Thursday, October 28, 2010

Home » , , » Dilema Mencari Rumah Sewa

Dilema Mencari Rumah Sewa

Salam Reader's!!~

hye u alls. semalam i kan pergi carik rumah sewa. puas i dengan Rose merayau sekeliling bandar Melaka. tapi hasilnya sangat tidak berbaloi. bikin sakit jiwa aje. u alls bayang kan lah, we alls dah pusing dari pagi sampai petang. tapi hasilnya sungguh mengecewakan.

i pergi carik rumah dekat kawasan sekitar Taman Kota Laksamana. sebab tempat tu kira tak jauh lah dari tempat kerja i dan rose. puas we alls pusing taman tu. sampai dah nak naik hafal semua bentuk rumah kat situ. penat nya!!! tuhan saja lah yang tahu. 

macam-macam fenomena yang berlaku semalam. we alls memang turun bertanya jiran-jiran sekeliling. tapi jawapan yang sama yang we alls terima. "Kawasan ni dah penuh, cuba adik carik sebelah belakang sana.." "Akak tak tahu lah dik. Rumah sebelah ni tak nak bagi orang sewa. Dia nak jual je.." "Rumah sebelah ni untuk dilelong dik.."

Arghh!! frust gila dengar jawapan yang sama. tapi we alls sabar je. jalan lagi. then tiba lah dekat satu kondo. we alls stop kereta dekat kawasan parking kat situ. niat hati nak tengok-tengok la. mana tau kot-kot ada rumah kosong. tiba-tiba we alls didatangi oleh apek guard cina tua. dia tanya, nak carik siapa? so i jawab lah elok-elok. we alls nak carik rumah sewa. lagipun time tu i tengah call owner rumah Taman Kota Laksamana. Tiba-tiba apek tu suruh we alls bagi IC, siap suruh register kat pondok guard. We alls berpandangan sesama sendiri. ehh. we alls nak tanya pasal rumah sewa je kot. apehal siap mintak-mintak IC bagai. Then i cakap la we alls just nak carik rumah sewa kalau-kalau kat situ ada kan? Pastu apek tu marah-marah. Dia cakap, "takde-takde. keluar-keluar. mana ada rumah sewa kat sini. pergi-pergi!!" damn punya apek tua! sakit nya hati, tuhan saja yang tahu. kot ya pun nak suruh we alls blah, cakap lah elok-elok. ni main halau macam tu. ingat we alls ni takde hati ke? mentang-mentang i bawak kancil je. dia selamba badak je nak halau-halau macam tu. siap maki-maki. hell!

oke. dah blah dari hell tu, we alls beredar ke area Taman Kesidang. i drive sambil call tau. tengah cakap-cakap tu, i ternampak ada rumah untuk disewa. rumah teres setingkat. rumah nya biasa je. tapi tempat parking dia sangat luas. memang muat sangat lah kalau i nak parking kat situ. i kan bawak kancil aje. huhu. i terus ambil handphone. terus dail number tu. hmm. perempuan yang jawab. i tanya lah pasal rumah tu. dia cakap tengok lah. kunci rumah ada dekat rumah makcik sebelah rumah tu. i terus excited nak tengok. makcik sebelah rumah tu bawak la we alls masuk tengok. siap tunjukkan dapur, bilik air, bilik tidur..belakang rumah pun dia bawak. oke. we alls pun setuju lah. rumah tu nampaknya dah lama. tapi we alls tak kisah. kan rumah jugak. yang penting, we alls boleh berlindung di situ. oke. dah salam dengan makcik rumah sebelah tu, we alls start lah enjin kereta nak balik. tapi we alls call balik akak owner rumah tu. i cakap lah yang we alls memang confirm nak sewa rumah tu. but, i tak tahu lah malang apa we alls semalam, dia boleh pulak cakap yang dia just prefer untuk orang yang dah berkeluarga saja. sekali lagi damn! apesal dia tak bagitahu awal-awal? buang masa we alls je pegi jenguk rumah tu. pegi panggil makcik rumah sebelah, pegi tengok longkang belakang rumah dia tu. sakit nya hati! macam nak nangis tau u alls! u alls bayangkan lah perasaan i time tu. dah excited dah, tiba-tiba pulak akak tu cakap macam tu. T___T

kalau u alls kat tempat we alls macam mana? apa yang u alls akan cuba buat? carik kat internet sudah. pergi round carik rumah sudah. pergi turun tanya orang sudah. pergi call owner sana-sini sudah. tapi, apa kesudahannya??

i memang betul-betul kecewa sangat! ohh Tuhan, kuatkanlah semangat kami!~
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

6 Chumel(s) comment ヅ:

Tomato Gurl's Life said... [Reply Here Bebeh!]

sabar ye nurul..
usaha lg cr..
jgn pth semangat..

Siapa Lin?? said... [Reply Here Bebeh!]

tak try cr kat kampung lapan?? dekat jugak kan dengan tempat kije?

Nurul chumel said... [Reply Here Bebeh!]

@Siapa Lin??

syg..tmn kesidang tu kat kg lapan la tu.. :(

yatie said... [Reply Here Bebeh!]

hai nurul..boleh sy dapatkan no tipon tuan rumah tu..sy pun sdg mencari rumah sewa..sudah berkeluarga

Nurulchumel said... [Reply Here Bebeh!]

@yatie

dah ke mana2 tah no tuh.
dah tak simpan lg.

✿ Link for Blogwalking View ヅ

300 x 250
Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™