✿ Paid-up Advertisement ヅ

Hot Deal Everyday! Super Saver Unlimited!
Logo KBBA Visondata pocket WiFi
Logo KBBA

Friday, March 31, 2017

Planet Jahit | Pengalaman Baru

Salam.

Hai korang! Lama betul tak update blog kesayangan ni. Almaklumlah, dah kerja. Kerja kita sekarang ni jauh berbeza dengan kerja dulu, kehidupan hotelier yang membosankan dan kena tahan makian dari customers. Kadang kadang, kena maki for nothing pun tunduk je. Sabar je. Yelah, kita kerja makan gaji dengan company bangsa lain. Bukan kita nak cakap semua bangsa lain tu tak bagus, but itu la yang kita faced before this.

Takpe. Kita lupakan jela. Nak cakap apa pun, 6 tahun lebih juga kita cari rezeki kat situ. Banyak sangat experience yang kita dapat. Dapat kenal dengan macam macam perangai manusia. Hebat percaturan Allah. Sekarang, kita dah masuk dalam bidang perniagaan.

Perniagaan memang adalah satu pekerjaan yang Rasulullah pun suka. 9/10 sumber rezeki adalah datang nya dari perniagaan. Kita memang minat nak berniaga sejak kecil lagi. Macam macam la bisnes yang kita cuba buat, tapi tak berjaya. MLM? Dah selalu dah orang offer. Dan kita tau, orang yang berniaga ni memang kena ada satu sikap muka tak malu. Kita bukan tak malu yang salah ya. Kita tak malu sebab kita jual barang yang baik, halal dan bermanfaat untuk semua orang.

So bila kita joined this company, boss kitorang memang galakkan sangat kitorang berniaga. Dan dia buka peluang untuk kita pun rasa sama sama macam mana nak berniaga. Dia buka satu department, Planet Jahit.

Bila dah joined, dari mula nak start up bisnes ni, semangat kita sangat tinggi. Mungkin sebab natural skills yang kita ada. Sekarang kita dah pandai closed sales, buat copywriting, uruskan macam macam hal sebab diberi peluang untuk belajar ilmu perniagaan ni.

Alhamdulillah, dah nak masuk 4 bulan kita kat sini. Doakan yang baik baik untuk kita ya? (>‿◠)✌



Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

✿ Link for Blogwalking View ヅ

Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2017 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™