✿ Paid-up Advertisement γƒ…

Hot Deal Everyday! Super Saver Unlimited!
Visondata pocket WiFi
Visondata pocket WiFi
Logo KBBA

Thursday, December 22, 2016

New Job. New Environment.

Salam.

Hai korang! Ada ke yang rindu posting kita? Haha. Perasan je kan. Sorry sangat sangat guys. Lama tak update blog sebab kena settle semua benda kat tempat baru. Kan pada last posting kita ada tulis kita dah pergi interview kan? Alhamdulillah kita dapat job tu dengan jaya nya.

First time berjauhan dengan hasben setelah setahun berkahwin adalah satu perkara yang amat lah tidak mudah. Hasben kita still kerja dekat Melaka. Only me kerja dekat Kota Damansara ni. Tapi takpe la. Kita stay dekat sini dengan Kak Ngah. So takde la awkward sangat kena sorang sorang kat sini. 

Alhamdulillah, dah 2 minggu lebih kita kerja kat sini dan everything went very smooth. I love this kind of job. Mesti korang nak tau apa job yang kita dapat tu kan? Hihi. 

Ni offer letter kita.

Nampak macam, alahai.. biasa je job yang kau dapat ni Nurul. Tak yah la over. Tapi takpe la. I am proud of what I am doing right now. Kita handle on online site. Every single thing yang berkaitan dengan marketing online, memang bagi je kat kita. Kan kita cakap, memang job ni paling match dengan minat kita. Sebenarnya kerja kita sama je masa kita stay kat rumah dulu. 24/7 in front of laptop dan memerlukan internet sepanjang masa. But now office hour. Saturday Sunday cuti. Public holiday cuti. Ini yang kita suka. Finally. Hihi.

Me in the office.

Doakan kita dapat bertahan lama kerja dengan company ni ya. Buat masa ni, takde apa apa yang pressure pun. Just kena meet deadline tu biasa la. Yang best nya company ni, boss kami encourage kitorang do side income business but jangan abaikan kerja hakiki kitorang. 

Wish me luck ye korang! πŸ˜‰


Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Monday, December 5, 2016

Makan malam di Nasi Kukus Sotong Besar

Salam.

Idea nak makan malam di sini dah lama dah sebenarnya. Since selalu tengok good feedback from their customers. Sabtu lepas, kita dengan hasben datang ke Kota Damansara. Tujuan utama actually sebab kita ada interview. Alhamdulillah, kita dapat kerja tu. Pasal kerja ni nanti kita story kat entry lain ye. So bila dah settle interview tu, adik kita (Kak Ngah) ajak jalan jalan. So kitorang pun plan pergi makan kat Nasi Kukus Sotong Besar cawangan baru mereka di Shah Alam.


Ni muka tengah lapar ni. Hihi.

Sampai sini dalam pukul 6.30 petang. So memang ngam ngam waktu dinner la kan. Kami memang dinner awal. Sebab kalau makan lambat lambat kang nanti nak tidur. Tak sesuai untuk orang bam bam macam kami. Hihi. 

Sampai je kami terus ambil seat dan order. Nak order kena pegi kaunter ye. Order la apa yang korang nak, lepas tu bayar terus. Diorang tak ambil order kat table. Service diorang, memang tiptop. Cepat dan efisyen. Kita bagi 5 bintang kat sini. Baru je order, tak sampai 5 minit dah sampai dah apa yang kitorang order.


Kita order set Nasi Kerabu Kambing Bakar. (RM 14.50/set)

Dan Jus Kedondong Asam Boi Ais (RM 3.50)




Rasa nasi kerabu dia memang power ditambah dengan budu dan sambal belacan yang super pedas tapi sedap! Kambing bakar dia sangat lembut, juicy. Kuah kambing bakar ni memang tak rasa black pepper semata. Ramuan rahsia dia yang buat kan kita teringat ingat sampai sekarang. Hasben kita pun belum boleh move on lagi dengan kambing bakar ni. Makan dengan nasi kerabu tadi memang sangat perfect combination! 

Jus kedondong asam boi ais dia memang padu. Sangat refreshing dan memang match sangat bila kita makan kambing bakar tu kan. Jus dia power. Kata nya diorang blend 6 biji kedondong untuk hasilkan segelas jus kedondong asam boi tu. Memang sedap tak tipu!

Hasben kita order Char Kuey Teow Campur (RM 8.00)



Char Kuey Teow Campur dia pun sedap. Tengok udang dia letak sampai 3 ekor. Rasa kuah dia sangat sedap. Memang tak mengecewakan. Portion dia pun boleh tahan besar. Memang kenyang makan sepinggan. Berbaloi dengan harga kan?


Set Nasi Kukus Sotong Besar (RM 13.50/set)

Dah sampai kat restoran ni, memang tak sah la kalau tak try signature menu diorang kan. Nasi Kukus Sotong Besar ni Kausar yang order. Nasi dia memang sedap. Dihidangkan panas panas dengan kuah gulai dan sambal belacan. Sotong besar dia memang sedap. Crispy diluar, lembut di dalam. Portion dia sangat besar. Memang kena makan 3-4 orang baru habis. Sedap dan sangat puas hati.

Char Kuey Teow Special (RM 9.00)

Beza Char Kuey Teow Campur dengan Char Kuey Teow Special ni just ada telur mata je kat atas dia. Rasa dia tetap sedap dan memang tak muak. 


Kak Ngah order Bihun Celup (RM 5.00)

Rasa bihun celup ni memang sedap. Sup dia sangat berasa. Rempah rempah yang digunakan memang fresh dan menyelerakan. Dihidangkan panas panas bersama kuah sambal kicap awesome tu memang korang makan tak pandang kiri kanan dah. 

Harga yang dikenakan memang sangat berbaloi dengan portion dan rasa yang super sedap.

Licin sudah kami kerjakan. Hihi.

For the conclusion, kita sangat berpuas hati makan di Restoran Nasi Kukus Sotong Besar ni. Location dia senang sangat nak cari. Tepi jalan je corner lot. Environment kedai yang convenience, service tiptop, makanan sedap. Semua A++ la! Harga pulak sangat berpatutan dengan portion. Senang cerita, tak payah tunggu gaji hujung bulan pun boleh datang sini la. Pada korang yang belum try makan kat sini, korang try la datang makan. Memang tak mengecewakan!

πŸ™ Nasi Kukus Sotong Besar 
πŸ“¬ No. 1, Jalan Kemuning Prima B33/B,
Kemuning Utama,
Shah Alam, Selangor.
πŸ“ž 03 - 5525 8062
πŸ‘ https://www.facebook.com/pages/Nasi-Kukus-Sotong-Besar/349319225412040





Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

✿ Link for Blogwalking View γƒ…

Visondata pocket WiFi
Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties γƒ… | All Rights Reserved™