Friday, July 15, 2016

Home » , , , , , , , , » Hari Raya Aidilfitri 2016 (Rumah My Family)

Hari Raya Aidilfitri 2016 (Rumah My Family)

Salam.

#Perhatian! Entri kali ni memang sangat banyak gambar. Jangan sampai muntah ye tengok gambar hari raya iolls! Enjoy!

Oke. Meh kita sambung cerita raya. Pagi pagi raya kedua tu, I bangun awal sebab nak gerak terus balik kampung my family. Punya la excited, malam tadi dah packing baju semua. So lepas subuh terus siap siap pakai baju raya "Royal Blue" sebab kitorang dah janji pakai baju warna sedondon untuk raya kedua. Nak pergi beraya kan. Pukul 7.20 pagi kitorang gerak balik Batu Pahat.

Tengok muka terlajak excited tu. Abaikan lah my happy tummy tu yek. 

Bila sampai je rumah family tercinta, sessi bersalam salaman, bermaaf maafan pun terus dilangsungkan sebab kami kan dah lambat. Raya kedua baru balik. Orang lain dan maaf maafan raya pertama. Hee. Lepas tu, apa lagi. Amek gambar secara infinity. Al maklumlah, dah tak pakai kodak. Selagi battery tu ada, gambar selfie ke, gambar wefie ke, gambar posing syok sendiri ke semua kitorang amek. Layannn!

Husband dengan my uncle, Cik Apa.

Dengan dua orang adik yang terjal.

Girls. Sorang dah kahwin. Sorang lagi belum. 

Gambar depan rumah bersama jejaka jejaka ganteng!

Husband dengan mama!

Mama dan Ayah! :)

Gambar ni kasi besauuu sikett. Hubby and Wifey.

Gambar family yang paling aku tak boleh move on!

Lepas dah bergambar semua bagai, kami gerak ke Kluang. Rumah moyang yang paling tua. Tapi malangnya, takde orang kat rumah. Kami hanya mampu wefie depan rumah beliau. Kira proof yang kitorang dah sampai rumah beliau. HAHA!

Tak dapat wefie dalam rumah, depan rumah pun layannn!

Lepas Kluang, kitorang move ke Ayer Hitam. Beraya rumah nenek saudara. Memang syok berkumpul beraya konvoi ni. Memang sangat meriah.

Tak semua ada dalam gambar ni. Ada yang dekat dapur tengah mencekik. Haha.

Gambar berdua itu lebih baik.

Mama dengan Nenek Saudara.

Yang ni kat luar rumah. Yang ni pun tak semua ada. Sebab ada yang kat dalam rumah tengah salam salam.

Lepas Ayer Hitam, kami terus ke Parit Rejo Sari, Parit Raja. Seterusnya ke Senggarang. Memang setiap kali konvoi kitorang akan singgah rumah rumah ni. 
Saje jek selfie. Sekali termasuk pulak gambar husband kite! :P

Memang dalam kamera I tu banyak muka mamat ni selfie syok sendiri. Pastu I delete. Yang simpan 1 buat kenangan. HAHA!

Mamat ni pun lebih kurang macam perangai abang dia. 

Wefie depan setiap rumah yang di kunjungi adalah wajib. 

Setiap rumah yang kitorang ziarah, mesti disudahi dengan Selawat Nabi. Baru lah berkat hari raya kami!

Dah besau besau adik adik sedara aku. HAHA!

Gambar ni sepatutnya kena reject. Tapi adik I sayang. Suruh upload gak. Grr.

Mama dengan tuan rumah.

Yang ni wefie lain pulak. Setiap satu rumah wefie yang berbeza beza.

Yang ni rumah yang sama. Cuma ada pertambahan budak budak yang depan tu.

Ni dekat rumah Pak Uda. Yang lain lain dah balik. Kitorang sambung beraya kat rumah saudara belah ayah pulak.

Rumah Pak Uda.

Yang ni rumah arwah mak tok kami. Sekarang Mak Ngah yang stay sini.

Yang ni dekat je dengan rumah arwah maktok tadi. Ni rumah nenek saudara.

Belanja la sket gambar tukang pegang kamera. Kalau korang perasan, semua gambar wefie kan dia yang pegang monopod. Sebab tangan dia panjang. HAHA!


Masa dekat rumah arwah Mak Tok, sempat la kitorang amek gambar kenang kenangan. Memang terbaik gambar tu. Tapi gelap sikit. Tapi memang happening lah. Raya kali ni extra-ordinary sebab Mama dengan Ayah dapat dua orang menantu baru dan kami sekeluarga terima dengan hati terbuka orang orang baru dalam keluarga kami. Semoga tahun tahun akan datang, kitorang dapat beraya happening macam tahun ni lagi. Memang penat, tapi sangat meriah.

Sekian kisah hari raya I untuk tahun ini. Kalau nak cerita yang lain lain tu, banyak sebenarnya. Tapi larat dengan tidak jela tangan I ni nak menaip. Sampai sini dulu deh. Ada masa kang I story mory lagik. 

Wallahua'alam. :)

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

0 Chumel(s) comment ヅ:

✿ Link for Blogwalking View ヅ

300 x 250
Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™