Friday, September 28, 2012

Home » , , , , » Malacca Awesome Holiday! - Part 3

Malacca Awesome Holiday! - Part 3

Salam.

Penat jugak buat entry part by part ni kan. Nak cite semua semua takut bosan pulak korang nak membaca. Chewah! Bajet kalau buat entry part by part ni ada orang nak baca la konon. HEHE! Oke dah. Meh sambung cite untuk hari kedua pulak. Sorry, entry kali ni banyak gambar. ;)

Day 2
Kitorang mulakan hari dengan bersarapan di homestay. Yang bagusnya dak Bobo ni, pagi pagi lagi dia dah pergi Duyong untuk beli nasi lemak yang best dekat sana. Memang agak jauh sikit, tapi oke la. Berbaloi. Mula mula dia ajak I pergi, tapi I malas nak bangun. HEHE. So dia pergi dengan member dia. 

Ni la homestay yang berjasa tu. Siap ada Astro Beyond, ada WiFi. Best!

Lepas dah breakfast, kitorang gerak ke Bandar Melaka dalam pukul 10 pagi macam tu. Pergi awal, dapat pergi banyak tempat. Nak parking pun tak susah sangat sebab masih awal. I dah faham sangat Melaka ni kalau weekends memang susah nak dapat parking oke. So Kitorang park dekat area Flor de La Mar (Kapal Besar) then kitorang jalan jalan area situ la. 

Teknik penyamaran yang sangat berkesan : Berlindung di sebalik Bobo!

Tiket untuk 9 orang. :)

Favorite photo of the day! Lagi satu teknik penyamaran berkesan! :P

Lama jugak la kitorang bersantai dalam perut kapal tu. Lepas tu kitorang gerak ke Menara Taming Sari. Tapi masa dalam menara tu, spoil mood betul. Ada anak cina ni menangis tak henti henti dari mula mula naik, sampai la dah turun. Tension gila tak dapat fokus apa orang tu cakap. Dengar budak tu menangis jela. 

Lepas tu kitorang pergi naik beca ke Stadhuys (Bangunan Merah) dan ke area Porta de Santiago. Time ni semua dah penat campur lapar. 

Tak sempat nak gunakan teknik penyamaran.

Gugurlz!

Love is in the air!! ~~ :)



Cun!

Lepas dah bersiar siar area ni, masing masing muka dah penat. Dah la panas terik. Semua dah lapar. So I bawak diorang kat warung tepi sungai yang I selalu makan tu. Masing masing dah kebuluran. HEHE!


Makan!

Jangan terkejut, lepas lunch dekat warung tepi sungai, kitorang pergi Klebang pulak untuk minum Klebang Coconut Shake. HEHE! Fresh! Tapi macam biasa la, tempat ni memang tak pernah tak ramai orang. 

Bila masing masing dah penat, kitorang pun balik ke homestay. Lepak betul diorang semua. Malam nya baru kitorang sambung jalan ke Jonker Walk. Esok la I sambung cite. Dah panjang sangat entry ni. HEHE!

..to be continued!
Click HERE to earn extra money!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

2 Chumel(s) comment ヅ:

Aida Azryn said... [Reply Here Bebeh!]

lama tak pi melaka. last pi sana masa time form 4. -.-

Nurulchumel said... [Reply Here Bebeh!]

@Aida Azryn

dtg la melaka lagi..
hehe.. kite leh bawak jalan2.. :)

✿ Link for Blogwalking View ヅ

300 x 250
Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™