✿ Paid-up Advertisement ヅ

Hot Deal Everyday! Super Saver Unlimited!
Logo KBBA Visondata pocket WiFi
Logo KBBA

Saturday, December 31, 2011

Now available to take your order! :')


Salam.


Hai korang, korang dan korang! I nak inform neh, yang I dah available untuk buka balik service edit blog. So, kepada sesiapa yang pernah or dah hantar particular untuk service edit blog, tapi I tak reply lagi ataupun still tak dapat feedback, I mohon kerjasama korang untuk re-send balik email korang tuh. Maybe I terlepas pandang atau I busy hari tuh. 

Now I dah tak berapa busy dan boleh melakukan aktiviti edit-mengedit neh dengan sewenang-wenangnya! So apa tunggu lagi tuh? Send your particular NOW untuk service edit blog. Price? Jangan risau, its negotiable. Murah jek, korang semua mampu kot. Tapi ikut kepada kehendak dan permintaan lah kan. Kalau makin besar selera korang, makin comel lah harga nya. Don't worry lah! I bagi best price pada yang berminat. 

Send your details now and I will reply A.S.A.P! 
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Thursday, December 29, 2011

Sony K770i Cybershot dalam kenangan :'(



Salam.

Sakit. Sangat pedih hati I sekarang neh. Tapi sumpah I takde niat nak menyinggung perasaan dia. I bersama dia  dah lama kot. Since 2009 kot. Dia lah ubat, dia lah racun. Terhempas, terjatuh, tergolek macam mana pun dia tetap setia berkhidmat untuk I. Tak pernah sekali pun dia merajuk. Tapi kali neh, rajuk dia teruk betul. I baru cakap dengan member I semalam pasal nak beli J20 Hazel. Hadoi! Hazel je kot. Bukan henpon canggih mana pun. Bukan smart phone pun yang I nak beli tuh. Tapi dia dah majuk. Memori semua habis hilang. Contact number semua lesap. Nasib baik lah I neh jenis yang lepas snap terus transfer kat lappy. Kalau tidak, memang lesap jugak la gamaknya.



I takde niat langsung nak jual ke, trade in ke, tanak guna ke, takde langsung. I nak beli baru pun sebab I nak tambah satu nombor lagi. Nak beli nombor couple dengan Encik Bobo. That's why I nak beli phone baru. Bukan tanak guna langsung. :'(

I sangat sayang dia. Kalau tak, takkan I nak guna sampai sekarang? Tengok neh, entry neh untuk dia. iPhone 4 vs Sony Ericsson. Entry neh pun, I taip khas untuk menghargai dia. Photoshoot Aidilfitri | cybershot K770i version. Walaupun keypad dia dah susah nak tekan, I tetap guna dia. Sayang dia. Sebab camera dia cun. I suka dan tak menyesal langsung beli dia dulu. :'(





Kenangan I dan 'dia'. Sangat sedih!
Sumpah! Lepas neh I takkan ulang mistake macam neh lagi!
Sedih.
#sambung nanges lah!
T___T
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Wednesday, December 28, 2011

23 Perkara Tentang Cinta! ❤


Salam.


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli!Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya,di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,’Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi,walaupun kamu tidak membalas SMS-nya,kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan,setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya,kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan,bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya dan akhirnya kau musnahkan?pasti kau lupa tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu,bahkan mungkin meminjam CD milik kamu kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu–kesukaan kamu kesukaannya juga,walaupun sukar meminati kesukaan kamu tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema atau batuk-batuk,dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu–kerana dia bimbangkan tentang kamu,peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian,dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat,ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain,dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS.Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala.Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu.dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan,walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya.saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

"No sooner met but they looked;
No sooner looked but they loved;
No sooner loved but they sighed;
No sooner sighed but they asked one another reason;
No sooner knew the reason but they sought the remedy;
And in these degrees have they made a pair of stairs to marriage..."
William Shakespeare

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Tuesday, December 27, 2011

Unpredictable! Follower dah cecah 2k!


Salam.

Dari I mula mula blogging sampai lah ke hari neh, I tak pernah menduga yang I akan dapat follower sampai 2k. Siyesly, I sangat appreciated dekat korang semua sebab sanggup followed blog buruk I neh and keep coming even blog I neh tak la sehebat blog blog yang lain. 

Dan sempena meraikan followers terhebat I neh, I takde nak buat apa apa giveaway, atau contest. Cuma I hope korang boleh keep coming my blog and tinggalkan jejak korang di sini. Sebab lately neh, I memang rajin blogwalking. Semangat lebih la katakan. So, hope lepas neh kita boleh keep in touch dengan lebih akrab lagi bukan hanya dalam blog, but who knows one find day, kita boleh keluar hang out and buat gathering sama sama kan? :')
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Monday, December 26, 2011

The Sweetest Lunch with my sayang! ❤


Salam.

First time post entry pasal lunch kan? Selalu nya post entry pasal dinner, breakfast. Kali neh, lunch pulak. Sebab selalunya I dengan my sayang kalau lunch dekat tempat biasa biasa jek. Tapi tengah hari tadi, I pergi lunch dekat hotel. Tuh yang macam nampak lagik sweet tuh. HEHE!

Tempat pilihan kami hari neh ialah The Palette Cafe, Bayview Hotel Melaka. Thanks to Avillion Legacy  Hotel Melaka kerana memberi peluang untuk I dan Bobo melantak banyak banyak banyak dekat sana. Actually, ini adalah one of my prize sebab menang 1st runner up Avillion Idol hari tuh. Tak ingat? Leh click sini http://nurulchumel.blogspot.com/2011/12/6th-annual-dinner-2011-part-2.html

Jom layan gambar pulak! Peace! :')

my sayang! ilysm!  ❤

nyum3!

Boleh tahan sedap gak ayam dia. Mabeles!

Chicken Ham. Yummy!

Assam pedas, Steamboat and Yong Tau Foo station.

Dessert Station. Comel gila kot!

Maen masak masak steamboat!

Cun seyh!

Geram gila dengan choc tuh! Sayang nak makan. Tapi dah makan dah pun. :)

Fruit tart-lets. comel!

The Palette Cafe, Bayview Hotel Melaka.

Love you even more!

p/s : Sorry lah. Entry kali neh penuh dengan gambar jek. Hadap sampai muntah. ngee.. :')
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Saturday, December 24, 2011

Beralih dari Shoutmix ke Cbox


Salam.

Actually mesti dah ramai blogger yang berpaling tadah dari Shoutmix ke Cbox kan? Sebab apa? Sebab Shoutmix dah start kena bayar bulan Januari akan datang, dan Cbox masih FREE. Dalam dunia neh semua benda kena bayar. Sampai nak ber-chattting pun nak kena bayar. Dan sebagai seorang blogger yang hidupnya sentiasa memburui wang, ehh, ayat apa neh? kita seharusnya bijak memilih. 

Dulu I guna Shoutmix sebab function-nya yang mesra pengguna, tak payah nak taip taip nama dengan url kalau kita nak start ber-blogwalking. Lagipun, function-nya sangat hunky funky, yang membuatkan I sangat selesa dengan kewujudannya. But, since Shoutmix dah nak start mengenakan bayaran, mind setting I terus berubah. I tergamak menggunakan Cbox dari Shoutmix. Bukan kedekut, tapi berjimat cermat. Sapa yang masih kaya, silakan lah menggunakan Shoutmix semula yek. ngee..

# Before - With Shoutmix
Siap dah tulis "Shoutmix Expiring.." Hampeh!

# After - With Cbox
Baru start buat, so komen masih seketul. Komen sendirian berhad pulak tuh!

p/s : Dalam dunia sekarang neh, semua benda nak berbayar. Masuk toilet nak pi buang air pun kena bayar 30 sen. Lepas neh, entah apa lagi yang kena bayar. Huih! Dunia, dunia! fullstop. 
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Friday, December 23, 2011

Next Design Done! | Makbed's Journal


Salam.

Blog : Makbed's Journal
Url : http://www.makbed.com/

 
 

Jom terjah blog beliau!
watcha! :'))

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Thursday, December 22, 2011

Dear my valued customer, I am sorry.. :'(



Salam.

Dear all my valued customers,

Perkhidmatan meng-edit blog bakal tergendala kerana buat pertama kalinya I menggunakan new interface dari blogger. Siyesly, I tak suka dengan new interface neh. Macam makin susah dan banyak link yang menyulitkan I untuk meng-edit. So, I need to take a time to study all this new things. 

Setakat ini, ada dua design yang pending. I kena siapkan secepat yang mungkin sebab salah seorang customer tuh dah bayar full payment. ohh. Semak betul lah blogger neh. Tak boleh tengok I senang betul. Ada jek perubahan yang dia nak buat. Tension mak! :'(
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Wednesday, December 21, 2011

Duit kertas dan syiling baru 2012 | comelnya! :')

Salam.






Comel comel kan duit baru untuk tahun hadapan neh?
Tak sabar nak pegang duit baru! :')
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Tuesday, December 20, 2011

Marah!

Salam.

Actually I tak suka tau nak marah marah orang tak tentu pasal. Tapi bila I rasa hati I neh saket, mesti lah I nak marah jugak. Tak kisah lah orang suka ke tak, peduli hape. Marah tetap marah. Tapi memang betul lah. Kita neh tak boleh nak berharap sangat kan? Kalau kita berharap eksaited sangat, kompem benda yang kita harapkan tuh takkan jadik.

Macam kes I lah. I selalu berharap. Orang puteh kata, over confidence. Yakin memanjang. Dah orang bagi harapan, takkan kita nak buat hati kayu jek kot macam orang takde perasaan. Entah la, kadang kadang I rasa putus asa pun ada. Orang yang kita harapkan tuh tak mampu nak tunaikan apa yang dia janji kan. Siyesly bengkak gila hati neh. Macam kena tumbuk lumat lumat. 

Takpelah. Start from today onwards, I takkan berharap apa apa. Sebab kalau berharap, takkan jadi. So biar dia datang sendiri walaupun hakikatnya saket and payah untuk kita terima. Tak guna nak marah marah, kalau orang yang kita nak marah tuh takde perasaan langsung nak jaga hati kita. Dah la, baik jaga hati sendiri. Buat apa yang kita rasa terbaek untuk diri kita. 

p/s : Rasa macam dah fade up nak buat semua benda, termasuk blogging! T___T
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Monday, December 19, 2011

Video pilihan hari ini | Kenapa I tak dapat macam neh yek? hmmm :'(

Salam.

Hey korang! Cuba play video kat bawah neh.
Sangat romantic, adore, respect!


Benarlah, cinta selepas kahwin itu adalah cinta sejati.
hmm. I wish I choose the right man to be my imam soon.
I wish. :')
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Sunday, December 18, 2011

Dalam sedih sedih pun, mampu main masak masak. Kau mampu?

Salam.

Susah sebenarnya nak dapat offday hari ahad neh. So, bila once dah dapat kita kena lah manfaatkannya dengan sebaik baiknya. Tapi actually I ada berita sedih hari neh. I hilang duet RM100. I tak tahu sama ada I silap letak ke, tercicir ke, atau pun memang dikebas orang. Siyes I dah lama tak hilang duet. Dah la I sedar duet I hilang time nak bayar kat kaunter Tesco. Tension gila kot!

Rasa macam nak terpengsan dekat depan kaunter tuh jugak tau. Nasib baik Mira ada. Dia tolong tenangkan I. Then I pun balik rumah. Habes handbag I selongkar. Tak jumpa jugak! I istighfar banyak banyak, lepas tuh terus solat Zohor. Lepas solat, I terus masuk dapur. Nak ikutkan hati I yang lemah lembut neh, kompem I dah menangis. Mana tak nya, duit tuh RM100 kot. Bukannya seringgit dua. 

I simpan semua barang barang yang I beli dekat Tesco tadi. Lepas tuh basuh ayam, basuh ikan. Simpan dalam peti ais. Dah siap. Pastu perut dah terasa lapar. Mau nya tak. Dah nak dekat pukul 4 kot. Tak lunch lagi. Breakfast tadi pun just makan bubur pulut hitam sikit, dengan minum coffee. Pastu terus tak makan. Berdangdut dah perut neh.

Sambil memikir mikir lagi duet yang hilang tadi, tiba tiba I dah prepare barang untuk masak tom yam. Semua barang lengkap sebab barang nak masak tom yam tuh dah beli since last week lagi. Masak punya masak, goreng punya goreng, tiba tiba jadik macam neh.......


Tom Yum3 suka hati!

Bendi goreng yummy sesedap rasa!


Tak sangka I boleh masak dua lauk neh dalam masa kurang dari 15 minit. Agak nya kalau nak masak memang kena ber-emosi kot. Baru boleh terhasilnya makanan yang sedap sedap. hmm, kau mampu? :'P
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Saturday, December 17, 2011

New Design | Banner Cik Puan Susy

Salam.

I nak tunjukkan dua design terbaru untuk banner CikPuanSusy.
Beliau ada dua blog. Satu blog personal, satu blogshop.
So, dua dua design banner tuh I yang design. Hope beliau suka! :')

Photobucket

<a href=" http://diarysusy.blogspot.com/ " target="_blank"><img src="http://i44.photobucket.com/albums/f23/nurul_izz/bannersiap.gif" border="0" alt="Photobucket"></a>

Photobucket


<a href=" http://www.susycollections.com/ " target="_blank"><img src="http://i44.photobucket.com/albums/f23/nurul_izz/bannerblogshop.gif" border="0" alt="Photobucket"></a>

Korang boleh amek banner neh kalau suka! :')
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Thursday, December 15, 2011

Cinta Elysa | Mata dah rabak sebab tengok cerita neh!

Salam.


I memang suka tengok cerita yang dah habis disiarkan. Sebab nanti takde lah nak tertunggu tunggu next episod. Macam cerita Cinta Elysa. At first memang I tak layan cerita neh. Dalam hati siap cakap camneh, "Drama bodoh apa lah si Fasha berlakon neh.." Tapi bila dah habis, baru nak layan tengok cerita neh. Tu pun sebab housemate I yang tengok dulu dekat You Tube. Pastu bila dah lama lama tengok kat lappy dia, I pun search la jugak. Macam best pulak bila dah layan cerita neh. 


#Ini kesan mata yang rabak sebab asyik tido pukul 3-4 pagi. ngee.. :P

Next drama, I nak tengok Tentang Dhia. Yang neh memang I follow cerita nya. Cute kot si Nora Danish tuh. Watak wanita baik. Tak menggedik. Tapi kalau si Nora Danish neh menggedik pun tak nampak gedik kot. Nampak comel ada lah! :')

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Wednesday, December 14, 2011

Blog Reen Izrinda berwajah baru!

Salam.

Korang ingat lagi tak I pernah design blog Reen Izrinda sebelum neh? Check sini kalau tak ingat. Last Sunday kan, beliau gigih datang rumah I nak edit blog beliau. Kebetulan pulak memang I free time tuh. So I edit lah apa apa yang patut. Sebab beliau kata dah bosan dengan design lama blog beliau. Yelah, beliau edit dah 4 bulan kot. I edit blog beliau yang lepas bulan September. Sekarang dah Disember. Maybe nak amek mood tahun batu kot. hehe. Jom preview wajah baru blog beliau!


New look

Old look


Mana satu lagi cantik? hehe.. Whatever lah yang mana lagi cantik. Asalkan beliau berpuas hati. Next editing, blog kawan baik I pulak. hmm. Tunggu.... :'P
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

✿ Link for Blogwalking View ヅ

Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2017 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™