✿ Paid-up Advertisement ヅ

Hot Deal Everyday! Super Saver Unlimited!
Visondata pocket WiFi
Visondata pocket WiFi
Logo KBBA

Friday, July 22, 2016

Raya 2016 | Open house rumah Edwina

Salam.

Belum habis lagi ye cerita raya. Al maklumlah, raya kan sebulan. Kuikuikui. Cerita ni masa raya ke empat. Tapi I drag kan sampai hari ni baru nak buka cerita. HAHA! 

Actually, Edwina dah invite I sebelum raya lagi. Awal awal dah invite. Dah lama tak jumpa kata kan. Banyak benda nak gossip kan. Haha!


The invitation. Banyak hahahaha je. *actually disebalik haha tu I dah delete sebab sensored! kihkih!*


Actually planning pegi open house rumah Edwina ni memang dah cakap dengan husband pun. Tapi kitorang macam jadi tak jadi je. Sebab malam sebelum tu kan final EURO yang Portugal vs France tu. Pastu Portugal menang pastu Christiano Ronaldo yang kacak tu yang menang. Eh? Terselit gambar si kacak lah!

Eh! Tertampal gambar si kacak!

Aduhhh. Dah menyimpang sangat ni dari hala tuju sebenar. Oke, disebabkan final EURO tu, husband tak tido malam, dia pun mengantuk la di siang hari. Cida text I yang dia jadi pegi. So, I paksa husband bangun. Kitorang gerak dalam pukul 11 pagi dari rumah. I drive okeh. Tapi sampai Nilai je. Husband dah volunteer nak drive. Tunggu Cida dekat Tol Sungai Besi then kitorang gerak sama sama. Cida follow belakang jek. Kitorang sampai memang waktu kemuncak. Perut memang tengah lapar. 

Ada banyak sangat foods yang they serve. First of all, I grap sushi and sashimi dulu lah! Dah lama mengidam katanya. Pastu husband amek rojak, popiah basah, satay, kambing bakar, ehhh macam macam ada lah!

Ada baaaaaanyakk makanan yang they serve! Tapi I pilih untuk snap yang ni. Sebab eskem Sangkaya memang sedapppp!

Wefie dulu.

Husband tengah fikir nak makan ape lagi. Hihi.

Wajib la selfie dengan tuan rumah. 

Wefie beramai ramai itu harus!

YTC team!

Dengan Jaja.

Lepas dah makan makan, gossip gossip, dah puas hati semua, kami pun beransur pulang. Terus direct balik Melaka jek. Sebab esoknya nak pegi sambung beraya kat Batu Pahat pulak. Btw, memang sangat fun. Lagi lagi dah lama gila tak jumpa kan? Semua terkejut tengok badan I dah mendebab. Takpela. Bukan selalu. Lepas ni I diet k? Promiseeee! Hihi! ^^,

Sayonara! :)

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Tuesday, July 19, 2016

Contest Doodle family raya by merahitujambu

Salam.

Klik Banner untuk join!

Hai korang! Dah lama rasa nya I tak join contest kan? Rasa gatal pulak tangan ni nak join contest. Contest kali ni mudah je. Dianjurkan oleh blog Merah Itu Jambu. I follow blog dia ni since dia belum kahwin lagi. Sekarang ni dia dah ada anak sorang dan nak masuk dua orang dah. Blog dia comel. Sebab tu I suka tengok. Dia punya doodle memang sangat comel dan kreatif. 


Syarat-Syarat Contest
  • Letak tajuk Contest Doodle family raya by merahitujambu
  • Letak gambar Raya anda Maximum 3 orang ahli sahaja
  • contoh 3 orang ahli merahitujambu :- mama,baba dan husnaa
  • 1 gambar yang menarik akan di pilih dan di doodlekan oleh merahitujambu
  • letakkan link anda di komen ini.
  • contest tamat bila tamatnya Raya 2016

Mudah sahaja syarat syarat nya. Tampalkan gambar raya korang yang cun melecun tu kat entry. Maximum 3 orang ahli family. Ini gambar raya I. Hihi. Suwit tak? :P


Gambar ni je yang I rasa perfect. Harap harap boleh menang!

Korang yang lain, jom la join ramai ramai! Tak nak ke doodle comel? Kalau I, memang nak la kan! Sebab I suka benda comel comel ni. :)
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Friday, July 15, 2016

Throwback | Kisah perkenalan aku dan dia - Merisik

Salam.

Boleh tak tiba tiba rasa macam nak buat entry throwback? Haha! Actually tadi kemas kemas sikit blog ni. Buang and tambah apa yang patut. Tiba tiba rasa macam sikit nya entry cerita pasal relationship I dengan husband. Boleh tak tetiba baru sedar. HAHA! 

Memang since I dah putus cinta, putus tunang dengan yang lepas lepas kan, I rasa macam dah give up. Nak story pasal cintan cintun ni dah takde mood. Lagipun I dengan husband pun mana ada bercinta sangat sebelum kahwin dulu. Perkenalan kami sangat simple. Ringkas tapi bermakna.

Oke, I cerita sikit ye. Sikittttt jek. Hihi.

Masa bulan September 2014, sejarah hitam dalam hidup I telah terjadi. Actually malas nak bring up balik kisah tu. Tapi saja nak taip mana la tahu esok lusa I hilang ingatan. Huhu. Masa tu I rasa hidup I dah tak bermakna lagi. Mana tak nya, kau dah sacrifice macam macam, boleh pulak mamat tu pergi kahwin dengan orang lain? Janda pulak tu. Mana pergi maruah I sebagai seorang anak dara time tu? Malu woi. Semua orang dah tau kau nak kahwin, pastu tiba tiba tak jadi. Time tu I banyak mendiamkan diri. Sakit nya hanya Allah je yang tahu. 

Setiap hari I tidur lambat. Kadang kadang pukul 2-3 pagi baru boleh lelap. Itu pun lepas nangis nangis. Sembab sembab mata pergi kerja. Memang sangat mencabar. Bila ramai dah tau yang I dah single, ramai pulak yang tegur tegur kat FB. Terlalu ramai. Budak budak lelaki yang dah memang friends pun contact balik. Ex ex lama yang dulu dah menghilang semua muncul. Tapi I malas nak layan.

Sampai satu malam tu, ada la seorang mamat ni tegur I dekat FB. Dia PM. Selalu nya I tak layan orang yang PM dekat FB ni. Entah kenapa agaknya Allah gerakkan hati aku untuk reply mesej tu.

Nampak tak siapa ngorat siapa? Hihi.

Tarikh tu I ingat sampai sekarang. 9th October 2014, pukul 01.23 pagi. Cantik kan aturan Allah? Sejak dari tu kitorang kenal kenal. Kawan macam biasa dalam 2 bulan lebih macam tu je. Lepas tu dia kata family dia nak datang rumah jumpa family I. Sepatutnya family dia nak datang rumah 1st January 2015. Tapi since adik I bertunang time tu, diorang taknak ganggu majlis. Diorang tunda 3rd January 2015 (Sabtu).

Maka tersarunglah cincin merisik. :)


Dah sarung cincin kena salam cium tangan bakal mak mertua.

Dengan bakal mak mertua. Tapi sekarang dah jadi mak mertua terbaikkkk!

Dengan bakal abah mertua. Dia abah mertua terbaikkkk jugak!

Perbincangan lelaki.

Wakil perempuan.

Bila tengok gambar lama lama ni, terkenang pulak macam mana I went thru all that difficulties masa dalam tempoh lepas merisik sampai ke majlis pernikahan tu. Cantik aturan Allah.

♥ First Sight : 9th October 2014
♥ Merisik : 3rd January 2015
♥ Bertunang : 31st January 2015
♥ Nikah : 25th September 2015
♥ Majlis Sanding : 26th September 2015
♥ Majlis Bertandang : 3rd October 2015

Cepat masa berlalu. Harap nya perkahwinan ini kekal bahagia sampai ke Syurga Allah. InsyaAllah. 💋
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Hari Raya Aidilfitri 2016 (Rumah My Family)

Salam.

#Perhatian! Entri kali ni memang sangat banyak gambar. Jangan sampai muntah ye tengok gambar hari raya iolls! Enjoy!

Oke. Meh kita sambung cerita raya. Pagi pagi raya kedua tu, I bangun awal sebab nak gerak terus balik kampung my family. Punya la excited, malam tadi dah packing baju semua. So lepas subuh terus siap siap pakai baju raya "Royal Blue" sebab kitorang dah janji pakai baju warna sedondon untuk raya kedua. Nak pergi beraya kan. Pukul 7.20 pagi kitorang gerak balik Batu Pahat.

Tengok muka terlajak excited tu. Abaikan lah my happy tummy tu yek. 

Bila sampai je rumah family tercinta, sessi bersalam salaman, bermaaf maafan pun terus dilangsungkan sebab kami kan dah lambat. Raya kedua baru balik. Orang lain dan maaf maafan raya pertama. Hee. Lepas tu, apa lagi. Amek gambar secara infinity. Al maklumlah, dah tak pakai kodak. Selagi battery tu ada, gambar selfie ke, gambar wefie ke, gambar posing syok sendiri ke semua kitorang amek. Layannn!

Husband dengan my uncle, Cik Apa.

Dengan dua orang adik yang terjal.

Girls. Sorang dah kahwin. Sorang lagi belum. 

Gambar depan rumah bersama jejaka jejaka ganteng!

Husband dengan mama!

Mama dan Ayah! :)

Gambar ni kasi besauuu sikett. Hubby and Wifey.

Gambar family yang paling aku tak boleh move on!

Lepas dah bergambar semua bagai, kami gerak ke Kluang. Rumah moyang yang paling tua. Tapi malangnya, takde orang kat rumah. Kami hanya mampu wefie depan rumah beliau. Kira proof yang kitorang dah sampai rumah beliau. HAHA!

Tak dapat wefie dalam rumah, depan rumah pun layannn!

Lepas Kluang, kitorang move ke Ayer Hitam. Beraya rumah nenek saudara. Memang syok berkumpul beraya konvoi ni. Memang sangat meriah.

Tak semua ada dalam gambar ni. Ada yang dekat dapur tengah mencekik. Haha.

Gambar berdua itu lebih baik.

Mama dengan Nenek Saudara.

Yang ni kat luar rumah. Yang ni pun tak semua ada. Sebab ada yang kat dalam rumah tengah salam salam.

Lepas Ayer Hitam, kami terus ke Parit Rejo Sari, Parit Raja. Seterusnya ke Senggarang. Memang setiap kali konvoi kitorang akan singgah rumah rumah ni. 
Saje jek selfie. Sekali termasuk pulak gambar husband kite! :P

Memang dalam kamera I tu banyak muka mamat ni selfie syok sendiri. Pastu I delete. Yang simpan 1 buat kenangan. HAHA!

Mamat ni pun lebih kurang macam perangai abang dia. 

Wefie depan setiap rumah yang di kunjungi adalah wajib. 

Setiap rumah yang kitorang ziarah, mesti disudahi dengan Selawat Nabi. Baru lah berkat hari raya kami!

Dah besau besau adik adik sedara aku. HAHA!

Gambar ni sepatutnya kena reject. Tapi adik I sayang. Suruh upload gak. Grr.

Mama dengan tuan rumah.

Yang ni wefie lain pulak. Setiap satu rumah wefie yang berbeza beza.

Yang ni rumah yang sama. Cuma ada pertambahan budak budak yang depan tu.

Ni dekat rumah Pak Uda. Yang lain lain dah balik. Kitorang sambung beraya kat rumah saudara belah ayah pulak.

Rumah Pak Uda.

Yang ni rumah arwah mak tok kami. Sekarang Mak Ngah yang stay sini.

Yang ni dekat je dengan rumah arwah maktok tadi. Ni rumah nenek saudara.

Belanja la sket gambar tukang pegang kamera. Kalau korang perasan, semua gambar wefie kan dia yang pegang monopod. Sebab tangan dia panjang. HAHA!


Masa dekat rumah arwah Mak Tok, sempat la kitorang amek gambar kenang kenangan. Memang terbaik gambar tu. Tapi gelap sikit. Tapi memang happening lah. Raya kali ni extra-ordinary sebab Mama dengan Ayah dapat dua orang menantu baru dan kami sekeluarga terima dengan hati terbuka orang orang baru dalam keluarga kami. Semoga tahun tahun akan datang, kitorang dapat beraya happening macam tahun ni lagi. Memang penat, tapi sangat meriah.

Sekian kisah hari raya I untuk tahun ini. Kalau nak cerita yang lain lain tu, banyak sebenarnya. Tapi larat dengan tidak jela tangan I ni nak menaip. Sampai sini dulu deh. Ada masa kang I story mory lagik. 

Wallahua'alam. :)

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

✿ Link for Blogwalking View ヅ

Visondata pocket WiFi
Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™