Monday, September 15, 2014

Home » , , , , , » Officially 26 years old!

Officially 26 years old!

Salam.

Hai hai hai! Kalau I nak post entry basi boleh tak? Ni bukan sikit sikit punya basi tau. Ni dah basi tahap kulat. Tapi I tetap nak post jugak. Takut nanti bila tak post I lupa. Sebab I rasa baik I keep the sweet moment dalam blog ni. Nanti bila I sedih sedih, I boleh buka and baca balik. So sweet kan?

Every years, I akan celebrating my birthday on 27th August. Sama macam tahun ni. But I rasa tahun ni I dapat rasakan kegembiraan dan kemeriahan birthday I tu. Bersyukur sangat. Sebab I diberi kesempatan sekali lagi untuk menyambut hari lahir I. I rasa dihargai sangat. Memang. Kadang kadang I rasa I feel so unlucky sebab I belum dapat apa yang I nak dalam hidup I. Tapi bila I muhasabah diri I balik, actually Allah dah gantikan kegembiraan yang I nak tu dengan sesuatu yang lebih baik dan tak ternilai untuk I.

A night before I celebrated my birthday tu, ada Toastmaster's Meeting. I am feeling so grateful sebab my boss did a surprise for me. He bought me a huge cake and everybody sing a birthday song to me. I was really touched on that. 

Nampak tak satu kotak I kena bawak balik tau. Adoii!

Oke, then keesokan hari nya tiba la hari lahir I. Pagi pagi lagi si DIA dah wish dekat I. Time tu je senyum I dah lebar gila. Kebetulan hari tu hari last I ada training CSS dekat hotel. Masa break time, one of my colleague, Bella bawak cake untuk celebrate birthday I jugak. Huwaa!! Sekali lagi terharu. 

Brownies from TMM's staff!

Thank you guys!

On lunch time, I pergi CIMB bank untuk withdraw money. Dah alang alang pergi CIMB, I pergi dekat kaunter pertanyaan dia nak print statement bank I. Suddenly akak dekat kaunter tu boleh perasan pulak my birthday. Then dia bagitau staff lain and they nyanyi lagu birthday dekat I. Kebetulan dekat bank tu tak ramai customer. Diorang bagi I keychain cute tau.

Key chain yang cute!

Malam tu, my dear ajak I dinner. Dia suruh I pilih tempat dinner pastu buat reservation terus. I cakap I teringin nak makan dekat Casa Del Rio. Pastu dia terus kata oke. Kitorang sampai situ dalam pukul 9.00 malam. Sempat lagi la nak dinner. 

Kitorang datang and order macam biasa. Dah lepas makan, selfie selfie bagai semua, jam pun dah pukul 10.30 malam. Lepas tu kitorang nak settle bill. Tengok keliling, nak panggil waiter waitress satu pun takde. So kitorang decide nak settle dekat kaunter jela. Sampai kaunter, cashier tu suruh kitorang duduk dulu sebab diorang nak settle one of their guest punya payment dan credit card. 

Kitorang pun duduk la dulu dekat satu side dekat depan restaurant tu. Duduk sambil selfie selfie lagi. Hihi. Dia pun layan kan I selfie. Tengah selfie selfie tu, suddenly I dengar suara orang nyanyi lagu birthday ramai ramai. Perghh, untuk I lagi! Memang sangat terharu lagi.

Special Cheese Tart from Casa Del Rio Staff!

Hadiah dari yang tersayang.

Bila dah settle semua, kitorang terus nak balik. Si dia bagi I hadiah ni. Haruslah I amek gambar dulu dengan hadiah special dari dia. Masa dapat tu, tak perasan pulak ada apa dalam tu. Lepas dah belek belek, si dia suruh I tengok betul betul baru I perasan kat dalam tu ada HELLO KITTY!! Thank you sayang! I love you so much!

Hadiah paling special dari orang yang paling special di hati I!

Balik tu, I tersenyum sampai la I tertidur. Esoknya I pergi kerja, one of my adik (Phoebe) dekat tempat kerja bagi I chocolate. Comel jek. Sedap pulak tuh. Sampai I pun rasa sayang nak makan. Anyway, thanks dik!

Cute Hershey's Kisses from adik Phoebe!

Dua hari lepas tu, my family ada buat family day. So time tu la baru I jumpa my parents, my siblings, dengan sedara mara semua la. So time tu jugak la diorang bagi present masing masing. Sekali lagi I terharu. Dah tua tua ni ingat kan tak dapat apa apa dari diorang. Rupanya, masing masing ingat. I love them!

Hadiah from Mama, Kak Ngah and Qila.

Oppsss! Ingatkan dah habis ke? Belum lagi la. Minggu depannya pulak, kawan kawan I ajak pergi Hard Rock Cafe. Sebab one of them kerja dekat sana. So I pun datang jela dengan muka rela dan takde rasa apa apa. Rupanya diorang buat surprise untuk I! Ingatkan dah lama birthday lepas tak dapat apa apa lagi. Rupanya still dapat!




Thank you so much Dilla, Cida and Sara!

Oke dah jangan risau. Tu jela penutup kisah birthday I tahun ni. Apa pun, I rasa bersyukur sangat sangat sebab dikelilingi dengan orang yang masih menyayangi I walau apa jua keadaan dan kekurangan I. Semoga dengan pertambahan umur I ni, akan mematangkan lagi fikiran dan buatkan I lebih kuat dan terbuka menerima teguran demi kebaikan I. InsyaAllah. 

Kahwin? Ye. Memang dah ramai yang tanya. Dah berpuluh puluh soalan yang I elak. I harap, apa yang diorang cakap tu suatu doa. InsyaAllah, rezeki I untuk berumah tangga tu akan sampai. Cuma I rasa masa nya belum sampai. Allah dah tentukan yang terbaik untuk semua hamba Nya. Mungkin I belum betul betul bersedia untuk menjadi seorang isteri? Siapa tahu? Wallahua'alam. Hanya Allah yang maha mengetahui.

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

1 Chumel(s) comment ヅ:

✿ Link for Blogwalking View ヅ

300 x 250
Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™