Thursday, September 20, 2012

Home » Accidentally Holiday

Accidentally Holiday

Salam.

Mak aih! Lamanya budak Nurul ni tak update blog?? Ada sesiapa yang rindu? Haktuih! Mesti la takde kan? kan? kan? Oke la. Sebenarnya mood meng-update selalu terbang ke laut. Tak tahu la kenapa. Malas nau nak meng-update. Padahal hari hari I online tau. :'P

Oke. Nak story neh. Since this month I dapat offday hari Ahad, so macam macam tempat la I pergi. First Sunday kan I pergi Engagement Day Intanurulfateha. Second week pergi Muar dan bermandi manda dekat Sagil. Then last week, kira Third Sunday la kan I pergi jalan jalan ke Shah Alam dan KL. Bukan tak pernah pergi. Tapi saja jek nak jalan jalan release tension. Trip ni pun tak dirancang sebenarnya. Jadi secara kebetulan. Actually I just nak pergi dengan Cida jek. But suddenly Maybell nak ikut. So good news! Dalam hati I, "Wah, aku dah ada driver!" KahKahKah! Jahat kan?

Kitorang gerak ke Shah Alam dalam pukul 8 malam hari Sabtu tu. Kebetulan pulak kan I kerja morning shift. Wah, memang sempat la I nak packing, nak mengemas dulu sementara tunggu Cida balik kerja pukul 7 malam. I sempat la pergi service kereta dulu petang tu. 

Dalam pukul 7.45 malam macam tu, Cida balik kerja. Kitorang gerak pergi pick up Maybell dan terus kan perjalanan ke Shah Alam. Kitorang sampai kat Shah Alam dan check in hotel dalam pukul 10 malam. Sebenarnya yang check in tu I dengan Cida jek. Maybell tidur dekat rumah sewa Bobo. Tapi Maybell teman kitorang check in dulu sementara tunggu si Bobo sampai. Kitorang stay dekat budget hotel jek. Tapi budget budget pun, agak agak la kan. Toilet problem, siap tempat flushing problem, air slow..wahh! Tension betul!

Checking! Terkezut Mael Lambong!

Bilik dia so-so je la. Katil queen-sized. Provide pillow 2 jek. Pastu selimut bukan main kecik. Kena main tarik tarik nak cover diri dari kesejukan air cond. Nasib baik la LCD flat screen TV. ;)

Lepas dah kritik kritik hotel tu, kitorang pun keluar. Kelaparan punya pasal. Kitorang tunggu Bobo sebab si Bobo nak ajak pergi Puchong. Makan "Burger Bakar". Dia kata best. Meh try!

Burger Bakar KawKaw Lokas Makana.

Burger tu memang sedap. Tapi besar sangat. Memang kenyang gila dan tak elok untuk kami yang sedang ber-diet ni. Tapi bedal jugak la. Sebab mengidam dan once in the blue moon jek dapat jejak kaki ke sana. Kan kitorang paling busy kat Melaka ni. Kah3!! 

Lepas melantak, kitorang balik hotel dan membongkang. Esok pagi nya, kitorang check out awal tuh. Pukul 9.30 pagi dah check out. Nak tahu sebab apa? Ngee.. Mesti la sebab Meatball Ikea. Kang kalau pergi lambat kang traffic jammed pulak. Kitorang sampai sana dalam pukul 11 pagi pun dah ramai gila beratur nak makan. Nak carik tempat duduk memang sangat mencabar. 

Sabar menunggu. Mencabar kan? Ngeri tak??



Finally, dapat makanan setelah beratur selama 1 jam. 

Lepas puas mencekik, kitorang jalan jalan dekat dalam Ikea tu. Memang ramai gila manusia dalam tu. Sebenarnya I pun nak membeli sesuatu kat dalam tu. Tapi memandangkan dah ramai sangat manusia kat dalam tu, so I batalkan jela hasrat tu. Huwaaaa!!




Best nya berangan dalam banjiran manusia yang ramai! :)

Kitorang parking kereta dekat dalam The Curve sebenarnya. So kena la pergi balik ke The Curve untuk meneruskan perjalanan. :)


Kitorang keluar dari dua tempat yang menyesakkan tu menuju ke tempat yang lebih sesak iaitu Starhill. Saja jek nak melawat sisters properties YTL Hotels dekat sana. FYI kan, Starhills Gallery, JW Marriot, Ritz-Carlton tu semua under YTL Groups. Even broadband 4G Yes pun under YTL. So, kitorang datang la melawat. Tak boleh blah, sekali masuk parking RM7 oke. Mahal ya amat!





Kitorang dapat bertemu janji sekejap dengan kakak kesayangan I, Kak Maslina. Kitorang jalan jalan kejap, lepak lepak, ngumpat ngumpat, amek gambar posing sane sini, pastu berpisah. HUHU! Sedih. Kejap je dapat jumpa Kak Mas sebab waktu tak mengizinkan. Kan nak menghantar si bobo ke Shah Alam lagi. Nak balik ke Melaka dah pukul berapa pulak. 

But anyway, trip kali ni memang happening! Tapi kalau Baizura ada lagi best! Unplanned trip. Kitorang sampai di Melaka pukul 10.40 malam. Balik tu memang masing masing sangat lepak. Penat sangat macam I pulak yang drive. Padahal dalam kereta dah tidur tuh. Kalau ada kesempatan lagi, boleh berjimba macam ni lagi. Untuk kenangan waktu remaja. Auww! Remaja jek ai? HAHA.. Will keep this memories forever.

Friendship Never Ends. ;)

Click HERE to earn extra money!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

2 Chumel(s) comment ヅ:

MéuzAngelo™ XXIII said... [Reply Here Bebeh!]

tgk meatballs tu dah rasa lapar balik.. adehhh

lurun namzar said... [Reply Here Bebeh!]

sekali sekala jln release tensen, mmg syiok.

✿ Link for Blogwalking View ヅ

300 x 250
Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™