Wednesday, August 1, 2012

Home » , , , , » Bercerita tentang RAYA!

Bercerita tentang RAYA!

Salam.

Hari ni dah masuk Ramadhan yang ke 12. Sekejap je kan masa berlalu. Ada lebih kurang 18 hari je lagi untuk kita sambut lebaran. Perasaan? Hmm. Tak la se-excited masa zaman budak budak dulu. Dulu, kita la paling sibuk sekali. Padahal puasa belum cukup lagi tuh. HEHE! Mana nak prepare baju raya, kasut raya, beg raya, tudung raya, semuanya raya! Tapi sekarang ni, yang paling pening sekali nak fikir pasal duit raya. Adoii. Pening! Pening!

Masa zaman budak budak dulu, tak fikir pun semua ni. Fikir nak dapat duit raya jek dari orang besar. Sekarang ni bila kita dah kerja, baru tau sesak nya nafas nak cari duit. 

Lama tak menaip dalam blog ni. Terbiar jek. Kesian betul. Ni semua sebab kononnya I la paling busy. Ohh. Memang busy oke. Jadual kelam kabut. Tukar sana sini. Sakit hati. Tapi sabar jek la. Kan bulan puasa. Yang buat tambah busy, pasal I nak pindah rumah. Maklum lah, I dah dapat staff quarters, so kena la pindah. Dah tak payah pening pening nak bayar duit sewa rumah la, api air la. Sekarang fikir nak bayar duit internet dengan duit kereta jek la. Pastu kumpul kumpul duit untuk "big day". Kihkihkih! "Big day" apa tu? Alah, nanti nanti la kita story oke. HEHE!

Puasa puasa macam ni, memang sungguh mencabar. Tapi yang paling tak best nya, I dapat cuti raya on the 3rd raya sampai raya kelima. Alahai. First and second raya I kena kerja pagi. Yippi! Petang tu boleh la I jalan jalan rumah member member yang dekat Melaka ni. Tak dapat angpow, dapat makan pun jadik la. HEHE! Time ni la nak tengok rumah rumah semua buat open house. Yeay! Makan FREE!

Macam mana la nak diet, kalau asek fikir pasal makan jek? Adoiyai. Kena beringat sebelum terlambat ni. Hari raya bakal menjelma. Kang mesti ada yang kata badan I makin besar la, tak muat saiz la. Ehh. Time tu la baru nak touching. So, masih ada 18 hari untuk start diet! Any ideas, camne I nak diet yang berkesan dan cepat??
Click HERE to earn extra money!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

1 Chumel(s) comment ヅ:

Ardini Humaira said... [Reply Here Bebeh!]

heheh bab raya tak terfikir sangat dni sebab tak dapat balik raya huaaa :'(

✿ Link for Blogwalking View ヅ

300 x 250
Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™