Welcome back!

Salam.
 
Hai hai welcome back! Lama kan I tak update blog ni? Berhabuk habuk dah. Dekat 5 months jugak la I tak update. Since I balik dari Japan, sampai la sekarang ni. Now baru la I ada masa sikit nak update. Bila baca baca balik apa yang I taip dalam blog ni masa dulu dulu, I rasa nak tergelak pulak. Tah tetiba jek rasa diri ni dah semakin berusia. Sekejap je masa berlalu. Pejam celik pejam celik, dah nak masuk 26 tahun dah I hidup kat muka bumi Allah yang sangat indah ni. But so far, status I jek yang belum bertukar. 

Kahwin? Ya, memang I ada merancang untuk melangkah ke alam perkahwinan, tapi bila Allah kata belum masanya, takkan kita nak melanggar hukum Allah kan? Apa yang I boleh buat sekarang, just bersabar dan fikirkan masa depan I yang masih jauh ke hadapan. Banyak benda lagi I nak kena fikir. 

Life? So far, so good. But normal lah, sometimes kita dekat atas, sometimes kita jatuh berdesup kat bawah nun. Whatever it is, life must go on kan. Just wait and see what gonna happen in future. Maybe sekarang belum rezeki I lagi nak dapat apa yang orang lain semua dah dapat. But kita kena yakin pada ketentuan, pada Qada' dan Qadar Allah. Janji Allah itu pasti. Yang paling penting, doa dan kembali kepada Nya.

Missed this moment!

Orang kata, rezeki masing masing kita tak tahu kan? Mungkin hari ni I jatuh, esok lusa I naik mendadak tinggalkan semua orang kat bawah? Siapa tahu kan? Sejak I balik dari Japan kan, I rasa macam life I sama je macam dulu dulu. Cuma beza nya, ramai kawan kawan baik I dah menamatkan zaman bujang. But I rasa life I lebih baik dari dulu of coz. Maybe because of the experience that I gained before. 

Maybe lepas ni I will update this blog more frequent kot sebab I sayang la dengan blog ni. Macam mana lama pun I tak update, I punya traffic still maintain. I rasa not fair plak pada bloggers yang datang blog I, tapi I tak update berbulan bulan lamanya. Nuffnang punya comm pun boleh tahan jugak sekarang. Bukan masuk dari blog ni jek, malah income I pun masuk dari website malaccataxi.com jugak tau! Syukur sangat pada Mu Ya Allah sebab Kau permudahkan rezeki aku. Tak lupa jugak kepada semua customers Elken, thanks sangat sebab trust me and looked for me!

InsyaAllah, lepas ni I akan update banyak banyak. Jangan korang muntah plak tengok I sikit sikit update blog ni jek tau. Hehe. Oke la. See you then! :-)
 
Photobucket

Comments

Unknown said…
salam jumaat..

hi nurul.. lama jugak awak x update blog ye..hope nurul sihat2 je..

sy ni follower nurul dr dulu lg.. since 2010 something thru blog lama sy..
now sy dah ade blog baru.. hehe..
salam perkenalan...setuju dengan tulisan awak..semoga dipermudahkan segala urusan...:)
Nurulchumel said…
@Sue Sopian

Hi sue! Yes, sy perasan! Siap ada masuk my contest lg kan? Lama dah kan? Hopefully perkenalan kite tak tersekat sampai sini je k..

Keep in touch ya! :)

Popular Posts