Tuesday, November 1, 2016

Home » , , , , , , , , , » Percutian Keluarga ke Cameron Highlands | Part 3

Percutian Keluarga ke Cameron Highlands | Part 3

Salam.

Untuk membaca entry sebelum ini, sila klik link di bawah. Semoga dapat membantu percutian korang yang baru nak survey untuk bercuti ke Cameron Highlands.


Hari terakhir kami di Cameron Highlands. Masing masing dah set alarm pukul 6 pagi. Tapi masing masing terlajak sampai snooze alarm Kak Ngah tu dia off kan. Sakit telinga pagi pagi dengar bunyi ayam berkokok dari phone si Kak Ngah ni. Lastly kita bangun juga pukul 6.20 pagi. Terus turn on lampu semua bilik. Dalam hati kita kata, ni kalau kita tak bangun ni, memang terlajak la plan kami nak naik Lavender Farm pagi tu. Disebabkan Lavender Farm tu paling atas sekali, kami decided untuk naik awal pagi untuk elakkan jammed. 

Semua bangun mandi dan macam biasa, Haziq orang terakhir yang mandi sebab dia kena goreng popia pagi tu. Kahkahkah sebab kalah main Uno malam tadi. Tapi walaupun dia mandi paling akhir, orang yang terakhir siap ialah Mama sebab dia nak lilit tudung kemain lama pastu kemas barang barang semua. Kami breakfast light meals je pagi tu. Popia goreng yang kita bawak dari Melaka dan air teh O panas. Lepas siap, masing masing tak lepaskan peluang bergambar depan homestay.

Gambar satu family is awesome! πŸ˜

Tengok belakang tu dah YZ Agro & Cafe yang kita story di entry yang lepas.

Thanks Enna, for the beautiful homestay!

Kami macam nak datang lagi oke.

Dah puas bergambar, time to leave. Dalam pukul 8.20 pagi, jalan masih belum berapa jammed. Tapi dekat kawasan Brinchang tu normal la. Sesak sikit sebab kiri kanan orang park kereta dan tak kurang pejalan kaki nak melintas. Banyak kereta. Kami sampai Lavender Farm pukul 8.30 pagi. Ramai dah orang tunggu Lavender Farm tu buka. Sebab operation hours dia start from 9.00 pagi. Kak ngah pergi survey harga tiket. Alamak aih, RM 8.00 untuk seorang dewasa. Kami fikir, setakat nak tengok pokok lavender, kat luar farm tu pun ada. Kat atas tu just lagi best sebab banyak tempat yang cantik nak bergambar je. So kami decided untuk just bergambar kat luar dan beredar dari situ.

Welcome to Cameron Lavender Farm. 

Feeling lebih. Bukannya bau pun. Haha.

Wefie sepam dengan Kak ngah.

Happy Mama bergambar dicelahan pokok lavender.

Gambar dengan Mama sepam.

Dengan hasben sepam.

Nak juga amek gambar dicelahan pepohon lavender. Hihi.

Yang ni candid. Pandai hasben kita snap posing bajet kurus. Kahkah.

Lepas beredar dari Lavender Farm, on the way nak turun tu kami singgah di Kea Farm. Kea Farm ni terletak di kawasan Brinchang juga. Atas sikit dari pekan Brinchang. Kat situ korang boleh la beli souvenirs, pokok cactus, sayur sayuran, buah buahan, teh, dan macam macam lagi makanan yang best best macam ubi keledek rebus yang manis dan awesome serta strawberry celup coklat. Kat sini, kita dengan hasben beli sayur sayuran, souvenirs, buah dan coklat untuk celup dengan strawberry nanti. Dah sampai bawah kang strawberry mesti masam kan. So makan dengan coklat baru la syok. Hihi.

Dah settle tu, kami terus on the way nak ke ladang teh. Abang pulak tertinggal wallet kat homestay. Luckily kami memang dari atas then memang lalu kat kawasan Kampung Taman Sedia sebelum nak ke Tanah Rata. Call Pak Tam then dia kata boleh masuk je sebab dia pun belum kemas lagi since kitorang check out awal pagi. Hish, kalau la kitorang terus turun ke area Tanah Rata pagi tadi, jenuh la nak memanjat ke homestay tu. Dah la dah start jammed.

Oke, settle amek wallet Abang, kitorang terus ke Cameron Bharat Tea Plantation. Ramai nya orang, memang sabar jela. Macam tak puas sebab dekat Cameron Valley Tea House dia ramai betul manusia. Tak dapat nak fefeeling sangat sebab sangat crowded. Ramai ramai pun sempat juga kami merasa minum teh kat situ. Alang alang dah sampai. Bagi la experience kat Mama Ayah. Nak datang lagi memang entah bila la kan. 

Sempat la minum minuman mahal kat sini. Hewhewhew. Rasa teh tarik dia seriously kedai mamak lagi sedap. Huhu. Tapi apa salah nya nak merasa.

Terpaling sayang dunia akhirat. ❤❤❤

Mama dan Abang.

Mama Abang Ayah.

Nak menikmati pun tak berapa nak best sebab ramai nau manusia. Huhu.

Posing acah kurus lagi. πŸ˜‚

Bagi chance la kami nak fefeeling perantin baru. Polok polok sikit. Kahkah!

Best nya pegang daun teh. 

Bakat terpendam incek hasben. Pandai snap gambar. Hihi.

Lovely birds. πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹

Nak turun best, time naik mengah bro! Haha!

Tiga Abdul. Haha.

Dah sudah snap photo sebanyak yang mungkin, kami pun beransur pulang ke pangkal jalan. Haha. Nak turun jalan ikut exit Tapah tu memang sangat narrow dan kena extra careful ye. Hantar Kak ngah dan Ijam kat TBS dan Haziq kat Seremban. Sampai Melaka dalam pukul 7.45 malam. Mama, Ayah, Abang dan Iwat solat dulu then diorang terus shoot balik Batu Pahat. Lepas mandi, kita terus keluarkan semua barang yang kita beli. Sayur sayuran dan salad dah letak kat peti ais siap siap. Strawberry pun sama.

Dapat lagi T-Shirt. Kami hasben and wife memang suka beli baju couple. Comel bila pakai sama sama. Hikhik.

Key Chain dengan Pencil panjang tu nak bagi Sofiyyah dengan Anis. Fridge magnet tu nak bagi Cik Ayu. 

Teh yang kami beli di ladang. Menyesal tak beli di pasar malam Brinchang atau di Kea Farm. Harga diorang jauh lebih murah berbanding beli dari ladang teh sendiri. Sedih betul.

Coklat sos ni beli di Kea Farm. Boleh buat celup celup strawberry. Harganya RM5/botol.

Lama nau teringin nak makan sambal strawberry ni. Dapat juga beli. Harga dia boleh tahan mahal. RM 17.90/botol. Beli kat Time Tunnel. 

Seriously kita dengan hasben belum move on lagi dengan salad segar Cameron ni. Tadi makan ni dua orang sebelum hasben pergi kerja. Licin. HAHA!

Oke, selesai sudah cerita percutian kami kali ni. InsyaAllah next year kami nak pergi tempat lain pulak. Kena tunggu kumpul duit banyak banyak untuk shopping tanpa rasa berdosa. Hihi. Till meet again Cameron Highlands! Wallahua'alam.


Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

2 Chumel(s) comment γƒ…:

Umiadam said... [Reply Here Bebeh!]

Bestnya jalan2... Sejuk2 on honeymoon best haha

Nurulchumel said... [Reply Here Bebeh!]

@Umiadam

haha..kite honeymoon gi sabah je.. :P

✿ Link for Blogwalking View γƒ…

300 x 250
Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties γƒ… | All Rights Reserved™