✿ Paid-up Advertisement ヅ

Hot Deal Everyday! Super Saver Unlimited!
Logo KBBA Visondata pocket WiFi
Logo KBBA

Thursday, January 17, 2013

The Majestic Malacca | Winner of Trip Advisor Travellers' Choice 2012

Salam.

Hai korang! Ngee.. Lama tak I tak update? Macam busy busy nau kan? HEHE! Biasa la, kalau dah masuk kerja bidang hotel ni terpaksa la sacrifices sikit. Tak boleh la nak berlagak macam kerja opis ke, macam keje freelance ke. Kerja kena ikut schedule. Kalau pagi, pagi la I kerja. Kalau petang, petang la I kerja. Setakat ni baru dua hotel yang I dah kerja. Sebab I ni baru 3 tahun lebih je dalam bidang ni. Sebelum ni study. Lepas study, relax kejap pastu keje. 

Oke, actually I nak story pasal hotel tempat I kerja sekarang ni. Actually I tak bangga langsung kerja hotel ni. Mana tak nya, kerja kena follow shift, cuti bukan pada waktunya, masa terbazir banyak dekat hotel sebab kena ikut time, pastu time I untuk family pun kurang. Tapi bila I dah memang study in Hotel Management, secara tidak langsung I memang terpaksa kena kerja dalam bidang hotel. Bukan I tak pernah try untuk mintak kerja dekat syarikat syarikat lain, malahan SPA tu dah berpuluh puluh kali dah I apply, tapi tak pernah nak sangkut. Maybe belum ada rezeki dekat situ. 

Pandangan orang luar terhadap pekerja hotel ni memang selalunya rendah. Lagi lagi I ni. Orang pandang rendah kot. Yela, I kan ex student Sekolah Agama. So bila I kerja dalam bidang ni, and kebetulan pulak I tak boleh bertudung, memang lah orang pandang takde mata langsung. Huh, hati manusia. Cakap memang senang, kan ada banyak lagi keje lain, kenapa I tak mintak kerja lain?? Wah, tau ke yang I ni memang selalu carik kerja lain?? Kalau boleh nak yang bertudung. Huhhh.. Tapi bila korang nak travel, korang datang check in dekat mana? Hotel jugak kan? Time tu la baru carik I kan?? Huhh. Emosi lak tetibe. 

Oke, stop la melalut. Actually, I am currently working with The Majestic Malacca. Hotel ni under YTL Hotels Properties. Kan baru masuk bulan January, hotel ni dapat first ranking dalam Trip Advisor tau untuk tahun 2012. So kitorang as a staff tumpang berbangga sebab hasil titik peluh kitorang semua, hotel ni naik ke ranking pertama antara hotel hotel dalam Melaka. So, jangan lah terkejut dengan rate sebenar hotel ni. Published Rate untuk bilik Deluxe RM800++ and untuk bilik Suite RM2000++. Tapi no worries, kitorang punya best available rate for promotion just RM600++ je untuk Deluxe Room. Tapi tu pun consider mahal jugak la bagi manusia yang sentiasa cukup cukup makan macam I ni kan? HEHE! Nasib baik kalau I nak travel dalam Malaysia ni, banyak sister properties under this YTL Hotels. Eg; Cameron Highlands Resort, Pangkor Laut Resort, Tanjung Jara Resort, Gaya Island Resort, Spa Village Tembok Bali. Kalau nak pergi stay dekat city hotel pulak, boleh stay dekat Ritz Carlton KL, JW Marriott KL, Vistana Hotel KL, Vistana Hotel Penang, Vistana Hotel Kuantan dan yang paling latest, Majestic Hotel KL. 

Winner of TripAdvisor Travellers' Choice 2012

Video sepam!

Tadi masa dapat plat ni, kitorang rasa macam begitu berbangga sangat. Masing masing nak amek gambar. Bukan senang kan nak dapat featured in the first ranking in Malacca tu. So segala usaha dan kerja keras kami selama ni akhirnya membuahkan hasil yang wow! 

Bukan nak compare la kan, tapi antara hotel lama dulu dengan hotel sekarang, skill I lagi meningkat bila I kerja dengan hotel ni. Baru baru ni, I dapat good comment dalam Market Matrix. Syabas dan tahniah untuk diri sendiri! :')

Okey, for you all yang decided nak datang Melaka and stay here, boleh la try hotel ni. Boleh rasa macam mana kitorang treat korang. 5 stars service tau! Korang akan dilayan macam raja! Tapi kalau datang saja nak check in, pastu buat berlagak sombong bodoh, memang takde sape la nak layan macam tu. Because so far sepanjang I kerja dekat sini, memang sangat sikit guest yang berlagak and fussy macam tu. Semua datang secara humble, and most of them are foreigner. Orang Malaysia ramai jugak, tapi sangat kurang la. Tapi don't worry. Kitorang serve tanpa memilih bulu. Semua guest dilayan sama rata. Baru lah five stars! :')
Congratulations The Majestic Malacca! I am proud to be one of the staff from this hotel! :')

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Wednesday, January 9, 2013

Next design done! | Azalea™ and Lurve Nuqman's

Salam.
 
Huhu. Lambat nya lah Nurul ni nak update entry sekarang ni. Ni lah akibat putus cinta. Semuanya serba tak kena. Kepala otak serabut memanjang. Takpe, here I update dua lagi blog yang I dah selesai edit. Dua dua blog ni memang sangat kesian tau, sebab kena tunggu laaaaaama sangat I nak siapkan. Kejam nya Nurul! Dah la pasal lappy buat hal hari tu, pastu busy kerja, pastu ada personal problem lagi. Ya Allah, ampunkan daku! Oke, mari tengok dua blog yang I maksudkan tadi.
 
Blog : Azalea
Description : Memaparkan kisah suka duka Azalea dalam menjalani kehidupan seharian.
Theme : Simple, Tidy
Color Required : Earth color or pastel


Blog : Lurve Nuqman's
Description : No matter how much we consider the future, no one can see the truth.
Theme : Simple, Tidy, Cute
Color Required : Soft and lite Purple

Dua dua owner blog ni memang comel. Sabar pulak tu. Tapi minta maaf banyak banyak sebab lambat siapkan blog walaupun design Nurul ni tersangat la simple. Hopefully kedua duanya berpuas hati yek. Thanks for always do supported me! Appreciated sangat!
 
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Saturday, January 5, 2013

Hakikat Cinta, berakhirnya sebuah cinta.

Salam.

Tak tahu macam mana nak describe perasaan I sekarang ni. Hati I betul betul terluka. Sakit sangat. Betul betul sakit. Mungkin ini kali terakhir I bicara kan pasal cinta. Cinta insan yang I anggap paling setia dan paling menyayangi I sepenuh hati nya. Hanya titisan air mata yang mengiringi I tatkala I menaip entri ni. 

Semalaman I menangis mengenangkan betapa sakitnya hati. Kejam kah I bila I buat keputusan seumpama ni? Cukup lah. I tak mahu memendam. I tak mahu rasa sakitnya bercinta. Segalanya hanya Allah yang maha Esa yang menentukan. Dan mulai hari ini, detik ini, I nekad. Cinta I hanya untuk lelaki yang sudah sah menjadi suami I bermula dari selesai lafaz akad nikah, hingga akhir hayat I. Ah, cinta dunia. Semuanya sementara kan? I tak mahu kebahagiaan akan datang akan hancur hanya kerana kesilapan hari ini. 

I lepaskan dia. Insan yang penuh gelak tawa, gurau senda, bahagia bersama. Biar dia mencari kebahagiaan dirinya. Biar dia bahagiakan keluarga dan juga dirinya. I tak mahu menjadi penghalang utama untuk dia berjaya. Tiga tahun menanti, I rasa dia tak bahagia ketika bersama dengan I. Dia tak bebas untuk buat apa pun. Sekarang, I sedia lepaskan dia. Oh, sepatutnya dari dulu lagi I dah buat macam tu. I tak sepatutnya mengikat dia, mengongkong kebebasan dia. Hidup I penuh dengan warna warni cinta duniawi. Tapi I lupa cinta agung yang maha Esa. 

Mungkin sudah terlambat untuk menangisi, meratapi. Tapi apa yang I buat sekarang adalah yang sepatutnya. I serahkan segalanya pada takdir yang maha Esa. I tak nak apa apa komitmen sebelum waktu yang sepatutnya. 

Sudah beribu kali I ulang lagu ni. Lagu "Hakikat Cinta" yang I rasa memang ianya diciptakan sebagai simbolik kisah cinta kami. Cinta yang tiada lagi. Hanya air mata yang mengiringi setiap bait bait lirik lagu ni. Terima kasih untuk cinta awak yang sangat indah sebelum ini. Mungkin awak tak menjangka saya akan bertindak senekad ini. Hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati saya. Thanks awak, for every single things yang awak dah lakukan hanya untuk cinta saya. Saya hargai semuanya.


Hakikat Cinta - Dayang Nurfaizah

Usah di kesal yang berlaku
Saat ku lafaz kata pemutus
Tiada gunanya segala alasan
Takkan ku berundur walau seketika

Tak perlu merayu pada hati ini
Tak perlu lagi aku menangisi
Takdir menentukan kitakan berpisah
Terimalah hakikat cinta kita
Pedihnya semalam masih ku terasa
Luka yang berdarah mengalir kesakitan
Hati yang kecewa menangis sedih
Di hiris pilu
Jiwa meronta hiba
Tak bisa putuskan kemahuan hati
Yang menyeksakan diri
Namun kekuatan yang masih tersimpan
Terlepaslah daku dari derita

Usah disebut kisah yang lalu
Tertutup sudah pintu hatiku
Cukuplah bagi ku Tuhan Maha Esa
Hanyalah dia penawarku


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

✿ Link for Blogwalking View ヅ

Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2017 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™