Thursday, February 6, 2014

Home » , , , , , » GLNV Part 7 - Winter Life In Niseko, Hokkaido

GLNV Part 7 - Winter Life In Niseko, Hokkaido

Salam.

Hai! Ada tak yang rindu entry I? Kalau ada, Alhamdulillah. Thanks banyak banyak sebab sudi singgah dan baca blog I yang tak seberapa ni. Masih dalam mode winter. Nanti dah masuk summer season kang dah takde dah entry entry winter ni lagi dah. I pun dah balik Malaysia dah. Perasaan rindu Malaysia memang sangat obvious sekarang ni. But disebabkan susah nak dapat pengalaman macam ni, so I relakan jela hati ni. Sambil kerja, boleh jugak jalan jalan. Bersyukur jela dengan apa yang ada. Tak semua orang dapat peluang macam I kan? So, I harus bersyukur dengan semua ni.

Oke, now I nak story pasal winter life kat sini. Kalau pergi sini seminggu dua, maybe korang akan rasa janggal gila duduk dekat negara bersalji ni. Yela, mana tak nya, sejuk. Pastu kena pergi kerja jalan kaki pulak tu. For your info, tempat yang I kerja ni jauh tau kat kawasan kampung di utara Hokkaido. So, tempat dia tersangat sejuk dan terperosok. Pengalaman baru I kerja dekat ski resort ni, macam macam benda interesting yang I belajar. Dulu I tak pernah tengok orang ski or snowboard. Tapi sekarang ni, hari hari I nampak orang main ski and snowboard. 

Mount Yotei

Cantik kan gambar Mount Yotei tu? Even snap guna kamera Samsung Galaxy Y je. Huhu. Mount Yotei ni adalah salah satu gunung yang sangat terkenal di Hokkaido. Sebuah gunung berapi yang aktif tapi cantik kan view dia. Perasaan I masa mula mula jejak Japan ni dulu kan adalah sangat excited bila tengok snow, dan you know what? I sangat teruja sebab first time dapat tengok gunung berapi yang aktif secara live! But, bila dah hari hari tengok snow, tak sabar pulak nak balik Malaysia untuk mulakan kehidupan normal I yang penuh dengan kegembiraan tu. 

Sun-Mi - Edwina -ME - June

They are my besties here. Selama 4 bulan dekat sini, mana mana pergi mesti ajak diorang teman. Nak hangout ke, tunggu masa sesuai. Sun-Mi tu dari Korea. Edwina dari YTL Travel Centre. Dan June pulak dari Shook! at Starhill Gallery. Dan tak lupa, anjing yang cute tengah ikut kitorang posing sekali kat belakang tu nama dia Sakura. Dia la selalu teman kitorang tunggu bas nak pergi kerja. Sangat cute dan anjing paling baik sekali sebab tak kacau orang, manja pulak tu. 

Higashiyama Sanso

Haa, tu la rumah yang I stay selama 3 bulan berada di Niseko. Lagi sebulan tu kitorang stay dekat Green Leaf Hotel je. Rumah ni ada 5 bilik dan 2 bilik mandi, 4 tandas. Rumah ni selesa, tapi jauh dari tempat kerja kitorang. Tapi disebabkan 3 bulan je, kitorang redah jela. Lagipun free. Tak payah bayar apa apa. 

Variety of Snacks!

Selama kat Japan ni, I banyak sangat jumpa snacks yang super cute dan sedap kat sini. Rasa nak angkut je semua benda ni balik Malaysia. Dah la I ni hantu snacks. Pantang pergi convenience store je, I mesti nak merembat snacks. Padahal kalau dekat Malaysia ni memang I tak pandang benda benda alah ni. Kalau ada pun, tak la segila dekat sini. Dah takde entertainment, so makan snacks adalah satu entertainment yang sangat menggembirakan. So, don't be surprise ye kalau nanti balik Malaysia korang nampak badan I mengembang dengan sihat dan jayanya!

Compliment from the guest!

Siapa je yang tak suka kalau dapat compliment dari strangers kan? Sama jugak dengan I. I dapat gift dari one of my guest yang I treat. Sometimes kan, tak salah kalau kita did the extra job for them. Some of them will appreciated you like superstar man! But, tak semua orang dalam dunia ni baik kan? For me, if people be nice with me, I also treat them even nicer. But kalau orang tu dah start dengan maki hamun, korang nak ke treat dia baik baik? Ohh, I rasa kan, I tak sesabar itu. Sorry.

Actually, banyak lagi benda yang menarik yang I nak share sepanjang I dekat sini. But, dah letih jari ni menaip. Idea pun dah ke laut dah ni. Almaklumlah, dah malam. Next time kalau ada best story lagi nanti I update oke. 

Stay Tune!

Share the advertisement, and you will get paid. Click now for money! Yeeha!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

3 Chumel(s) comment ヅ:

Junkyo Hikari said... [Reply Here Bebeh!]

wow such anice experienced.. bestnye kerja sambil jejalan mcmnih...
dpt new experienced.. sjuk sgt tak kat sne?

btw wow.. kawaii chingu..cute doggies

sy kalau msuk dlm makmal kom time study pun dah teketar badan hehe..

sedapnya snack japan.. lapar!! I like snack so much especially japan made XDDD

btw nice pict XDD
owh yeah bila kita ikhlas buat keje insyaAllah something good might happen :D

Nurulchumel said... [Reply Here Bebeh!]

@Junkyo Hikari

Thanks for your comments. :)
Btw, mmg sejuk gila. Sekali tu sampai -22`c.. First experience. Alhamdulillah, semoga semuanya dipermudahkan. :)

Junkyo No Hikari said... [Reply Here Bebeh!]

hehe.. welcomes.. :D

wow... teringin nak rasa sejuk mcm tu..
tapi takut tak terbiasa and kuku leh jadi rekah2 ahaha :D

alhamdulillah.. hehe

✿ Link for Blogwalking View ヅ

300 x 250
Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™