✿ Paid-up Advertisement γƒ…

Hot Deal Everyday! Super Saver Unlimited!
Logo KBBA Visondata pocket WiFi
Logo KBBA

Thursday, September 29, 2016

Makan malam di Floyds Kitchen

Salam.
Walaupun dah empat hari anniversary kami berlalu, mood celebrate anniversary tu tetap ada. Haha. 1st anniversary memang feeling dia macam ni ek? Ke kita sorang yang rasa super excited macam ni? Orang lain maybe perasaan excited tu datang on the date itself. But for me, actually hari hari kena raikan cinta tu. Takde la orang kata, baru kahwin memang semuanya manis. Dah lama, semua pahit keluar. Mintak simpang hokeh! Hari hari kita doa supaya rumah tangga kita kekal sampai akhir hayat.
Selasa lepas, husband ajak keluar dinner. Yela, on the date kitorang takde celebrate apa apa pun. So, kebetulan malam tu kita ada delivery spring rolls. So lepas settle deliver terus je pergi Bandar Melaka. Husband tanya kita teringin nak makan apa. Kita kata kita tak terasa nak makan apa pun. Tapi kalau time kita teringin sangat nak makan tu, memang kena bawak gak kita makan. Nanti asyik teringat je. Haha. Husband tanya lagi, nak makan pizza ke nak makan western? Kita kata tak nak pizza. Sebab tak teringin nak makan pizza. Western ok. πŸ‘Œ
Husband pun terus bawak kita pergi area depan Aeon Melaka. Dia kata banyak kafe kafe baru buka and tengah viral sekarang ni area sini. Salah satu nya Billionaire Concept. Cuisine. Tapi restoran ni kita dah pernah pergi. So nak juga pergi restoran lain. Pusing punya pusing, terjumpa satu kafe hipster ni. Nama restoran tu, Floyds Kitchen. Tengok dalam facebook, memang ramai yang bagi good feedback. So why not kita try kan? Terus park kereta, and masuk.
Simple. Cozy. Hipster. πŸ˜
Environment cafe ni sangat mendamaikan. Tenang je. Tak clumsy. Tempat duduk pun selesa. Waitress datang cepat. Kami minta dia bagi suggestion, makanan apa yang sedap kat sini. Dia recommend "Cheezy Nachos" for appertizer. Lepas tu dia tunjuk dekat menu mana makanan yang pedas, yang tak berapa pedas, air apa yang best, yang mana ada karbonat, mana smoothies dan semua la info yang kita tanya. 
So kami decided to order "Cheezy Nachos", "All-you-can-eat", Soda Herbs for me and Fresh Apple for husband. Mari kita tunggu makanan dan minuman kita. πŸ˜‹


Best kan kawasan cafe ni? Time ni atas meja kosong lagi. Hihi.

Dia memang tau. Kita suruh dia amek gambar air ni. Sekali dia snap gambar kita sekali dengan air. Cis! πŸ˜’

Cheezy Nachos yang paling sedap dan power! πŸ’ͺ

Nyummmyyy! πŸ˜‹

Amboihh, dia snap step by step tau. Tapi seriously sedap. πŸ˜Š

All-you-can-eat

Portion dia sangat besar dan memang boleh makan untuk 2 pax. 

Soda herbs ni memang refreshing! Makanan belum habis, air dah separuh. πŸ˜†

For the conclusions, dinner kami was very wonderful. Harga pun average je, mampu milik. Tak la cekik darah nau. Kalau nak makan malam romantik, boleh la datang sini. Nak buat birthday party pun memang sesuai sebab space dia luas compare to another hipster cafe. Orang melaka, apa lagi? Jom datang sini! Alamat dia ada kat bawah ni. 

Floyds Kitchen
πŸ“« No. 5, Jalan Lagenda 3,
Taman 1-Lagenda,
75400, Melaka
πŸ“ž +6013-927 8600
⏰ Open Daily 12:30 PM - 11:30 PM
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Wednesday, September 28, 2016

Happy 1st Wedding Anniversary Nurul Ferdaus!

Salam.

25 September 2015 - 25 September 2016
(1 Year)

Alhamdulillah. Genap setahun usia perkahwinan kita dengan husband. Tak sangka. Rasa macam baru je kahwin semalam. Eceh. Menipu nau. Tapi memang cepat kan masa berlalu. Rezeki Allah kita tak boleh jangka. Alhamdulillah, kita bersyukur sangat sebab dapat suami yang baik. Mungkin dengan orang lain dia nampak tegas, garang, sebab muka dia serius manjang. Badan dia plak comel. Sebab tu orang takut dengan dia kot. Haha. Tapi Alhamdulillah, dengan kita, dia memang baik. Adat lah kan asam garam rumah tangga ni. Gaduh gaduh, kadang kadang terselisih pendapat, kadang kadang kita touching dengan dia. Tapi semua tu buat rumah tangga kami lebih bermakna. Sama sama belajar kan.

Dia wish dulu. Yezza! :P

Lepas tu baru kita wish. Hewhew! :P
Thank you Suami ku Encik Technician! :)

Tak celebrate ke anniversary yang pertama ni?
To be continue. :)
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Event | Sales Secrets by Impact Training Asia at Hilton Kuala Lumpur

Salam.

Pengenalan

Impact Training Asia diwujudkan dan dicipta untuk mendidik, memberi inspirasi, dan ditubuhkan untuk bakal usahawan dan usahawan yang telah lama dalam bidang jualan. Mereka mendedahkan ilmu pengetahuan, motivasi dan peluang yang baru. Impact Training Asia adalah dikuasakan oleh Appco Group Asia.

Appco Group Asia membantu pelanggan meningkatkan jualan, meningkatkan bahagian pasaran, berhubung dengan pelanggan mereka dan memberi jenama mereka disamping memberi peluang yang berterusan untuk orang ramai menjalankan kerjaya dan perniagaan sendiri. Appco merentas tujuh negara di Asia, memberi perkhidmatan kepada lebih 30 pelanggan mewah utama diseluruh 8 industri, kontrak rangkaian 60 syarikat pemasaran, dan 2500 duta jenama yang bekerja sendiri.

Setiap bulan, Appco memang akan train lebih daripada 600,000 orang diseluruh rantau ini, mewakili jenama utama seperti Uber, Domino Pizza, ANZ, Singtel, StarHub dan banyak lagi syarikat syarikat besar dia rantau Asia.

Ini adalah pengalaman pertama kita join event under KBBA9. Selama ni dok dengar dengar orang pegi event sana sini. Finally dapat juga join. First time join event under "Media". Rasa macam wah, terharu nya!

Seriously tak menyesal datang event ni walaupun gerak dari Melaka lepas Subuh. Hihi. Yang buat kita tertarik sangat nak join event ni, sebab perkataan "Sales" tu. Since kita pun dah jadik business women, *Eceh, poyo nye.* so kita rasa kita kena pergi. Event ni bagi kita pendedahan dunia perniagaan dengan lebih luas. Speakers diorang pun bukan calang calang orang. Diorang bagi speech, tapi diorang still run the business. Kagum gila!

Event start pukul 9 pagi. Tapi pukul 8.30 pagi kita dah terpacak dekat foyer meeting room. Nasib la ada sorang lagi blogger, Ummi yang join untuk morning session. Since ada two session, ramai blogger lain pergi afternoon session. 

Tools. Nak masuk bilik meeting tu kena pakai tag ye. Tak pakai takleh masuk.

Tag peserta seminar

Best kan meeting hall Hilton Hotel ni? Selesa.

Setiap tempat duduk dibekalkan tools. Agenda, note books dan pen.

See. Gigih kan kami? Duduk depan lagi. Senang sikit nak catch up.

MC of the day : Ms. Helen Teh.

2nd Speaker : Mr. Vishnu Annapareddy

3rd Speaker : Mr. Terrence Tey

4th Speaker : Mr. Wong Chee Wai

Q&A session. Macam macam yang diorang share. Best!


Ramai kan? Sebab program ni best! Speaker pun best!

1st Speaker : Dato' James Iskandar Ja'afar Greaves.

2nd Speaker : Mr. Vishnu Annapareddy

3rd Speaker : Mr. Terrence Tey

So far, event ni memang sangat menarik dan fun. Memang sepanjang talk tu tak mengantuk sebab ada selingan lawak lawak untuk tak bagi kita boring. Even semua talk in English, confirm kita boleh faham. Sebab they all just us simple and basic english. Boleh la kita upgrade english kita kan?

Oke, Impact Training Asia memang selalu buat event. So, kalau korang berminat, boleh check next event as per below;


Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Thursday, September 22, 2016

Usahawan Kecil | Impian atau Mimpi?

Salam.
Busy betul kita lately ni. Bukan tak nak update, bukan takde idea nak update, tapi kekangan waktu menghadkan kita nak menaip. Mujur juga belum dapat rezeki anak. Tula, percaturan Allah tu cantik kan?

Tengok tajuk entri. Menggambarkan diri kita sekarang. Kita ni kan, dari dulu memang minat sangat berniaga. Masa sekolah dulu, cita-cita kita nak jadi "lecturer". Tapi hajat kita tak kesampaian. Dapat further study setakat Diploma je. Dulu dulu zaman mak mak kita, Diploma tu dah kira tinggi dah. Boleh sangat nak jadi lecturer. Tapi zaman sekarang ni, bersepah graduan graduan yang mempunyai status Diploma yang still tak berkerjaya. 

Masa study dulu, kita amek course Diploma in Hotel and Catering Management. Bila orang pandang, terasa rendah nya diri ini. Ramai yang kata alahai, course senang. Tapi kalau lah diorang duduk dekat tempat kami student "Hot-Cat" ni, baru diorang tau betapa gigih nya kami study dengan nak catch up theory, nak master kan skills lagi. Pheww. Kenangan.

So lepas habis study, kita pun terus dapat offer kerja dengan company tempat kita buat Latihan Industri (Practical). Rasa nya kalau siapa yang follow blog kita dari dulu, mesti dah tau macam macam hal yang jadi masa kita kerja kat hotel dulu. Banyak kenangan. Pahit dan manis. Yang pahit tu biarlah kita simpan sendiri, yang manis tu kita kenang. Macam macam kenangan. Yang paling best, masa kita kerja dengan YTL Hotels, kita dapat offer kerja dekat Hokkaido, Japan for 4 months. Korang boleh baca entri entri terdahulu kat sini.
Once kita dah berkahwin, kita still kerja hotel lagi. Tapi memandangkan kita ni selalu je sakit, dan ramai pulak orang bercakap belakang pasal kita, since kita dah naik pangkat jadi Supervisor kat situ. So kita decided untuk resign. Bukan tak sayang dengan job tu. Lebih 6 tahun kita bertahan jadi Hotelier. Masa dengan family sangat sangat limited. Raya selalu kita balik. Kalau balik pun raya ke-empat, ke-enam. So ramai sangat saudara yang kita tak jumpa. Itu pasal raya. Kalau wedding member member, selalu tak boleh attend. Sebab Weekends memang payah sangat nak dapat cuti. Bayang kan lah macam mana kita tahan tohmahan, kena maki dengan guest, sebab kita front liner. Bukan back of the house.  

So once dah resign, kita terus tanam tekad nak berniaga. Masa kita kerja hotel dulu pun ada jugak la buat side income. Macam macam produk kita jual. MLM pun banyak. Dengan Elken kita lama sikit, dan modal yang kita labur kat Elken memang banyak. Benefit memang ada. Tapi untuk jadi kaya, susah sikit. Sebab kita buat sambil bekerja. Selain tu, kita ada juga buat Dropshipper. But, still tak jalan. Keuntungan tak banyak. Yelah, kan produk orang. They all ada rules yang kita nak kena ikut. 

29th August 2016.
Bermula lah kisah kita sebagai usahawan kecil. Kita buat bisnes jual kuih. Mula mula kita ingat nak buat kuih then hantar je dekat gerai gerai or warung tepi jalan. Tapi bertahan 3 hari je. Sebab modal banyak, tapi keuntungan sikit. Kuih banyak tak habis. So kita decide nak buat frozen food. Actually sebelum tu memang ada juga orang tempah, tapi time tu belum serius lagi. Adik kita cakap, kita buat Spring Roll sedap. So, dia tempah untuk majlis merisik dia. Kita try advertise dekat FB. Alhamdulillah. Ramai orang yang beli. Dulu kita jual 2 flavors je. Sekarang, kita dah launched 1 lagi flavor baru. Permintaan memang banyak. Adik beradik memang banyak tolong. Diorang share kat FB diorang, diorang tolong ambil kan gambar. Diorang tolong promote kat kawan kawan kolej. Keep supporting me whenever kita rasa down. 

Pening nak kira. Hihi.

Dulu, kita rasa macam mustahil la. Betul ke kita boleh berniaga. Now bila kita dah cuba, kita rasa kita dah boleh hadapi 'fear' tu. Segala nya mungkin. Tak ada benda yang mustahil dalam dunia ni. Sebab rezeki tu Allah yang tentukan. Banyak hikmah sebenarnya. Dulu, masa kita kerja hotel kan, solat kita selalu rongak. Alhamdulillah, sekarang bila dah berniaga ni, kan buat dari rumah je. Solat pun terjaga. InsyaAllah, bila solat terjaga, pintu rezeki untuk kita sentiasa terbuka luas.

So, korang rasa kan..
Kita ber-impian or sekadar ber-mimpi?
Renung renungkan. :)
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Sunday, September 18, 2016

NF Spring Roll | Rasa sekali, confirm ketagih!

Salam.

# Start from this entry onwards, kata ganti diri "I" bertukar ke "Kita". Harap maklum. :)

Hai korang! Lama tak update since kita ada buat new business. Ala, bisnes kecik kecik jela. Tapi Alhamdulillah, mendapat sambutan yang menggalakkan. Hari Raya Haji yang lepas, memang tak menang tangan menggulung spring roll. Dah siap gulung semua, frozen kan. Lepas tu kita ada buat delivery service. Tapi kita limit kan untuk kawasan Melaka dan Utara Johor je. Sebab baru nak start kan. Takkan nak terus terus hantar jauh kan. 

Setakat ni, kita baru ada 3 flavor best yang korang wajib cuba. Tak cuba memang rugi. 

Meat Vege Spring Roll (RM 5.00 per pack)

Crab Cheese Spring Roll (RM 7.50 per pack)

Cheezy Fillet Spring Roll (RM 7.50 per pack) -NEW !!!

Semua spring rolls ni homemade tau. Dan di-frozen kan oleh kita sendiri. Biasa la, nak start bisnes ni kena dari bawah kan? 

So far, Alhamdulillah. Ramai yang bagi positive feedback. Sebab each and every customers yang kita deliver tu, kita mesti minta feedback. Ye la, kita kan baru mula berniaga. Mana tau ada mana mana yang terkurang, kita boleh adjust kasi perfect. Kan?

So, untuk warga Melaka especially dan Johor Utara, siapa nak order boleh la place your order. Minimum order 3 packs with FREE COD untuk sekitar kawasan Melaka (Bandar Melaka, Merlimau, Jasin, Ayer Keroh, Bukit Katil, Duyong, Ayer Molek dan Cheng). Bagi kawasan lain (Alor Gajah, Masjid Tanah, Sungai Udang, Muar, Batu Pahat) minimum order 6 packs with RM 5.00 delivery charges.

Ada pertanyaan? 
Sila Whatsapp ke 019-686 5048 untuk orders and inquiries.
Peluang perniagaan juga terbuka kepada sesiapa yang berminat. 
😊

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

✿ Link for Blogwalking View γƒ…

Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2017 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties γƒ… | All Rights Reserved™