Monday, January 25, 2016

Home » , , , , , , , , » Pre Honeymoon at Kota Kinabalu Sabah

Pre Honeymoon at Kota Kinabalu Sabah

Salam.

Hai! Dekat entri kali ni, I nak story sikit pengalaman pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Sabah. Kira nya, ini first trip I dengan hasben. Actually, dah lama dah kitorang pergi Sabah. Bulan Oktober tahun lepas. Cuma takde masa nak update blog. Cian blog kesayangan I nih kena tinggal. Hihi. Jangan marah ye! Kami bertolak dari KLIA 2 pada 12 Oct, dan balik pada 15 Oct which is 4 days 3 nights la dekat Sabah.

Boarding pass kami! Tengok tu, inai pun masih merah lagi. :P

Selfie berdua sebelum berlepas. Hikhik!

Dah sampai Kota Kinabalu (KK)! 

Actually kakak ipar I, kira kak long hasben I tu memang stay kat KK. Hasben dia orang Sabah. Hasben dia tentera dekat Kem Lok Kawi, KK. Tapi dia dah nak bersara time tu. Diorang dah beli rumah dekat Semporna, Sabah. So sementara diorang belum pindah ke Semporna tu, kitorang datang la KK sebab kat KK lagi banyak interesting places yang boleh visit. 

Oke, first day tu kitorang tak pergi mana mana pun sebab bila dah touch down KK tu masing masing dah penat. Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit. Sampai kat sana, hari dah gelap. Sebab kat sana, pukul 5 petang tu dah gelap macam maghrib kat semenanjung. Kami takde check in mana mana hotel pun. Just stay rumah kak long dengan abang long jek. Sampai rumah kak long, rupanya abang long dah belikan ketam fresh! Hasben I nih hantu seafood, especially ketam. Entah dari mana datang kekuatan gigi dia nak kopek kulit ketam yang keras tu. I ni suka gak makan ketam, tapi kena makan yang dah siap kopek. So, memang dia la jadik mangsa kena kopekkan kulit ketam tuh! Hehe!

First day kat KK, kita makan ketam! :)

Esok nya, awal pagi kitorang bersiap pergi Kundasang. Fuhh, naik bukit, gunung ganang, memang mabuk kejap. Tapi bila sampai atas. wahhhh! Santekkkkkknye view Gunung Kinabalu! Seriously mempersonakan! Tapi sebelum sampai Kundasang, kitorang singgah Tamparuli. Jambatan Tamparuli tak sempat nak pergi sebab hujan time tu. Tapi sempat la melawat Rumah Terbalik Borneo. 

Harga tiket RM 10.60 untuk seorang dewasa termasuk GST. Kanak kanak bawah 6 tahun, FREE!

Selfie berdua itu harus!

Budak kecik ni anak kak long. Faris nama dia. Dia memang suka menempel kat kitorang. Haha!

Acah acah angkat kereta. Haa. Budak kecik tu action jek lebih. :P

Selfie dan I berpisah tiada. :)

Dekat Rumah Terbalik Borneo ni boleh ambil gambar kat kawasan luar je. Kawasan dalam rumah terbalik tu tak boleh ambil gambar langsung. Nak jaga privacy la kot. Tapi dah masuk situ sekali, oke la kan. Dah experience. Memang semua benda terbalik. :P

Lepas dah seronok ambil gambar dalam panas panas tu, bila naik ke Kundasang tu hujan la pulak. Sejuk. Kami sempat lalu je dekat kaki gunung Kinabalu tu sebab hujan. Tapi dapat snap picture. Jangan risau. Hihi. Kitorang dapat visit dua tempat je. Desa Dairy Farm, which is ladang lembu macam kat New Zealand tu, dengan ladang teh Sabah. Itu pun limited, sebab hujan. Suasana gelap, nak ambil gambar pun basah. :(

Desa Dairy Farm!







Dah lepas posing posing sakan dekat Kundasang, kitorang make a move ke Ranau. Kitorang pergi Fish Spa. Ecehhh. Tak payah massage, kita tadah kaki bagi ikan gigit kulit mati!

Welcome to Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau Sabah!

Tiket masuk. Dewasa RM 5.00 seorang. Kanak kanak RM 2.00 seorang. Kalau nak mandi bersama ikan, RM 10.00 seorang. Yang penting, kalau bawak kamera, RM 3.00 yek!

Mula mula nak masuk, takut beb! 

Kak long, abang long dengan Faris!

Bayangkannnn!

Ehhh. Siap boleh pegang pegang ikan tuh!

Rendam kaki tu actually 15 minit je per entry. Kalau nak rendam lebih lama, tambah la duit. Tapi kitorang dapat almost 30 minutes sebab tak ramai orang. Bila start nak ramai tu, dia dah panggil naik atas dah. Perasaan masa tu, sangat teruja. Sebab terasa rasa lagi geli kaki tu terkena badan ikan. Hihi.

Balik dari Ranau, macam biasa lah, hari dah gelap. So kitorang dapat jalan jalan dekat Pasar Filipina sekejap sebelum balik untuk merehatkan diri. Fuhh, ikan, sotong, ketam, dan macam macam seafood yang diorang jual. Harga memang berganda ganda la murah nya dari Semenanjung.

Esok pagi, I bangun awal. Sebab dah janji dengan hasben nak pergi pasar pagi. Sebab katanya seafood segar baru naik. So I pun tak nak lepaskan peluang untuk tengok semua tu. Pergi pasar, I carik satu benda jek!

Lobster! First time tengok lobster depan mata! Teruja nak makan!

Kak long kata, kalau kita makan dekat pasar Filipina tu, dia caj mahal. So, hasben kate why not kita beli yang hidup, fresh punya pastu kita masak sendiri! Perghh. Gigih la I menggugel cara nak menyiang lobster. Pastu gigih lagi nak masak apa pulak lobster ni?? Bila I gugel, banyak yang suggest masak butter garlic. So I cuba buat dan Alhamdulillah! Menjadi!


Luahan perasaan. :P

Malam tu, kami rehat puas puas sebab esok nya kami nak jalan lagi pusing pusing bandar KK je memandangkan esok hari terakhir sebelum balik ke Semenanjung. Dapat la visit tempat tempat menarik sekitar bandar KK. 

Faris berada di mana mana. 

Lebyu!

Budak shomel!

Suka nau orang dukung dia!



Malam tu, kitorang lepak minum dekat Tanjung Aru. Hasben I kata ada tempat minum ABC special kat situ. Tengok jeruk macam macam jenis.

Jerukkkk!

ABC bogel? Hihi.

Mine! Air tembikai float. 

ABC Special hasben punya!

Muka puas hati. :P

Sesuai la dengan hasben I yang hantu buah tu. :P

Musical Fountain!

Lepas dah minum tu, kitorang singgah Tanjung Aru Perdana Park tengok Musical Fountain. Time ni battery phone masing masing dah nak kong. Dapat snap satu dua picture jek. Jadik la daripada takde kan.

Esoknya, kami pun balik ke Semenanjung. Perasaan? Macam tak nak balik jek rasa. Tak puas nak melawat negeri orang. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih, kami datang ke Sabah lagi. Mana tau bertiga ke, berempat ke, berlima ke.. ecececehhhhh...!

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

2 Chumel(s) comment ヅ:

emieysandra said... [Reply Here Bebeh!]

3x dh g kundasang tp selalu nk pergi kt ikan tu xjadi.hehe...KK byk tempat best..antara pilihan emy utk jalan2 jgk bila dok Limbang nii ;)

Nurulchumel said... [Reply Here Bebeh!]

@emieysandra

syok dok sabah ni.. akak ipar nurul pun stay sabah sbb husband dia org sabah.. hehe

✿ Link for Blogwalking View ヅ

300 x 250
Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™