Monday, January 25, 2016

Home » , , , , , » Alhamdulillah. Officially Married! - Part 3

Alhamdulillah. Officially Married! - Part 3

Salam.

Alahai. Pengantin basi nih. Dah nak 4 bulan kawengg baru nak hapdet. Sedihhh betul lah. Macam ni lah kan kalau hidup asyik nak kerja kerja kerja. Sampai masa nak spent untuk diri sendiri berblog macam dulu memang sangat limited. Then bulan lepas, nenek kepada suami saya telah kembali ke Rahmatullah. So, memang sangat busy dan family kami sangat berdukacita. T___T

Oke oke. I janji ni part yang last with regards of my wedding story. Dah janji kena tunaikan. Majlis bertandang on my hubby's side diadakan secara sederhana di Serkam. Majlis dah start dalam pukul 11 pagi. Tapi kami berarak lepas Zohor, pukul 2 petang. Saja la tu nak ikut trend Johor. Hehe. 

Kami satu family berkumpul di rumah Cik Ayu di Batu Gajah dan gerak sama sama ke Serkam. Perasaan? Ohh, sangat nervous dan berpeluh peluh. Hehe. Ramai kawan kawan I yang datang majlis belah suami I ni sebab dekat kot. Oke, jom layan gambar!

Abaikan katil yang berselerakan di belakang tu. Ni lepas mekap.

Lepas siap semua, amek gambar depan rumah Cik Ayu dengan Uncle Mail.

Seriously panas. Tapi muka kena la buat buat happy sebab kan jadik perantin! Hiks!

Ni la keadaan yang sebenar nya. Hihi.



Berarak. Dapat gak merasa berarak. :)

Banner ni recycle dari majlis my side. Jimat kan!

Budak kompang kampung Serkam, Merlimau Melaka. 

Acara wajib di setiap majlis kenduri kahwin. :P

Akhirnya. Selamat pengantin baru untuk kami! :)

Lepas dah bersanding, perut pun dah berdangdut riang. It's makan time! 

Menu majlis bertandang ni nasi putih, dengan masakan kampung. Sedappp! Buat kelainan sikit. Lauk siput sedut masak lemak sayur keladi, sayur chap chai, ayam kampung masak rendang, sambal belacan dan sebagainya. Haa. Nak sebut satu persatu memang tak habis. Masakan yang lain dari majlis kahwin biasa. Tapi biasa la, dah jadik perantin nih, makan kena cover cover. Tak leh nak sedut siput tu depan orang. Buruk nau perangai. Hahah!

Lepas makan, potong kek! 

Kek ni pun ada kisah disebaliknya. Actually kek sebenar adalah kek secret recipe yang di-sponsor oleh kawan hasben I. Tapi kek tu dah jatuh. So ni kek replacement kepada kek sebenar. Ala, actually kalau takde kek pun takde hal la. Sebab potong kek ni just suka suka jek. Yang penting majlis nya tu ada kan?












Kalau boleh, semua gambar moment terindah ni I nak letak sini untuk diabadikan pada anak cucu I nanti. Sebab zaman akan datang semua internet di hujung jari. Mana la orang nak selak album macam mak mak kita dulu kan? 

Alhamdulillah, majlis bertandang di Serkam, Melaka pun selesai dengan sederhana tetapi meriah. Syukur sangat sebab semua ahli keluarga dan sanak saudara memberikan sokongan dan bantuan dengan jayanya. 

Dan Alhamdulillah, hari ni dah genap 4 bulan I menjadi isteri beliau. Bukan senang sebenarnya berumah tangga ni. Macam macam perkara pahit manis yang kena tempuh. Biasa lah, alam rumah tangga memang mencabar. Cuma kena extra sabar dan kena tolak ansur, tu yang penting.

InsyaAllah, will update time to time. Kalau I lama tak update, jangan rindu tau! Hihi! :)
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

2 Chumel(s) comment ヅ:

Mila Hilas said... [Reply Here Bebeh!]

mcm usia anak sy plan.. hehe 24/1 genap 4bln.. kiki

✿ Link for Blogwalking View ヅ

300 x 250
Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™