Saturday, August 16, 2014

Home » , , , , , , , , , , , , , » Bercinta ke? Eh? Eh? Ewahhh!

Bercinta ke? Eh? Eh? Ewahhh!

Salam.
 
Dah lama I tak post entry jiwang jiwang kat blog ni. Mana tak nya, sejak I putus cinta dengan B bukan nama sebenar tu, I langsung tak nak fikir langsung hal hal cinta ni. But bila I tengah sedih sedih tu kan, ada juga hamba Allah yang sudi dengar apa masalah I, suka bagi pendapat dia, share cerita, bagi nasihat, dan obviously dia pandai ambil hati I.

At first I menidakkan. Yelah, awal sangat kot nak kenal orang lain lepas frust menonggeng. Korang paham paham jelah kan, putus cinta. Dah bercinta lama lama, lepas tu end up dengan perpisahan. Perghh, sedih kot. Tempat favorite I bila nak release tension sambil dengan lagu jiwang adalah tepi pantai. Tengok laut. Kat situ I rasa tenang Ya Rabbi. I tak kisah la orang nak pandang ke, I nangis sorang sorang, menjerit jerit macam orang histeria pun I dah tak peduli masa tu. Sampai la satu masa tu, adalah seseorang tu mendekati I. I pernah cakap dengan dia yang I tak nak bercinta lagi. Perbezaan umur kami 15 tahun. Tu yang buat I selesa kawan dengan dia sebab dia banyak pengalaman hidup yang dikongsi dengan I. Sedikit sebanyak, hati I terusik.

Dia sangat mengambil berat. Take care sangat. Jaga I macam princess. Sebab tu I jadi mengada ngada kalau dia takde. Eh? Mengada ke gedik?? HAHA! Oke sambung cerita. Dari segi luaran memang orang yang tak kenal dia akan cakap dia ni sangat tegas, kepala angin, kuat marah, tapi bila kita dah rapat, dah kenal dia lama lama, I tengok dia oke jek. Memang dia cukup tegas, tapi dia nak marah orang pun memang bersebab. Selama I kenal dia pun, dah banyak kali jugak kitorang bertekak. Masing masing nak menang. But at the end, dia yang mengalah. Hihi. I kan memang kena selalu menang. Tapi sometimes kalau benda tu memang salah I, dia punya merajuk memang mengalahkan budak kecik. Kadang kadang bila fikir balik, he's quite funny. 

Dia bukan seorang yang jiwang, jauh sekali romantik. Dia memang tak reti nak pujuk pujuk bila I merajuk. Kadang kadang bila dia dah buat salah kan, dia mintak maaf. Pastu dengan muka selamba nya jumpa I macam takde buat salah apa apa. Macam takde apa apa yang berlaku. Pastu buat muka innocent mintak simpati. Adoii. Dia dengan I, so far memang tak suka nak panjang panjang kan story yang kecik yang boleh buat I merajuk berminggu minggu kalau dengan ex I dulu. Dia sangat matang dalam menyelesaikan masalah kami. Pastu kan, dia ni tak pandai nak buat surprise. Tak pernah rasanya dia buat surprise yang sweet sweet kat I. Tapi I tak tau la kenapa. Maybe sebab tu I suka dia. Sebab dia tak reti nak mengayat perempuan. Kadang kadangkan, tunggu jugak bila lah dia ni nak buat surprise. Hurmm. Tapi sampai la ni tak de pun surprise nya.

Muka dia? Aha! At this moment, I kena secret dulu muka dia dari tatapan umum dalam blog ni. Nanti kalau dah sah jadik husband and wife kang baru I tempek muka dia banyak banyak dalam blog ni include gambar header sekali I tampal gambar dia. Haha. But sesape yang dah tau siapa dia, korang senyap senyap jelah yek. Sebab I takut sangat hubungan I dengan dia tak kesampaian macam yang dulu. Frust woo!

Mesej dia yang I rasa paling sweet sampai melting hati I.


 Suka bagi sticker yang cute cute kat WeChat tu. Tapi ni time dia buang tebiat je.

Mesej macam ni la yang buat tido I lena sampai ke pagi. Hihi.

Ni time I mengada ngada. Haha. 

 
So funny. Kelakar tau bila baca baca balik. Sebab tu I suka print screen. Sebab takut mesej tu hilang bila nak baca balik. Sebab ada certain part jek dia boleh text mesej yang buat hati I melting gila. Dah lama kot I tak rasa happy macam ni. But sejauh mana hubungan I dengan dia, biar lah Allah yang tentukan. Sebab I percaya pada jodoh. Kalau Allah kata jodoh I dengan dia, pasti takkan ke mana kan? Sebab pemilik tulang rusuk kita takkan pernah bertukar. Tapi, seandainya jodoh I bukan dengan dia, I redha. Mungkin jodoh I tengah tunggu I di Syurga nanti, InsyaAllah.
 
Share the advertisement, and you will get paid. Click now for money! Yeeha!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

1 Chumel(s) comment ヅ:

Rose Azadir said... [Reply Here Bebeh!]

sweetnyer, teringat zaman bercinta dulu hehehe..anyway Salam kenal, saya blogwalking kat sini. Jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

✿ Link for Blogwalking View ヅ

300 x 250
Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™