Thursday, September 29, 2016

Home » , , , , , , , , , , , , » Makan malam di Floyds Kitchen

Makan malam di Floyds Kitchen

Salam.

Walaupun dah empat hari anniversary kami berlalu, mood celebrate anniversary tu tetap ada. Haha. 1st anniversary memang feeling dia macam ni ek? Ke kita sorang yang rasa super excited macam ni? Orang lain maybe perasaan excited tu datang on the date itself. But for me, actually hari hari kena raikan cinta tu. Takde la orang kata, baru kahwin memang semuanya manis. Dah lama, semua pahit keluar. Mintak simpang hokeh! Hari hari kita doa supaya rumah tangga kita kekal sampai akhir hayat.

Selasa lepas, husband ajak keluar dinner. Yela, on the date kitorang takde celebrate apa apa pun. So, kebetulan malam tu kita ada delivery spring rolls. So lepas settle deliver terus je pergi Bandar Melaka. Husband tanya kita teringin nak makan apa. Kita kata kita tak terasa nak makan apa pun. Tapi kalau time kita teringin sangat nak makan tu, memang kena bawak gak kita makan. Nanti asyik teringat je. Haha. Husband tanya lagi, nak makan pizza ke nak makan western? Kita kata tak nak pizza. Sebab tak teringin nak makan pizza. Western ok. πŸ‘Œ

Husband pun terus bawak kita pergi area depan Aeon Melaka. Dia kata banyak kafe kafe baru buka and tengah viral sekarang ni area sini. Salah satu nya Billionaire Concept. Cuisine. Tapi restoran ni kita dah pernah pergi. So nak juga pergi restoran lain. Pusing punya pusing, terjumpa satu kafe hipster ni. Nama restoran tu, Floyds Kitchen. Tengok dalam facebook, memang ramai yang bagi good feedback. So why not kita try kan? Terus park kereta, and masuk.

Simple. Cozy. Hipster. πŸ˜

Environment cafe ni sangat mendamaikan. Tenang je. Tak clumsy. Tempat duduk pun selesa. Waitress datang cepat. Kami minta dia bagi suggestion, makanan apa yang sedap kat sini. Dia recommend "Cheezy Nachos" for appertizer. Lepas tu dia tunjuk dekat menu mana makanan yang pedas, yang tak berapa pedas, air apa yang best, yang mana ada karbonat, mana smoothies dan semua la info yang kita tanya. 

So kami decided to order "Cheezy Nachos", "All-you-can-eat", Soda Herbs for me and Fresh Apple for husband. Mari kita tunggu makanan dan minuman kita. πŸ˜‹



Best kan kawasan cafe ni? Time ni atas meja kosong lagi. Hihi.

Dia memang tau. Kita suruh dia amek gambar air ni. Sekali dia snap gambar kita sekali dengan air. Cis! πŸ˜’

Cheezy Nachos yang paling sedap dan power! πŸ’ͺ

Nyummmyyy! πŸ˜‹

Amboihh, dia snap step by step tau. Tapi seriously sedap. πŸ˜Š

All-you-can-eat

Portion dia sangat besar dan memang boleh makan untuk 2 pax. 

Soda herbs ni memang refreshing! Makanan belum habis, air dah separuh. πŸ˜†

For the conclusions, dinner kami was very wonderful. Harga pun average je, mampu milik. Tak la cekik darah nau. Kalau nak makan malam romantik, boleh la datang sini. Nak buat birthday party pun memang sesuai sebab space dia luas compare to another hipster cafe. Orang melaka, apa lagi? Jom datang sini! Alamat dia ada kat bawah ni. 

Floyds Kitchen
πŸ“« No. 5, Jalan Lagenda 3,
Taman 1-Lagenda,
75400, Melaka
πŸ“ž +6013-927 8600
⏰ Open Daily 12:30 PM - 11:30 PM

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

4 Chumel(s) comment γƒ…:

Abu Naim Hasani said... [Reply Here Bebeh!]

Ini kalau ke Melaka memey wajib kami singgah. Cantik kedai dan menu hidangan tampak sungguh menyelerakan
.
Baca review pun dah rasa lapaq ketat perut. Hehehe. Terima kasih berkongsi cerita.
Asrulhusni

Nurulchumel said... [Reply Here Bebeh!]

@Abu Naim Hasani

Sama2.. jemput la datang melaka. mcm2 ada.. hehe.. :)

Mrs Kamilah said... [Reply Here Bebeh!]

Romantik je nampak lampu tu hehe

Nurulchumel said... [Reply Here Bebeh!]

@Mrs Kamilah

Mmg romantik sgt. Cozy tmpt ni. sesuai untuk couple2 nak dinner. hihi. untung kita takde baby lagi. hihi.

✿ Link for Blogwalking View γƒ…

300 x 250
Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties γƒ… | All Rights Reserved™