi dan lawak.
Korang dah tengok belum, jangan lupa terjah pawagam berhampiran korang sekarang!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Ku ada kamu | Bila kita nak kahwin ni sayang?

Salam.

Yes. I sangat bertuah kerana memiliki beliau.
Dah banyak betul beliau korbankan untuk I.
Tapi kan, lagi lengkap kalau kami disatukan.

Semalam kami dating.
I lah orang yang sangat happy.
Jumpa beliau, macam satu nikmat untuk diri I.
Beliau sangat menenangkan jiwa.


Sila jangan cakap I dah makin tembam. Ngeee.. :)

 I Love You sayang!


Favourite kami. >.<

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Monday, May 16, 2011

Undangan Perkahwinan untuk korang! Datang tau, jangan tak datang!

Salam.

Dah lebih 3 tahun bercinta, I rasa inilah waktu yang tepat untuk I menamatkan zaman bujang I. Orang tua-tua kata, dah sampai seru! Yelah, setiap orang mestilah mengimpikan majlis yang penuh bersejarah dalam hidup kan? Saat diijabkabulkan. Macam tu jugak dengan I. Akhir bulan ni, I bakal menukar status I dari "Single" ke "Married". Yahoo!!! Tapi gementar dalam diri tu tetap ada. Cuma korang tolong lah doakan yang terbaik untuk kami. Semoga majlis kami berjalan dengan lancar dan penuh barakah.


Kad undangan perkahwinan.

Begitulah agaknya yang bersarang dalam hati my besties, Mimy. Tak lama lagi, beliau bakal jadik bini orang. HAHA! Dah tak boleh nak terjal-terjal lagik dengan I. Dah tak boleh nak kuar rumah, balik malam dah ngan member-member. Dah tak boleh ada skandal lah, abang angkat baru lah, pakwe angkat lah, dah tak boleh ye Cik Mimy sayang? Anda bakal jadik bini orang. Dan lepas tuh akan jadik mak budak. I je masih available untuk melakukan perkara-perkara di atas. erk! alamak! ampun Encik Bobo, I tak curang dengan U! :p



Mimy and Bukhari.

Dan untuk pengetahuan anda-anda semua, I bakal akan jadik pengapit beliau. Erk! I pulak yang nervous! Tapi I jadik pengapit majlis sebelah bakal suami beliau, dekat Semerah, Batu Pahat. Sebab dekat dengan rumah I and Encik Bobo. Lagipun, I tak boleh nak attend both wedding. Sebab I tak dapat cuti. Time tu kan hotel busy.




Hmm. For Mimy and Bukhari, I'm very proud for both of you. Congratulations tau. Semoga majlis korang berjalan lancar dan jodoh korang berkekalan. For Mimy, don't be naughty anymore ye sayang. Jaga suami anda dengan baik. InsyaAllah, Syurga tempat anda.

Note : Bila lah time I akan tiba yek? hmm.. :(
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

✿ Link for Blogwalking View ヅ

Visondata pocket WiFi
Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™