Monday, February 9, 2015

Home » , , , , , , , , , , , , » Review Tunang | Outfit

Review Tunang | Outfit

Salam.

Hi korang! Bak kata orang, bila dah janji, kena la tepati ye dak? Jangan dah janji, pastu makan chapati. Oke fine, I dah ke laut. Entry kali ni, I nak story about my outfit masa tunang that day. Masa nak pilih colour tu kan, kemain nak bergaduh lagi kan dengan adik I. Yela, mana tak nya, adik I dah amek colour favourite I. Pink kot! Geram gila. 

Fikir punya fikir, I bincang dengan encik tunang, dia kata ikut I lah. Dalam kepala I blank gila. So mula lah I dapatkan bantuan pakcik gugel yang sangat pemurah dan baik hati tu. So antara warna yang bermain dalam kepala I ialah mint green dan biru. Mula mula ingat nak buat biru laut, tapi bila fikir fikir balik, it's too command. Macam nak tiru Irma Hasmie plak. Dia kan bertunang warna biru laut. I pun bagi la macam macam sample baju dekat encik tunang. Pastu dia pun oke je. Dia kata biru cantik. Tapi I dah standby 1 baju ni sebenarnya. Warna mint green, beli siap jek. Cutting dia nice jugak la. Tapi bila I tunjuk dekat Cida, dia kata baju tu too simple untuk bertunang. Dan encik tunang pun dah decide dengan Kak Long dia nak buat hantaran tema biru turquoise.


Bila diorang dah decide macam tu, I terus bincang dengan my sister, Kayla. Dia kata it's oke. Dia suruh I beli kain, then dia jahit kan. Bagi dia upah RM 50.00 jek. I terus agreed. Beli kain dekat Nagoya Textile kat Square One BP, pastu dia terus amek ukuran badan I. 

Lega satu part sebab I trust my sis's taste. Dia kan owner KaylaRafy boutique, so citarasa dia mesti la terbaik kan? But selagi baju tu tak siap, I risau gila ya amat! Mana tak nya, kitorang ada masa 1 month only daripada date merisik tu. Perghh. Takut gila! Rupanya, within 2 weeks baju tu dah siap. Alhamdulillah, baju tu cantik sangat dan I am fully satisfied my sis's job!

My engagement dress before beading.

My engagement dress after few beadings. Cantik!

Dan yang paling I suka, my sister siap sponsor beaded shawl untuk I pakai. So I dah tak payah pakai veil lagi dah. The best part is, my sis punya trainee yang beaded shawl tu. Cantik sangat hasil kerja dia. Thanks a lot Gowri!


Cantik dan kemas hasil beaded dia kan? I like!


Pasal outfit, I sangat berpuas hati. I rasa selesa, dan yang penting I rasa cantik. Kuikuikui! Cantik ke? Whatever la kan. Terpulang pada pendapat individu. For me, this is my day, dan I rasa beruntung sebab ada adik yang boleh provide my what a gorgeous outfit on my e-day.

Kalau ada sesiapa yang berminat nak tempah from my sis, korang boleh contact dia. Meh I provide contact details. So that I boleh recommend outfit yang best untuk korang pakai. Kalau nak contact I dulu pun boleh. Baru la dapat special price kan? Hihi!

KaylaRafy Creation Boutique 
No. 37, Jalan Flora Utama 5,
Taman Flora Utama, 
83000, Batu Pahat,
Johor Darul Takzim
Contact No : +6016-372 0578 (Kayla)
Facebook : https://www.facebook.com/KaylaRafy
Instagram : http://instagram.com/kaylarafycreation/


Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

2 Chumel(s) comment ヅ:

emieysandra said... [Reply Here Bebeh!]

cantik la nurul! nk tempah dress utk raya leh x?hehe..

btw,congrats on ur engagement day!
happy for u ;)

Nurulchumel said... [Reply Here Bebeh!]

@emieysandra

ofkos la boleh..
thanks syg.. bila lg la agaknya boleh jumpa kan??

✿ Link for Blogwalking View ヅ

300 x 250
Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™