✿ Paid-up Advertisement ヅ

Hot Deal Everyday! Super Saver Unlimited!
Logo KBBA Visondata pocket WiFi
Logo KBBA

Tuesday, January 28, 2014

GLNV Part 6 - Dinner at Steak Rosso Rosso

Salam.

Hai korang! Sorry la lately ni mood blogging ke laut. HAHA! Macam la ada orang baca belog comot I ni kan? Ah, tak kisah la ada orang baca ke tak. Yang penting I puas hati dapat filed up someting untuk I read in future. Now I akan update benda benda yang I rasa interested nak share dengan korang je sepanjang I berada dekat Niseko Village Hokkaido ni. Mana la tau, lepas ni ada yang planning nak merasa main snow time winter season dekat sini ke kan? So, ada la jugak reference yang I boleh sumbangkan. 

Past few day, I had a dinner at Steak Rosso Rosso. Restaurant ni dia punya specialities in Steak la. Dah nama pun melambangkan apa yang diorang serve kan. Kebetulan, one of my colleague dekat front desk tu make friend dengan owner of that restaurant. So, dapat la special price. 

Restaurant ni memang sangat cozy. Sesuai la untuk korang yang nak berdating ke kan. Located in Niseko Grand Hirafu area, so tempat ni dikelilingi oleh banyak restaurant restaurant yang lain. Bangunan dia sangat unique. Tapi less privacy. Sebab restaurant dia tak berapa nak besar sangat. But still okey.

Exterior of the restaurant. 

Gambar interior dia I tak sampat nak snap sebab suasana tengah ramai time tu. In term of price, it was reasonable enough for the steak and western foods experience. Kalau ambil set, start dari Appetizer sampai la Dessert tak termasuk beverages korang maybe boleh dapat around ¥5,000. But on that day, I just paid ¥3,500 for the whole set included beverages. HEHE! Itu pun sebab my colleague punya kawan tu owned this restaurant. 

Corn Soup with Garlic Bread.

Asparagus Spring Roll

Australian Beef Sirloin Steak

Orange Sorbet

For drink, I chose Gingle Ale and Ice Water.

Overall, food dia memang best. Kenyang dan murah. So, I think it was worth it. Kalau ada yang datang ke Niseko, jangan lupa singgah Steak Rosso Rosso ye. Service superb! Enjoy! :)

Address :
167-61 Yamada Kutchan Cho,
Abuta Gun, Hokkaido, Japan

Telephone Number :
+81-(0)136-21-7100

Occationally Closed : Winter Only.
For more info, just log on to their official wesite!

Share the advertisement, and you will get paid. Click now for money! Yeeha!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Saturday, January 4, 2014

GLNV Part 5 - Off day and off to Kutchan Town

Salam.

Hai korang! Sementara tengah ada mood nak menaip ni, baik I update sikit apa yang I buat hari ni. Hari ni I off day. Setelah sekian lama takde off, finally I dapat off. Sangat gembira! Tapi esok kerja. Harap maklum. 

Oke. Bila dah off day ni kan, ofkos la dalam kepala otak nak pergi shopping. Memandangkan stok makanan pun dah mula berkurangan, so mari kita membeli belah! Tak pergi mana pun. Just pergi Kutchan je. Kutchan ni kira macam bandar kecil yang terhampir dengan Niseko Village. Kat situ jugak la ada train station untuk memudahkan pelancong ke daerah luar such as Otaru, Noboribetsu, Sapporo, dan macam macam daerah lain la dalam Hokkaido ni.

So, pagi pagi dah bangun. Bersiap siap terus ambil staff bus pukul 07.58 am ke Green Leaf. Sampai hotel, ofkos la pergi breakfast dulu. Baru la ada tenaga nak bershopping kan? HAHA! Lepas breakfast, terus pergi depan lobby tunggu bas pukul 09.03 am ke Kutchan. Senang hidup naik free shuttle. Pergi kosong, memang la boleh naik bas. Huhu, tunggu balik kang. Ehem!

Sampai Kutchan baru pukul 09.30 am. Ada masa lagi 30 minit untuk tunggu Co-op Mart buka. So, sambil tunggu sambil cuci mata pergi tengok kawasan sekeliling tu. Wah, macam macam kedai yang buka seawal 09.00 am. Salah satunya ialah kedai ¥100. Best kedai ni. Ada dekat lorong depan train station. Sebelahnya pulak ada Gift Shop. Masuk jap kedai kedai ni cuci mata. Hehe. Dalam kedai ni la I beli Chocobi Shin Chan dengan biskut choc Doraemon. Sangat cute!

¥100 Shop

Gift Shop

Chocobi, Dorayaki dan Biskut Choc Doraemon.

Dah setel cuci mata, now its time for shopping. I terus masuk Co-op. Bahagia nya dapat shopping sorang sorang tanpa gangguan. Pusing pusing, cuci mata, beli beli, tak sedar pulak dah nak dekat pukul 13.00 pm. Gila betul kan perempuan kalau shopping? Start pukul 10.00 am sampai pukul 13.00 pm. Haa, kira la sendiri berapa jam I bershopping? Hadoiii. Haha!

Bila tengok trolley tu macam dah penuh je, baru la carik kaunter nak bayar. Perghh, boleh tahan banyak ye saya bershopping hari ni. Hameekk! Nasib baik takde sapa teman. Kalau tak, memang mati kena bebel. Dah la lama, lepas tu banyak pulak tu. Tapi itu nama nya kepuasan. Kepuasan yang sangat menggila. 

Keluar dapat mart tu, terus pergi carik taxi. Tak sanggup la nak naik bas dengan barang yang serba berlambak tu. Sebut je Higashiyama Sanso, taxi driver tu terus oke. Masukkan barang dalam taxi, lepas tu terus balik. Dan selamat sampai rumah dengan jaya nya!

Malam ni saya nak masak sebab dah ada raw items untuk di masak. Yang tak boleh blah, boss a.k.a Resort Manager I, Mr. Panch tu pun nak datang makan jugak. Hadoii. Masak asal boleh ajela. Kihkihkih! Oke, stay tuned ye. Nanti ada story best, I update lagi. Challow!

Untuk baca entry yang sebelum ni, sila klik link di bawah ya!


Share the advertisement, and you will get paid. Click now for money! Yeeha!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Friday, January 3, 2014

GLNV Part 4 - 2 days trip to Sapporo and Otaru

Salam.

#Entry ni di taip DUA minggu lepas, tapi baru publish hari ni. Ngee, sorry!

Hai korang. Oke today I nak story pasal holiday or trip yang baru berakhir dengan jayanya semalam. Tak sangka cepat nya masa berlalu. Sebelum bermula fasa busy period, I nak lalui fasa berfoya foya dulu. HAHA! Actually kitorang yang from Malaysia dapat 3 days off pada hari yang sama. Itu pun sebab ada school group from Japan datang check in. No FIT at all. So kitorang diberi peluang untuk pergi bercuti. So, masa yang diberi tu harus lah digunakan dengan bermanfaat ye dak? 

Kitorang plan trip ni since first week kat sini lagi. Kitorang plan nak pergi Sapporo. So bila dah tiba hari nya, which is two days before, kitorang pun gerak la pergi Sapporo. Night audit staff, Yamashita-san yang hantar kitorang naik kereta. Perjalanan ke Sapporo dari Niseko mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kitorang gerak from Green Leaf pukul 9 pagi dan sampai betul betul depan lobby hotel lebih kurang kul 11.15 pagi. Bagus betul la orang Japan ni. Diorang memang make sure yang kitorang sampai dengan selamat. 

Bila dah sampai hotel, kitorang pun register la. Bilik tak ready lagi, lagipun check in time kan pukul 3 petang. Kitorang simpan luggage semua, lepas tu baru kitorang start keluar jalan jalan. Semua tempat dekat Japan ni sangat safe tau. Korang jalan sorang pun takkan rasa takut sebab orang orang Japan ni jenis tak kacau orang. Kalau korang tertinggal barang berharga kat tempat public pun, takkan ada nya yang panjang tangan sebab masyarakat diorang sangat polite and honest. Ya, I sangat kagum, dan yang pastinya criminal cases diorang ofcoz la kurang.  

Kitorang start berjalan melalui subway atau lorong bawah tanah. Oh ye. Sapporo memang banyak subway. Even dekat Tokyo pun sama. Ala, pendek kata semua bandar besar kat Japan ni memang banyak la subway. Then sepanjang jalan tu banyak sangat kedai kedai dan restoren yang membuatkan korang rambang mata. Banyak sangat kedai yang jual barang cute cute. Pasal harga, hurm.. I boleh kata yang everything kat Japan ni mahal. Takde yang murah nya pun. Currency diorang memang tinggi. But ada jugak some of the things yang murah berbanding Malaysia.

Berjalan menyelusuri subway, tiba tiba dah sampai dekat Sapporo TV Tower. Menara TV ni terletak betul betul bersebelahan dengan Odori Park. Tempat yang sangat sesuai untuk berposing sakan. Kalau snap gambar time summer season pun cantik. Tapi, bila dah dapat peluang time winter season pun dah bersyukur banyak dah.
Sapporo TV Tower.

Berjalan jalan lagi sampai ke Sapporo JR Station. Sebelum tu, kami singgah cuci mata ke H&M. Pergh. Kalau dah perempuan tu memang perempuan jugak kan? Pantang betul nampak perkataan SALE. Singgah kejap, tapi ada la dekat sejam jugak dok pilih baju dalam tu. Pastu nampak plak Drug Store. Memang tak lepas peluang la kan. 





Kami pulang ke hotel dalam pukul 5 petang gitu. Suasana time tu memang dah gelap la kan. Sebab kat sini pukul 4 petang dah start gelap. Singgah Starbucks kegemaran. Beli mocha kejap. Terkesima sekejap sebab selama kat Japan ni tengok barang semua mahal mahal. Makan Mc D yang set Fillet o'Fish tu pun dah ¥730.  Mahal gila. Tiba tiba sampai Starbucks harga satu cawan Hot Mocha cuma ¥475 jek. Padahal kalau change dengan Malaysia currency sama jek lebih kurang RM 15. 







Bilik hotel ni memang selesa, besar dan bersih. Walaupun harga satu bilik ni baru je ¥6,500 ataupun bersamaan RM210.00 sahaja. Murah kan? Kitorang dapat bilik yang super lawa. Tidur pun selesa je. Kemudahan semua lengkap, wireless pun free. Hai, memang kalau ada comment form, dah bagi five star dah.

Malamnya, kitorang pergi dinner jalan kaki je. Ikut jalan yang kitorang lalu siang tadi, tapi ada lain sikit. Kitorang try ikut jalan yang tak pernah lalu. Almaklumlah, nak datang sini 10 tahun sekali pun rasanya payah kot. So, gunakan masa yang ada. Untuk dinner, kitorang try Healthy Fried Rice with Crab. Minum Hot Green Tea je. Pergh, rasa dia? Memang super healthy! Takde rasa hokey! Tak masin langsung. So, kitorang mintak pepper powder pastu makan dengan soy sauce. Bhahaha!



Balik hotel dah pukul 10 lebih, so time for sleep! Tido dengan tenang sebab masing masing dah sakit kaki, lenguh badan semua lengkap. Esok nya kitorang bersiap dan check out betul betul pukul 11 pagi. Sambung lagi perjalanan. Kali ni kitorang nak naik train balik ke Niseko. Tapi dalam perjalanan tu, singgah kejap jalan jalan dekat Otaru. Otaru ni bandar kecil je. Ala, lebih kurang macam bandar Muar la. Tapi harga barang barang dia lebih kurang murah sikit la. Everywhere kitorang jalan kaki. Memang puas hati, tapi super duper penat la.













Dari Otaru, kitorang amek train ke Kutchan. Pekan yang berdekatan dengan Niseko. Kitorang amek train pukul 4.50pm. So untuk sampai ke Kutchan mengambil masa dalam 1 jam setengah perjalanan. Sampai ke JR Kutchan Station, kitorang singgah Co-op Supermarket untuk beli barang keperluan dan stok makanan. 



Tengok culture diorang. Sangat suka dengan konsep guna pakai barangan terpakai. Beg plastik kalau nak kena beli. Tapi diorang ada sediakan kotak, so senang la kita nak pack barang barang yang kita beli tu. Tak payah nak ber-plastik plastik bagai. Siap sediakan selofan tape lagi tau. Memang sangat smart.

Dah settle semua urusan membeli belah, kitorang terus tahan teksi. Balik rumah kitorang naik teksi sebab barang sangat banyak dan tak larat lagi nak berjalan kaki.

Nanti I sambung lagi story sepanjang I kat sini ye. Banyak benda nak story, tapi macam takde masa sangat nak mengarang entry. Oke stay tuned!

Untuk baca entry sebelum ni, sila la klik link bawah ni yek!


Share the advertisement, and you will get paid. Click now for money! Yeeha!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

✿ Link for Blogwalking View ヅ

Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2017 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™