✿ Paid-up Advertisement ヅ

Hot Deal Everyday! Super Saver Unlimited!
Logo KBBA Visondata pocket WiFi
Logo KBBA

Sunday, April 28, 2013

Fujita Lactose-S

Salam.
 
Oke. Hari ni I nak story lagi satu produk hebat Elken. Fujita Lactose-S. Ni produk favorite I yang kedua. Minum ni, memang lega sangat perut. Siapa yang ada masalah pembuangan sisa kumbahan dalam badan tu, sangat sangat lah digalakkan untuk minum Lactose-S ni. Rasa dia memang sangat yummy! Macam jus tapi dalam bentuk serbuk pastu kita kena bancuh dengan air je. Tapi jangan bancuh dengan air panas, sebab dalam Lactose-S ni ada bakteria baik. Bancuh je dengan air sejuk, sangat berkesan!
 
Mari kita tengok, apa faedah yang kita dapat dengan minuman Lactose-S yang sangat yummy ni!
  • Semulajadi.
  • Membantu menyingkirkan toksin terkumpul serta najis terlonggok (najis degil) seterusnya menghalang penyerapan toksin ke dalam badan.
  • Setiap paket mengandungi 1 billion bakteria bifidus, sejenis probiotik yang menghasilkan asid laktik yang menurunkan pH kolon serta menyekat pembiakan bakteria berbahaya.
  • Meningkatkan bakteria berfaedah serta menjaga kesihatan kolon.
  • Membantu mengurangkan kejadian sembelit.
  • Menggalakan pembebasan gas melalui penapaian laktosa semulajadi yang membantu mengembangkan dinding usus serta menggalakkan penyingkiran sisa toksik.
Info Fujita Lactose-S
Pengambilan
 
Dewasa : 
Berat badan lebih 60kg. 
- 1 paket setiap hari, berterusan selama 6 hari. Kemudian, 1 paket setiap minggu. 
Berat badan kurang 60kg. 
-1 paket setiap hari, berterusan selama 3 hari. Kemudian, 1 paket setiap minggu 
Elakkan daripada mengambil makanan pepejal sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dan selepas pengambilan. 
 
Kanak-kanak : ½ paket selepas makan. 


 
Self Testimonial
 
Before.. and After!
Just think of it! ;P
 
Gotcha! Berminat? Let's contact me for any further information!
 
Email : nurul.purplechumel@gmail.com
Whatsapp / Viber / WeChat / Text SMS / Direct Call : 014-665 0818
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Saturday, April 27, 2013

First experience with London Weight Management. Chewah!

Salam.

Aiyo Nurul! Tak payah gedik sangat la nak cite pasal mende ni. Tapi I peduli hape. Experience kan. Cite jela. Mana la tau, ada yang obses nak kurus macam I ni yang terjebak dalam kegiatan macam yang I baru alami beberapa jam yang lepas ni kan. 

Oke fine. I memang sekarang tengah obses nak kurus. Supplement yang I makan memang berlambak. Dah bermacam macam produk yang I dah guna. Ada kesan, tapi belum mencapai tahap berat badan idaman kalbu lagi lah. Wah, bajet nak badan terus kurus kalah model lettew! Bluweekkk!

Oke oke. Direct to the point ea. Last two days, I just received a call from London Weight Management, which is kita semua tau yang London Weight Management (LWM) ni memang sangat popular. Dah kata "Pengukir Bentuk Badan Paling Berjenama" katanya. Yang call I tu actually from HQ LWM itself la yang based on KL. She said that I won this FREE treatment from them. 3 hours yang diperuntukkan adalah untuk 1 jam consulting session, dan lagi dua jam untuk treatment dia la.

Oke, bila dengar FREE, I pun excited la nak try. Ala, actually kalau tak dapat call tu pun, kita semua dah sedia maklum yang first trial kan memang LWM bagi free. Huh, so bila dia dah arranged kan untuk I, siap call apa semua bagai, I pun oke je la. Bukannya I yang datang terhegeh hegeh untuk menagih treatment secara percuma kan? I just kena bawak I/C pastu everything FOC. Disebabkan I stay dekat Melaka, I pergi ke cawangan Mahkota Parade jela. 

Reception

Consulting session room

My appointment was at 5pm. I sampai je they all greet dengan mesra. Wah, ramah tamah. Pijak semut pun tak mati hokey! They asked for my I/C then suruh I duduk dulu. Less than 5 minutes, one of the ladies suruh I masuk consulting room and dia start la tanya I kerja mana, dah kahwin ke belum, ada penyakit itu tak, ini tak, pastu tanya I selalu ambil breakfast apa, lunch apa, dinner apa. Banyak la dia tanya. Tapi bukan nya bagi petua camne nak turun kan badan or cara ber-diet dengan betul. Dia bagi pakej for further treatments. Oh, kat situ I dah mula rasa tak selesa. Yes I know, I am coming for the first timer. Tapi bagi la aku rasa treatment kau dulu, baru la nak promote ke hape kan. Hishh.

Oke lepas dia dah blah blah blah tu, seorang therapist yang bernama Yvonne bawak I timbang berat badan, pastu dia suruh la buka apa yang patut kan. Dia bagi satu loker untuk letak barang barang dan baju korang. Kasut pun dia suruh tukar, pakai selipar jepun diorang jugak. 

Firstly, korang kena masuk dalam steam room selama 10 minutes. Sangat panas hokey. Sorry takde gambar sebab kan semua barang kena simpan dalam loker. Dia bagi wet towel dan air mineral. So dalam tu, letak la wet towel tu dekat muka korang. Pastu bila dah peluh kuar banyak, sure la korang dehydrate pastu mesti la nak minum air. So minum la air yang dia bagi tadi tu. 

Lepas 10 minutes, dia suruh kering kan badan korang yang dah basah satu badan tu pastu dia suruh lay down atas katil. Dia sapu macam scrub ke ape tah, tapi nama benda tu ada perkataan aroma. Aroma apa tu I tak amek port. Lepas dia dah sapu satu badan, dia selimutkan dengan towel dalam dua lapis camtu pastu lapisan terakhir tu dengan selimut haba. Walaweh, panas gila! Dalam 20 minutes I dalam selimut panas tu. Peluh I, jangan cite la kan. Memang melimpah ruah. Bila habis je session tu, bila I bangun, plastik yang atas katil tu penuh dengan air peluh I je. Wah, memang haku ni gemuk air la. Patut la senang turun, senang naik berat badan ni. Dushhhk!

After that, dia suruh I mandi. Dah mandi baru lega. Mandi siap shampoo. Lega gila. Lepas mandi, siap keringkan rambut guna hair dryer, pastu masuk treatment room balik. Dia ukur pulak inch badan korang. Dah lepas ukur, dia sapu ampule. Ape mende menatang tu pun I tak tau. Yang I tahu, benda tu function dia untuk lembutkan lemak kita yang pejal pejal ni. Pastu baring atas katil, buat treatment guna infrared machine. Session kali ni best. Ada geli geli sikit sebab vibrate kan. Leh rasa lemak lemak kita bergerak gerak. Session ni dia buat 35 minutes. I sempat terlelap noks! Sebab terlalu comfortable sangat. Hihi!

Lepas habis 35 minutes tu, dia ukur inch lagi sekali. Memang fabulous, 2.5 kg I hilang within 2 hours! Memang perubahan drastik! Tapi sebenarnya kalau nak ikutkan, boleh je nak nampak perubahan ketara macam tu. I selalu pergi gym kan, selalu timbang sebelum dan selepas exercise pun memang ada turun pun berat badan. Sebab I ni gemuk air. Senang nak kurus. Syarat dia disiplin lebih la.



Itu dia FREE gifts yang I dapat. Siap dapat beg merah comel tu. Boleh la I letak barang mekap nanti. Kuikuikui! So far, this is my first experience mengikuti treatment di LWM. Memang sebenarnya I nak je buat further treatments, tapi memandangkan I ni bukan la dari golongan yang takde kesempitan wang, so I batalkan hasrat tu. Banyak lagi benda lain boleh buat dengan duit tu. Dah la by this end of this year I nak buat event besar. Ohh, so baik I simpan duit untuk itu kan? Hihi! Okebai!


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Thursday, April 25, 2013

Next design done! | 3 blogs sekali gus. Boleh? ngee.. (^__^)Y

Salam.

http://cyrus-amiera.blogspot.com/

Actually akak ni repeated customer I. Dah dua kali dia guna service edit blog yang tak berapa nak efisyen ni. Dah la design biasa biasa jek, tapi service bukan main lembab mak aih. Sorry ye kakak. Mahap kan saya. Hopefully akak berpuas hati dengan design kali ni.


Ain ni new customer I. Dia requested dah lama. Pun lambat siap jugak. Apa la nak jadi dengan nurul ni kan? Ishk3! Warna tema dia pink. Sebab I suka pink, so senang la I nak combine kan citarasa I ni kan. Hihi. Sorry ye Ain, sebab lambat siap. Actually, Ain ni anak didik kakak yang atas tu. Hiks! Sorry lagi sekali Kak Miera!


Lagi satu repeated customer I merangkap kawan baik since sekolah lagi. Hanan ni dah nak kahwin tau. So untuk tidak menghampakan beliau, I buat design yang dia nak secepat mungkin. Nak colorful dan cheerful macam dia jugak. Manis orangnya dan kelakar. Best tau kawan dengan dia. Cepat la datang blog dia, pastu terus follow tau! (Amboih, nurul promote nampak! Hiks!)

Oke, done. Habis tiga blog I update secara pukal. Next design belum siap lagi. Nanti I free, I update lagi hokey? Quick quick! Nak pegi kerja dulu nih. Challow! :')

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Tuesday, April 23, 2013

Amazing Spirulina

Salam.
 
Since I joined this wonderful business, alhamdulillah rezeki I semakin murah. Mungkin kerana semangat yang diterapkan oleh senior upline and upline I sendiri untuk lebih berusaha untuk achieve target kan. Now, for the first entry about this Elken's product, I would like to share about my favorite product first. Spirulina.
 
Spirulina kesayangan saya!
 
Memang banyak spirulina yang dijual di pasaran sekarang. Tapi apakah kelebihan dan kelainan produk spirulina Elken ni?? Sebelum itu, mari I perkenalkan kepada korang semua, apa kandungan yang terdapat dalam spirulina elken ni.
  • Mengandungi 4 pigmen semulajadi dan 5 nutrien utama seperti :
- 20 jenis Mineral
- Karbohidrat
- 18 jenis Vitamin
- Lemak
- 18 jenis asid amino (protein)
  • Bersifat alkali, organik dan semulajadi.
  • Kaya dengan mineral surih dan asid lemak perlu.
  • Makanan lengkap yang mengandungi 46 nutrien perlu dalam kadar yang seimbang dan selaras dengan keperluan tubuh manusia.
  • Lebih daripada 10 penganugerahan antarabangsa daripada pertubuhan kerajaan dan organisasi kesatuan. 
  • Sumber protein biotersedia yang tinggi tanpa kolesterol.
  • Untuk menyokong pembentukan sel baru yang sihat dan berkualiti.
  • Bersedia dihadam dan mudah diasimilasikan oleh tubuh manusia.
                Pengambilan
                Dewasa : 5~10 biji 2~3 kali sehari
                Kanak-kanak : 1~4 biji 2~3 kali sehari 

                Spirulina ini sememangnya sesuai diambil oleh semua peringkat umur. Tak kira wanita hamil, warga tua, dan juga kanak kanak. Bukti nya seperti di bawah.

                Wanita Hamil
                Elken Spirulina ialah makanan serba semula jadi yang membekalkan kesemua 46 jenis nutrien perlu termasuk besi dan asid folik pada kadar 5 kali ganda lebih banyak daripada kacang soya dan 68 kali lebih kaya daripada bayam. Ia membantu kedua-dua kesihatan ibu dan keperluan perkembangan janin.
                Elken Spirulina boleh membantu mengurangkan risiko bahaya kelahiran. Surat khabar The Star 22/06/2003 melaporkan bahawa klorofil dapat mengurangkanrisiko kehilangan darah yang berlebihan sementara Vitamin K membantu memberhentikan pendarahan. Elken Spirulina membekalkan Vitamin K, dan 30 kali lebih banyak klorofil daripada alfafa, barli atau anak gandum.

                Wanita
                Elken Spirulina mengandungi 2 kali ganda GLA berbanding EPO, lebih berupaya melegakan simptom Sindrom Prahaid(PMS), Ia juga kaya dengan besi organik untuk pembentukan tenaga dan darah yang sihat.
                Produk Antipenuaan biasanya menggunakan Asid Amino (Protein) dan Beta Karotena. Elken Spirulina membekalkan Asid Amino yang mudah diserap, mengandungi paras protein yang dua kali lebih kaya daripada kacang soya dan 6 kali ganda lebih daripada telur. Paras Beta Karotenanya yang tinggi telah dibuktikan oleh kajian yang dijalankan oleh Dr Yasumasa Kodo. Elken Spirulina juga membantu wanita yang berumur lebih daripada 35 tahun mengurangkanrisiko rapuh tulang, memandangkan ia kaya dengan kalsium dalam bentuk makanan asli yang selamat.

                Warga Tua
                Elken Spirulina berasal daripada Jepun, negara yang terkenal dengan rakyat yang panjang usia. Kealkalian Elken Spirulina yang 100% membantu menggalakkan penghadaman, melindungi buah pinggan dan melegakan kesakitan yang berpunca daripada athritis kronik. Kesan Spirulina adalah untuk mencegah kegagalan buah pinggang akibat dadah farmaseutik yang telah disahkan oleh kajian Jepun yang diterbitkan dalam Eisei Kagaku, 36:5, 1990.
                Pada tahun 2002, The University of South Florida Centre for Ageing and Brain Repair mendapati bahawa Spirulina berfaedah untuk merawat penyakit Alzheimer dan Parkinson.

                Kanak kanak
                Pada tahun 1992, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menghuraikan Spirulina sebagai "Suplemen nutrien yang cemerlang untuk kanak-kanak" sementara Professor Keiun Kodo, Bapa Elken Spirulina, menjelaskan bahawa Elken Spirulina adalah sempurna untuk perkembangan sel otak dikalangan kanak-kanak.
                Health Today, keluaran Oktober 2003, telah menegaskan bahawa, antara lainnya, Vitamin E, Beta Karotena dan Zink sebagai penggalak keimunan kepada kanak-kanak yang sedang membesar. Satu kajian yang dilakukan pada tahun 1994 oleh Universiti Nutrisi Kagawa, Jepun mengesahkan bahawa Spirulina berupaya meningkatkan keimunan. Elken Spirulina membekalkan kesemua kebaikan disamping kalsium dan magnesium membantu membina tulang dan gigi yang kuat terutama dikalangan kanak-kanak yang sedang membesar.

                Nampak tak betapa berkhasiatnya pengambilan spirulina untuk kesihatan kita pada masa kini? Baik juga untuk yang ber-diet macam I. Makan spirulina ni tak rasa lapar tau. Korang sentiasa bertenaga gitu. 

                Now, jom kita usha testimonial produk hebat Elken ni.









                 
                Ada yang berminat untuk mencuba produk hebat ini? Jom contact I untuk maklumat lanjut. Masih belum terlambat untuk kita menjaga kesihatan diri kita dan juga orang yang tersayang. Kan mencegah itu lebih baik dari merawat? Tapi bagi produk ini, merawat pun boleh. Lebih baik korang rawat dulu sebelum penyakit itu semakin teruk kan? Oke! Jum contact me oke! 
                 
                Email : nurul.purplechumel@gmail.com
                Whatsapp / Viber / Wechat : 014-665 0818
                Photobucket

                Thanks for visiting my site.
                Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
                Love, ♥ Nurulchumel ♥

                Sunday, April 14, 2013

                Selangkah menjadi insan hebat dan luar biasa!

                 Salam.
                 
                 Sesuatu yang berlaku dalam kehidupan kita biasanya di luar jangkaan kita kan? Namun, seharusnya kita harus lebih bersyukur kerana dikurniakan kelebihan dan peluang untuk buktikan pada semua orang yang kita boleh berjaya.
                 
                Setiap orang dalam dunia ini mengimpikan kehidupan yang lebih baik daripada yang sebelumnya. Begitu juga dengan diri I sendiri. I mahukan kehidupan yang lebih baik dan lebih sempurna. Oleh itu, perubahan harus dilakukan. Dan dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.
                Memang kadang kadang emosi menguasai diri. Itu memang I sendiri tak dapat nak elakkan. Tapi muhasabah diri itu sangat penting. Hendak seribu daya kan?
                And now, I am officially announce to all of my lovely readers that I am currently joined and I am proud to being an Authorized Elken's Distributor.
                 
                  Thanks, Elken. For made my day bright and more brighter than before!
                Wallahua'alam.
                 
                Photobucket

                Thanks for visiting my site.
                Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
                Love, ♥ Nurulchumel ♥

                ✿ Link for Blogwalking View ヅ

                Pretty Blinking Hello Kitty
                © Copyright 2009 - 2017 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™