Penjelasan TERBUKA Isu Blogger Tiru Layout Blogger Lain

Salam.

First of all. I mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Selama I tak online ni, rupanya banyak isu yang timbul tentang entry blog I ni. I dah agak dah benda ni mesti jadi. Sebab untuk buat blog review ni memang satu tanggungjawab mencabar dan PASTI akan ada pihak yang terguris perasaan nya. Sebab tu, I nasihatkan para blogger diluar sana, yang mungkin cepat terasa hati, or mudah terguris perasaan, cepat touching, dan seangkatan dengannya agar mengelakkan diri dari join blog review. Sebab mungkin apa yang diolah oleh penulis bakal menyinggung perasaan blogger yang membaca.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah isu yang I perkatakan ni kan? Isu blogger tiru layout blogger lain??hmm. Actually, benda ni tak boleh nak dengar atau baca dari satu pihak sahaja. Korang kena tengok, kena baca dari kedua-dua pihak. Baru lah adil. I tak salah kan blogger yang berkenaan, sebab beliau ada hak untuk itu. Tapi kan, why not dia cakap or explain terang-terangan dengan I sendiri? Kenapa mesti buat entry and open kepada semua readers untuk baca statement beliau tu? Kenapa tak cakap direct dengan I, yang beliau tak suka dengan kritikan or ulasan yang I bagi terhadap blog beliau?

Awal-awal lagi I cakap, tujuan blog review adalah untuk merapatkan ukhuwah dan persahabatan antara blogger. Bukan untuk bergaduh dan bertikam lidah. I pun tak suka nak besar-besarkan benda yang kecil semata-mata kerana sakit hati. Tapi bila ramai blogger yang tak tahu, komen pasal isu ni, I jadi macam pesalah yang buat salah paling besar sekali.  Adil ke untuk diri I??

oke. Untuk korang yang tak tahu apa punca isu ini, korang boleh baca entry ini. Blog Review | Miss Yaty the Sophisticated Girl. oke. I siap print screen sekali untuk korang yang malas nak buka link tu.

Punca isu adalah dari ayat Siapa tiru siapa ni ye? Niat I time tu just for joke. Normal la, ayat macam tu dalam blog review. Just nak tarik perhatian readers. Then perjelasan telah pun dibuat diruangan komen di mana time tu, I baru je tahu yang blogger yang disebutkan adalah adik-beradik. I baru tahu. Then I ingat benda ni tak serious pun, sebab I buat blog review ni adalah untuk suka-suka dan takde niat langsung untuk menuding jari kepada sesiapa.

oke. Honestly, I mintak maaf kepada kedua-dua blogger ini. Memang kadang-kadang kita sebagai manusia ni, tak pernah lari dari berbuat kesilapan. Apa salah nya, blogger tersebut tegur I baik-baik yang beliau tersinggung dengan ayat yang I gunakan tu? Kan itu lebih bagus dari open statement yang turut mengguris hati I juga sebenarnya. 

Takde salahnya tiru or ikut sebijik-sebijik blog yang kita suka. Tak salah pun. Lagipun, just a design. I tak pernah kata benda tu salah. Sebab dulu masa I mula-mula blogging pun, I ada jugak ikut design blog yang I suka. Tapi bila apa yang I tulis dalam entry-entry I tu dijadikan isu, I jadi serba salah untuk teruskan segmen Blog Review tu. Takut ada pulak pihak lain yang terasa dengan statement yang I tulis. Padahal tujuan utama blog review adalah untuk improve diri kita dalam dunia blog, bukan bermusuhan.

Lastly, I mintak maaf banyak-banyak kepada pihak yang terlibat. Cik Tom dan Miss Yaty. Thanks sebab buat I sedar kesilapan I. Thanks juga untuk semua readers yang komen entry-entry beliau. Baru I sedar, ramai pihak yang tak suka dengan blog I. Thanks.


Photobucket

Comments

mizayusof said…
tentang isu blogger tiru siapa ni miza tak nak komen panjang. sebab ketiga-tiganya (nurul, cik tom dan yaty) kawan miza.

apa yang boleh miza katakan, sabar k. nurul pun tak tau cik tom dan yaty adik beradik dan sekarang dah tau kan mereka adik beradik.

semoga entry ini tidak disalah ertikan oleh pihak lain. sabar k nurul ?
Bulan Purnama said…
alolo..sy suke blog awk.. heehe :)
Nurulchumel said…
@Miza Yusof

thanks miza. sebab miza bg semangat dekat nurul. hmm. ntah la. besar sangat kot salah nurul kat diorg.kdg2 apa yg kita tulis dalam blog ni tak semua org boleh accept kan?

thanks utk komen miza. appreciated it. :)
Nurulchumel said…
@Admin

thanks.. malu ai! hiks! :)
@cik_ezati said…
in fact niat kite hanya nak bergurau tapi bukan semua boleh terima gurauan kite & disalahertikan, sabar & be chill oke dear =)
NuSaNa NoSa 91 said…
nurul.. so sorry.. keen tatau la plak nurul yg tertimbulkan isu ni, tanpa sengaja.. keen ingt kn blogger yg nk cari gado.. minta maaf sgt2 tau.. hu3~ T__T

tp, keen tetap suka blog nurul tau~ xtipu.. ^_^
Niesa said…
salam..biasa la tu salah fham...xsemua org suka n xsemua org xsuka..apa2 pn nisa ttp suka blog ni..chumel n yg penting!PINK itu penting..hee~
Nurulchumel said…
@zati

hmm. betul tu.
isu ni betul2 jadi pengajaran utk blogger mcm I.. :(

thanks zati! :)
Nurulchumel said…
@NuSaNa NoSa 91

takpe keen.
maybe keen tak tahu time tu.

thanks sebab still dtg blog nurul ni.. :)
Miss Yaty said…
salam nurul chumel..

pertama sekali miss yaty nak tanya nurul adakah nurul baca entry miss yaty dan cik tom dari awal hingga akhir entry?

kalau ada mesti nurul paham apa motif utama miss yaty buat entry tu..

yang kedua, ada miss yaty dan cik tom kuarkan link atau tunjukkan link blog nurul masa kami buat entry pasal isu berkenaan. niat ktorang bukan nak bergaduh atau bertikam lidah. kalau niat miss yaty nak carik gaduh miss yaty dah tunjuk link blog nurul dalam entry berkenaan..

dalam isu sekarang adakah miss yaty dan cik tom mencarik pasal nak hentam nurul? miss yaty paham yang nurul dan blogger lain ramai yang tak tahu pasal ktorang adik beradik.. miss yaty tak salahkan nurul pun..

yang kedua, miss yaty buat entry tu bukan untuk refer pada nurul tapi pada umum sebab bukan nurul je yang pikirkan isu blogger tiru blogger...ramai lagi yang perkatakan isu itu..

kalau nurul baca entry miss yaty yang berkenaan sampai habis mesti nurul perasan yang miss yaty ada gtaw yang 'ramai' cakap blog miss yaty tiru blog ciktom..tulah motif sebenar miss yaty buat entry tu..

bukan nak terangkan kat nurul tapi pada umum..

nurul pun tahu yang miss yaty dah terangkan dekat entry review yang miss yaty adik pada cik tom jadi buat apa miss yaty nak terangkan lagi dalam entry kalau masih menjuruskan pada nurul??

kalau nurul tak caye yang bukan nurul je pikir mcm tu nurul boleh baca komen2 di entry miss yaty yang pasal isu tu..rmaai yang mengaku miss yaty macam tiru cik tom..

yang ketiga, miss yaty dan cik tom tak de pun sebut isu tu dari blog review..jadi kenapa nurul boleh rasa miss yaty nak bergaduh dengan nurul?

kenapa nurul rasa miss yaty jahat sangat nak hentam nurul seorang dengan hanya di sebabkan miss yaty print screen entry mengenai review blog miss yaty??

Miss yaty print screen entry nurul untuk menunjukkan bukti salah seorang pikirkan blog miss yaty tiru blog cik tom..

Jadi di sini miss yaty tekankan lagi sekali entry itu memang untuk bacaan umum sebab miss yaty nak terangkan pada semua readers blog miss yaty bahawa ktorang siblings. Bukan nak referkan pada nrul.

p/s: maaf sebab komen pjg sebab miss yaty tak tahu nak terangkan kat mane lagi..kalau kat entry takut lagi ramai yang salah paham dan ingat miss yaty nak gaduh dengan nurul.

p/s: miss yaty harap nurul dapat baca entry ktorang dari awal sampai akhir dan komen2 di entry kami yang itu untuk menyelesaikan salah faham antara kita.

p/s: miss yaty harap nurul dapat baca komen ni sampai habis.

salam
Tak apa. Shag ada baca komen Nurul kat entri Nurul review belog Yaty aritu. Nurul tak tahu. Yelah, Shag pun sbnrnya tak tahu smp lah aritu Yaty ada sebut kakak dia yg suggest belog Shag kat dia. Dan kakak dia Cik Tom. Dan, mungkin dorang buat entri tu bukan nak hentam Nurul. Dorang nak jelaskan kot kat pembaca yg mungkin akan rasa, 'Ohh Yaty ada copycat-er' tak pun 'Cik Tom ni peniru rupanya'. Segalanya berkemungkinan kan Nurul?

Apa apa pun, Shag tetap suka belog Nurul, Cik Tom dan Yaty. Masing2 ada daya penarik tersendiri ;) Moga Nurul tak berpatah hati dan terus ber-belog ya ;D

Entri terbaru Shag : Mengira hari dan terus berdebar
| Gadis Kidal | said…
jiha suka blog awk..:)..
hamzah ian said…
maaf secara terbuka.. bagus..

review la blog gua juga..
Nurulchumel said…
@Miss Yaty

Salam miss yaty.
Thanks for the comment.
I buat entry ni just utk terangkan situasi yg I rasa. Honestly, mmg nurul terasa. I tak kata pun yang miss yaty cari gaduh, tapi I just nak kita sama-sama tahu yg kita masing2 mmg dah salah faham. I salah faham entry miss yaty tu, then miss yaty pun dah salah faham apa yang I cuba sampaikan dalam blog review tu.

Truly, I mmg sangat-sangat sedih bila cik tom dan miss yaty masing2 mcm menujukan entry tersebut utk I sorang. Kalau miss yaty kata utk umum, kenapa miss yaty print screen mcm tu? sedikit sebanyak mmg mengguris hati. Even miss yaty tak letak link.

hmm. now, I rasa lebih baik kita stop isu ni dengan cara yang baik. I tak nak pasal isu kecil ni, kita berselisih faham sesama blogger. I faham apa yang miss yaty rasa. Then miss yaty juga kena faham apa yang I rasa. Itu yg lebih baik.

Lastly, sorry sangat pasal entry ini dan entry blog review tu. I tahu I just a small piece of a whole part in this world. Manusia tu kan mmg tak lari dari buat kesilapan. I mintak maaf banyak-banyak.

p/s: Miss yaty maafkan I tak?? :(
Nurulchumel said…
@Puan Besar Shag Yahaya

yes shag.
segalanya mungkin.
hmm. apepun, I dah mintak maaf secara terbuka. even explaination I tak berapa nak difahami. so, tanggungjawab I dah lepas. Terpulang kepada individu tu nak maafkan ke tak kan?

p/s: thanks shag sebab selalu support nurul!! :)
Nurulchumel said…
@hamzah ian

tak mao la review blog lu. Nanti lagi banyak org hentam gua! har har har!!
Miss Yaty said…
@Nurul chumelits ok nurul.miss yaty tak penah salahkan nurul. nurul tak perlu nak minta maaf. nurul tak salah pun.

bila nurul ada sebut pasal tu jadi miss yaty pikir miss yaty patut menjelaskan isu sebenar. yes miss yaty setuju pendapat shag tu. miss yaty takut ada yang cakap my sis ialah peniru. miss yaty tak kesah orang cakap miss yaty peniru.

okay dear. hope takde sape buat onar antara kita pasal isu ni. please and please don't stop review other blog. miss yaty taknak hanya kerana isu ni dan komen anon di shoutbox buat nurul patah semangat nak sambung review blog.

jangan patahkan hati blogger yang teringin untuk di review. miss yaty paham perasaan mereka.

:)
Nurulchumel said…
@Miss Yaty

thanks so much miss yaty..
keep in touch oke? :)
CIK TOM said…
hi nurul..sori lmbt singgah utk jenguk entry ni..tp cik tom dah tahu perkembangannya dari adik cik tom, miss yaty..cik tom rs xperlu cik tom pnjgkan cerita lg psl isu ni...

cik tom rs cerita ni pun kita tutup...kita teruskan persahabatan kita didunia blog seperti biasa ye...

peace k...jgn la sedih3 ye..cik tom suka blog nurul...rsnya cik tom dah mention kat nurul sebelum ni...ramai diluar sana yg sukakan blog ni...

keep blogging ;)
Nurulchumel said…
@CIK TOM

thanks cik tom..
ingatkan cik tom da benci tgk blog nurul. :(

Popular Posts