✿ Paid-up Advertisement ヅ

Hot Deal Everyday! Super Saver Unlimited!
Visondata pocket WiFi
Visondata pocket WiFi
Logo KBBA

Thursday, June 30, 2016

KR Wedding and Event Planner | One Stop Center for all events

Salam.

Hai semua! Untuk entry kali ini, I nak introduce dekat korang semua satu company yang boleh arrange apa jua events yang korang nak buat. Yang paling mudah and major event, tak lain tak bukan event Wedding and Engagement la. Company ni dah lebih setahun bertapak dalam bidang event planner. Dengan tagline "Jimat Tampak Mewah", company ni memang sangat disenangi customers mereka. Company yang I maksudkan ialah KR Wedding and Event Planner. Mereke bertapak di Bangi, Selangor dan mempunyai sebuah lagi cawangan di Batu Pahat, Johor. So, mereka cover semua area di Selangor/Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Wow! Trust me, mereka memang pakar dalam merealisasikan semua event! Deco diorang, service, semua superb!

Ini antara pakej pakej yang mereka tawarkan untuk korang yang nak melangsungkan hari bahagia. Mereka highlight kepada wedding pakej sebab most of their customers is come from wedding planner.

 Katering & Kanopi  Dekorasi Pelamin & Bilik Pengantin Solekan & Andaman (MUA) Busana Pengantin Kad Kahwin Jurugambar / Juruvideo Henna Art Door Gift DJ Majlis / Kompang / Silat Dan lain lain kelengkapan hari bahagia anda!

Hubungi Cik Aisyah di 0176457094 untuk menempah slot anda!

Lambang kemegahan KR Wedding and Event Planner!














Tentunya sebagai raja dan ratu sehari, korang terlalu penat untuk memikirkan segala persiapan untuk your dreams big day kan? Now, dah tak payah susah susah perah idea dan penatkan badan untuk set up semua kelengkapan wedding korang. Hire wedding planner! Nampak macam mahal nya nak hire wedding planner ni kan? Tapi sebenarnya, bila semua benda korang DIY, bajet korang more expensive daripada korang hire wedding planner. Trust me! I dah lalui zaman jadi "Bride To Be" ni and penatnya nak DIY semua benda. 

Untuk sebarang pertanyaan tentang events planner, korang boleh berhubung terus dengan Ms. Aisyah di talian 017-645 7094. Kalau agak agak taknak call, korang SMS or Whatsapp je. InsyaAllah pertanyaan korang akan segera terjawab. Korang boleh tengok tengok pakej dan gambar gambar events yang mereka dah jayakan di Fanpage Facebook mereka, KR Wedding and Event Planner. Alang alang singgah, LIKE la sekali ye. 

Psst! Dengar cerita, diorang ni rajin buat contest! Hadiah dia gempak gempak pulak tu! Yang latest ni, diorang buat Contest Raya sampai 3rd July 2016 ni. Just LIKE, COMMENT and SHARE je. Sempat lagi nak join ni! Jom serbu page diorang untuk maklumat lanjut!

Selamat menjamu mata! ^,^"
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Wednesday, June 8, 2016

Printcious | Best Gift Ideas Ever

Salam.

Hai korang! Sedar tak sedar, dah masuk hari ketiga kita di bulan Ramadhan kan. Sekejap je masa berlalu. Korang semua ni puasa ke tak? Jangan ponteng tau melainkan ada reason ye! Alhamdulillah, puasa I masih cukup. Bukan senang ye nak cukup kan puasa bila jadi perempuan ni. Insan terpilih je yang boleh puasa penuh. Hihi.

Oke hari ni I nak story sikit pasal Printcious. Pernah dengar tak apa tu Printcious? Actually they all ni on of printing company yang jual macam macam barang yang comel comel, cute mute, yang korang boleh order yang ready made, or korang nak beli yang korang design sendiri. Seriously I kata sangat lawa dan service diorang memang tiptop. Korang bayangkan lah. Baru submit order hari ni, lusa dah sampai. Cepat kan?

Actually I try order pun sebab last month they all ada buat so call giveaway untuk promotion Printcious ni la. I terbaca kat advertisement di Facebook. 

[ SHARE & REDEEM YOUR FREE MUG NOW! ]
...
Step 1: LIKE & SHARE this post
Step 2: Tag 2 friends in the comment section below
Step 3: Customise your mug & tick [FREE MUG] 
Step 4: Receive your mug in 7 working days

Senang kan? So I ni memang pantang tengok benda free free ni. I terus je pegi dekat website Printcious untuk claim FREE MUG tu. Untuk claim benda tu, memang free, tapi untuk postage je korang kena bayar RM 10.00 sahaja. Biasa lah, barang dah bagi free, postage kena la bare sendiri kan. Tapi memang tak mengecewakan.

I pilih yang paling simple. Tapi memang sangat cute.

I order, tapi address tu I letak nama my husband. Dia pun terkejut sangat dapat call dari Skynet. At first baru nak buat surprise, sekali dia pulak tanya I. Dia kata takde order apa apa barang. I kata ambil jela. Yang tak tahannya, dia boleh pulak tunggu I balik kerja baru nak buka packaging tu. Haha!

By the way, I memang sangat suggest korang beli dekat Printcious ni kalau agak agak ada yang nak buat surprise untuk birthday ke, anniversary ke, or saja saja nak bagi, or nak bagi rewards kat diri sendiri pun boleh. Diorang bukan jual mug je tau. Ada T-Shirts, Mugs, Cushions, Phone Cases, Ceramic Tiles, Puzzles, Mouse Pads, Mini Tees, Rompers dan bermacam macam lagi lah. Harga dia pun sangat berbaloi. Korang masukkan je USE CODE yang diorang akan bagi, then korang boleh enjoy discount! Kadang kadang sampai 58% off tau takk! Tapi ikut promo lah. Kalau time takde promo tu jangan la lowat kata I tipu pulak kan. Hihi.

Oke. Selamat bershopping dan selamat berpuasa korang! ^_^

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Monday, June 6, 2016

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Melaka dan Johor (Zon 4) 2016

Salam.

Since hari ni adalah hari pertama untuk seluruh umat Islam berpuasa, I dengan sukarela nya nak share Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi negeri Melaka dan Johor (Zon 4) untuk tahun 2016. Zon 4 (Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat dan Gemas Johor). Untuk kawasan lain, minta maaf banyak banyak ye. Iolls stay kat dua tempat ni je. Hihi. 



*Semoga bermanfaat. Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam seluruh dunia! :)

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Kaylarafy Wedding

Salam.

Entry ni sepatutnya I post semalam or kelmarin which is on the exact date of the wedding itself. However, because of kerja menimbun dan sangat busy dengan segala persiapan majlis, entry ini terpaksa ditunda proses menaip nya. Eh, ini kira oke tau I update awal juga. Kalau nak dibandingkan dengan majlis I sendiri dulu? Berbulan bulan baru nak update. HAHA!

On 3rd June 2016 yang lepas, adik I yang kedua which is anak ketiga in my family dah selamat jadi isteri. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz. Majlis akad nikah berlangsung selepas waktu Isyak dan dihadiri oleh kaum keluarga kedua dua belah pihak dan orang kampung terdekat sahaja.

Ni gambar kami 6 beradik bersama dengan ipar baru kami.

Family baru kami.

Semoga pertalian keluarga ini bertambah erat dan makin berseri dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga kami. Selamat pengantin baru untuk adik, Nurul 'Aqila Binti Mohd Siri and suami nya Amiruz Syahmi Rafi Bin Suhaimee. Semoga rumah tangga yang baru dibina kekal bahagia hingga ke Jannah. Amin. :)

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

✿ Link for Blogwalking View ヅ

Visondata pocket WiFi
Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™