Tuesday, November 22, 2016

Home » , , , » Resepi : Vietnamese Spring Roll

Resepi : Vietnamese Spring Roll

Salam.

Dah alang alang rajin ni, meh kita share resepi simple, mudah, senang ni! Kita kan dah janji nak share resepi hari tu kan. Ramai juga response bila kita posted dekat IG. Ala, resepi senang boleh la Nurul ni buat. Cuba kalau susah. Memang nan hado lah. Nak masak pun terkial kial. Kihkih. Oke, meh kita tunjuk bahan bahan nak buat Vietnamese Spring Roll ni. Resepi mudah ni, auntie kita yang ajar. Sedap dan mudah!

First of all. Kena beli kulit Vietnamese Spring Roll ni. Auntie kita beli dekat kedai biasa je. Cari kat supermarket besar memang susah nak dapat. Luckily dekat Merlimau ni ada. Yang penting, ada logo Halal ye.

Daun salad. Korang carik carik macam ni. Jangan carik kecik sangat. Nanti tak sedap.

Bihun. Korang celur sekejap je bihun ni sampai lembut sikit je. Jangan overcooked. Nanti melekat susah nak gulung. 

Sosej. Tak kisah la sosej jenama apa. Korang celur juga lepas tu hiris panjang panjang macam ni.

Udang kecil. Buang kulit dan celur. Korang pun tau kan udang ni cepat masak. Dah nampak merah tu korang angkat dan toskan je.

Isi ketam. Sama juga. Celur. Tapi masa korang celur tu, jangan buang plastik dulu sebab isi ketam ni sangat lembut. Kalau korang buang plastik dia siap siap, dikhuatiri isi ketam tu melekat kat periuk korang. Lepas celur tu korang hiris nipis juga.

Timun Jepun. Nak pakai timun biasa pun boleh tapi kurang cruchy dan nanti dia berair sangat. Hiris panjang panjang juga ye.

Lobak merah. Hiris panjang panjang juga ya. Ni kontot kontot sepupu kita tersalah potong. 

Oke semua barang dah ready. Jom start gulung!

Mula mula sekali ambil kulit Vietnamese Spring Roll, basah kan sikit depan belakang dia dalam air masak macam ni. Celup sekejap je tau. Lama lama kang jadi lembik pulak.

Lepas tu mula kan dengan letak daun salad di atas kulit popia tadi. 

Susun semua bahan bahan lain macam ni. 

Lepas tu kita gulung macam gulung popia biasa tu. Gulung molek molek deh!

Dah siap gulung, susun atas pinggan macam ni. Jangan letak rapat rapat nau, nanti melekat!


Dah siap gulung, boleh la sedia dinikmati. Korang boleh makan cicah sos thai atau mango sos (botol yang bawah ni). Mango sos ni pedas, tapi seriously sedap! Bahan bahan lain tu sebenarnya ikut kreativiti korang. Kalau nak masukkan ayam ke, daging ke, suka hati korang. Tapi Vietanamese Spring Roll ni sebenarnya more to seafood dengan sayuran je. Tapi ikut la suka hati korang. 

Oke, siap! Boleh la korang cuba pula lepas ni. Ada yang nak request resepi? Email kan permintaan korang ke nurul.purplechumel@gmail.com ya. Sayonara! ^^,





Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

4 Chumel(s) comment ヅ:

Nurulchumel said... [Reply Here Bebeh!]

@Saidila Abdul Rahman

mmg sedaaappp sgt kak dila! try la, mane tau anak anak suka!

Nurulchumel said... [Reply Here Bebeh!]

@CikLily Putih

Mmg senang kak lily, sebab tu dak nurul ni buat.. hahaha!!

✿ Link for Blogwalking View ヅ

300 x 250
Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™