Wednesday, September 3, 2014

Home » , , , , , , , , , , , , » Day Trip to KL Tower & KL Bird Park

Day Trip to KL Tower & KL Bird Park

Salam.

Holla! Chewah, azam entri yang lepas kemain lagik konon nak update blog hari hari. Tapi hampeh. Alasannya, busy. So cliché kan? Alasan orang orang koprat pakai. HAHA! Oke, so hari ni bila idea nak update blog datang mencurah curah, ditambah pulak esok iolls offday, so I nak story sket last two weeks. Alamak aih. Entri basi. HAHA! Hadap la korang. :P

So last two weeks which means on 21st August 2014, I pergi jalan jalan day trip ke Kuala Lumpur dengan my buah hati pengarang jantung. Dia memang suka buat keputusan yang so sudden. Padahal on the 20th itself I kerja night shift tau. So dia decide masa malam tu la. Dia tanya I ada program apa apa tak esok nya tu. I said, takde. So dia terus ajak pergi jalan. I ni pantang diajak. I on jek. Lagipun bukan I yang drive kan? That parts is very important. Hee.

So masa dalam perjalanan pergi ke KL tu I tak berapa boleh nak tidur sangat pun. Mana tak nya, dengar dia bercerita, membebel bebel, kang tak layan kecik ati plak kan? Hee. So I layan jela. Bila dia dah nampak I macam dah mamai mamai tu, dia terus quiet and let me sleep for a while. Sekejap je pun dapat tidur. Sebab I paling pantang kalau tidur yang nampak cahaya ni. Silau menusuk ke mata. So I tak boleh tidur jugak. Finally sampai ke KL I tak tidur. Singgah kat R&R Serdang untuk makan kejap, lepas tu layan dia bebel bebel suddenly sampai KL. 

First place yang dia kata nak sangat pergi ialah KL Tower. Dia kata dia selalu pergi, but sebab hantar guest jek. So hari tu dia nak ajak I masuk and experience it. Actually I pun tak pernah naik KL Tower tu. Nama jek stay kat KL for a long time. Tapi tak pernah terfikir nak naik KL Tower. Hee. So that day I dah naik dah. Best jugak la. Nampak pemandangan satu KL termasuk skodeng orang mandi kat swimming pool sekali. Oppss! Tu lah, sape suruh hotel kat KL ni banyak yang build swimming pool kat roof top kan? HAHAHA!!




Tu dia. Tiket untuk dewasa untuk Open Deck dan Observation untuk warganegara Malaysia ialah RM 69.00 seorang. Lepas tu dia bagi satu botol mineral water setiap seorang. See. Comel kan mineral water dia? Bentuk pun nak bentuk tower jugak which is awesome for me!

Sampai Open Deck tu, kitorang apa lagi, selfie la! Sebab nothing you can do other than selfie. Because at the Open Deck, all you can see is only scenery. Pemandangan Kuala Lumpur. Panas pulak tu. Kan open, mana nak ada air-cond. Meh I belanja selfie sikit meh!




Pandai dia amek gambar I dari angle kurus tau! Ailebyu bebeh! Now lets make a move to the observation deck which "air-cond" site oke! That's what I waiting for a long time! Pheww!!~

Tengah dok skodeng mat salleh tengah mandi kat swimming pool. KAHKAHKAH!

How many tall is our KL tower?

Lepas dah jalan jalan sampai puas hati sekeliling tower tu, kitorang pun turun sebab nak gerak pergi Bird Park pulak. Kalau you guys nak tahu, bopren I ni pencinta haiwan. I kawan dengan dia ni la baru I pergi Aquaria la tengok ikan, Zoo tengok binatang, pastu haritu Bird Park pulak tengok burung. Siap ada cita cita nak bela kucing pulak tu kat rumah. I said tak payah. Coz u macam seksa dia ada la. Dah la u kerja tak tentu masa. Kesian la kat kucing tu tak makan. Mati kekeringan la karang. Haishh. Tinggi betul la angan angan mat jenin bopren aku nih. Tengah on the nak pergi car park, jumpa dua ekor parrot. Dia apa lagi, terus datang kat parrot tu nak ajak sembang. Aiyo!

Amboi. Pandai hang posing na!


Oopppsss! Kalau ada sesiapa yang ternampak muka bopren I tu, kira rezeki lah yek. Termasuk pulak dalam video. Hee.. Never mind, gambar dia takde. So kira halal lah tu. :P

Lepas tu kitorang pergi KL Bird Park. Jenuh nak mencari tempat ni. Siap pakai waze la. HAHA! Siap bergaduh gaduh dengan dia masing masing nak menang jek. But finally sampai jugak ke tempat yang dituju.




Bila dah masuk sini, I memang takde kerja lain selain tengok burung burung yang memang super cantik dan selfie lah! Memang berkepuk kepuk gambar dalam phone sampai low battery. Sampai dah tak boleh nak amek gambar lagi. Hihi. The best part here is, when we feed the birds. They all macam tau jek kitorg nak bagi diorang makan. Masing masing dah standby nak makan. Termasuk peacock tau. Dah tak reti takut dah burung burung dalam bird park ni.




Kalau nak upload satu satu gambar memang muntah korang tengok gambar I. So I conclude kan jela. Dapat belanja selfie sket, normal pose sket, gambar berangan sket, kira oke lah tu kan? HAHA! By the way, harga tiket untuk masuk ke KL Bird Park ni untuk Malaysian is RM 25.00 only for adult ya. For kids is RM 12.00 only.

Next entry, I nak story about Toastmaster. What is Toastmaster? Stay tuned! Daaaa... ~
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

0 Chumel(s) comment ヅ:

✿ Link for Blogwalking View ヅ

300 x 250
Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™