Friday, November 6, 2015

Home » , , , , , , , , , , , , , » Alhamdulillah. Officially Married! - Part 1

Alhamdulillah. Officially Married! - Part 1

Salam.

Hai hai! Ada yang merindui diri ini ke? Mana tak nya berhabuk bersarang dah blog nih. Almost 3 months tak update. Busy uolls. Start dari bulan 8 sampai ke bulan 11. Sekarang ni baru free sikit sebab iolls baru balik pre-honeymoon. Ehem! Tang pre-honeymoon tu nanti nanti lah I update. Now meh I story pasal kaweng dulu. Hihi.

Diam tak diam, dah 1 bulan 12 hari I jadi wife. Phewww, tak sangka I dah nikah. Masa nak buat preparation majlis hari tu, konon konon I berazam nak update progress each and every day. Sekali, ke laut. Haha.

Ni wedding card kami. Simple. Tapi bermakna. :)

Kami nikah hari Jumaat, tapi Rabu tu I dah sampai kampung dah. Sebab Khamis tu kan Hari Raya AidilAdha. So ni secara tak langsung celebrate dua benda dalam satu masa lah kira nya. Hehe. Rabu malam tu, bridal I dah sampai untuk pasang kan pelamin. Perasaan masa tu? Wah, dupdapdupdap. Allah saja lah yang tahu. 

Ni pelamin I. Macam tak percaya dah duduk atas pelamin ni. :P
Esoknya, hari Khamis tu orang yang lukiskan henna pun sampai. For your info, I punya pelukis henna import jauh dari Johor Bahru tau. Hihi. Pssst! Ni sebab makcik I yang sponsor henna, sebab tu la I tak kisah dia datang dari mana. Nama dia Emma. Siapa siapa bakal pengantin area JB tu boleh contact Emma yek. Dia punya service memang superb! Hikhik. 

Tadaaa! Ni henna yang dah siap lukis. Cantik tak? Cantik tak?



Ni gambar gambar yang Emma upload ke fb beliau. 

Orait. Settle story pasal henna. Kita move ke story malam nikah. I nikah Jumaat malam lepas solat Isyak. Lebih kurang pukul 9 malam la. Perasaan masa tu, nervous kemain. Bridal untuk majlis belah perempuan ni I pilih Sal Image Bridal. Dia ni famous juga tau antara bridal bridal dalam Batu Pahat ni. Tapi even dia famous, dia sangat baik. Pelamin I, make up I semua cantik. Seriously tak rugi ambil dia as my bridal. Cuma I tak ambil full package dengan dia, sebab baju nikah I, adik I yang jahitkan. Then baju bersanding memang dah include sekali dalam package sebelah lelaki nanti. Siap ada baju outdoor lagi. So, macam membazir lah pulak kalau ambil full package. So I ambil make up 2 kali untuk nikah and sanding, pelamin rumah and meja makan beradab. Semua nya oke sebab I kan pengantin save budget. Hihi.

Ni make up nikah. :)

Sedang I bersiap siap sambil nervous, budak dua orang ni datang. Hilang sikit perasaan nervous tu.

Ouhh. Masa ni memang sangat nervous. Kaki plak siap cramp sebab duduk bersimpuh lama sangat!

Sah! Dengan dua kali lafaz! Hikhik. Cian dia nervous!

Tetamu dan hantaran. 

Bila dah sah jadi suami isteri tu, wow perasaan I macam tak percaya! Tapi syukur Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. 


Settle je majlis nikah, hati ni pun lega la sikit. Tapi esoknya kena bangun awal awal pagi. Sebab pukul 8.30 pagi ada majlis khatam Al Quran dan berzanji. Lucky me. My bff, Syima sampai lepas majlis nikah! I was so glad sebab dia jadi pengapit I on my big day!

Eh, penat jugak buat flash back cerita bakal nak basi ni kan? Esok la I continue. Tungguuuuu!!

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

4 Chumel(s) comment ヅ:

Cik Kumbang said... [Reply Here Bebeh!]

Alhamdulillah tahniah awk
cantikkkkk sgt !!!

Lepas ni bole update wedding review pula hihi

http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.my/p/wedding-review.html

Nurulchumel said... [Reply Here Bebeh!]

@Cik Kumbang

congrates jugak for u yunk! happy baca blog awak!

cimi said... [Reply Here Bebeh!]

Tahniah nurul. Selamat pengantin baru. Semoga bahagia sampai Jannah. :)

✿ Link for Blogwalking View ヅ

300 x 250
Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™