Monday, August 8, 2016

Home » , , , , , , , , , , » Travelog : Jerantut with Family

Travelog : Jerantut with Family

Salam.

Hai korang! Entry kali ni, I nak story pasal percutian 2 hari 1 malam di Jerantut. Nak kata bercuti sangat tu, tak lah kot. Maybe more tu ziarah Pak Long dekat sana. Pak Long ni abang kepada ayah I. Dah bertahun juga la tak jumpa dia. Lagi pun, ayah nak kenal kan 2 orang menantu baru dia kat pak long. 

Journey kami start pada hari Sabtu, 30 July 2016. Seawal 5 pagi kami dah keluar rumah. Actually, malam tu memang I tak tidur pun. Kak Ngah, Ifwat dengan Haziq dah turun Melaka malam sebelum tu. Haziq sampai dalam pukul 8 malam. Siap sempat tengok bola Melaka United vs Felda FC. Kak Ngah dengan Ifwat pulak nak gerak dari TBS, tapi tiket habis. So diorang turun ke Seremban, dapat tiket ke Melaka pukul 11.45 malam. Bercinta gak la nak menunggu diorang. Tapi Alhamdulillah, semuanya selamat.

Kami keluar rumah, jumpa Mama, Ayah, Abang, Syahmi and Kayla dekat tepi AMJ highway. Terus jalan lalu Jasin. Singgah dekat masjid Batang Melaka untuk Solat Subuh. Lepas tu kami teruskan perjalanan ikut jalan Gemencheh - Bahau dan singgah di Bandar Seri Jempol untuk breakfast. I bawak bekal popiah goreng, mama bawak nasi lauk ayam rendang, terung sambal, sayur campur ala ala sambal goreng jawa. Sedap! Tapi I tak berapa lalu nak makan sebab demam belum baik sepenuh nya. Suara pun seksi serak habis. 

Dah sampai! :)

Muka sembab tapi fun. Sebab excited nak berjalan.

Tengah drive pun sempat lagi.

Macam cun pulak selfie ni. Hihi.

Dah sampai, lepak lepak dulu. Muka penat.

Kami sampai Kampung Ulu Cheka nak dekat pukul 12 tengah hari. Mak Long pun dah siap masak ikan talapia tempoyak. Fuhh. Lunch time! Apa lagi, santap la dulu. Lepas makan, masing dah keletihan. Seorang baring, semua bantai baring jugak. Memang la letih. Bayang kan malam tadi kan semua tak tidur.

Tak lama pun kitorang tidur. Dalam pukul 3 petang, semua dah bangun. Solat Jamak Qasar Zohor Asar, lepas tu kitorang keluar jalan jalan kat pekan Jerantut. Konon nya nak carik buah buahan. Sekali dah petang petang, takde apa pun. Kitorang just jalan jalan kat Jerantut Feri Terminal dan kawasan sekitar pekan. 


Bonding time!

#lakibini

Amek 1 wefie kat stage dia sebelum pulang ke rumah pak long.

Malam tu, kitorang tak buat apa pun. Dinner pun kat rumah pak long sebab nak keluar jauh ya ampunnn... Tak sanggup aihh. Malam tu semua tidur awal. Pukul 10 lebih semua dah tersadai keletihan. 

Pagi esok nya, lepas breakfast tu kitorang ingat nak terus gerak je. Tapi pak long cakap, stay la dulu. Lunch kat sini. Mak long nak masak ikan patin tempoyak. Perghh. Sekali lagi. Rezeki jangan di tolak! Sementara tu mama, ayah, syahmi, kayla dengan pak long pegi ziarah atuk sedara syahmi yang stay dekat dekat je dengan kampung tu. Kitorang yang lain, stay kat rumah. 

Kat rumah pulak, ada rezeki lain. Cousin kitorang bawak balik durian dengan manggis. Asyukkk. Memang buah buahan la yang kami cari. Mama dengan ayah balik pun terus sambar durian. Hihi!

Makan buah manggis di pagi hari. 

Muka kak ngah paling rakus. Muka dia ada kat setiap gambar.

Muka masing masing kemain happy dapat makan durian.

Laki sapa la tu khusyuk nau kopek kan durian untuk semua orang. Hihi.

Lepas makan buah buahan yang super sedap, mak long pun siap masak ikan patin tempoyak. Bau dia ummphhh! Sedap gila kot! Rugi husband I tak makan ikan patin. 

Nampak pun dah meleleh air liur, apatah lagi makan! Puas makan ikan patin kat sini.

Dah lepas makan, kitorang pun bersiap nak gerak. Kira early lunch tau. Sebab pukul 11 pagi dah makan lunch. Kitorang memang rushing sebab nak hantar kat banyak destination. Akhirnya acara perpisahan yang semua orang malas nak dengar kan. Salam salam, selfie selfie dulu.

Ayah dengan Pak Long. Muka sama kan? Hehe.

Gambar ni, mama ngan maklong masuk sekali.

Now it's time to wefie!


Wefie adik beradik.

Last sekali gambar #lakibini itu wajib!

Dan kitorang pun gerak ke arah Kuala Lumpur. Ada sambungan sebenarnya. Nanti I story oke! Ehh. Lupa nak cerita 1 benda!


Saja nak cerita, on the way pergi KL, nampak ada orang jual buah salak ni. Lepas dah ngidam iolls! Ala, makan sikit je buat lepas tekak. Tu je nak cerita. Okebai! :P

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

0 Chumel(s) comment ヅ:

✿ Link for Blogwalking View ヅ

300 x 250
Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™