Thursday, September 22, 2016

Home » , , , , , , , , , , » Usahawan Kecil | Impian atau Mimpi?

Usahawan Kecil | Impian atau Mimpi?

Salam.
Busy betul kita lately ni. Bukan tak nak update, bukan takde idea nak update, tapi kekangan waktu menghadkan kita nak menaip. Mujur juga belum dapat rezeki anak. Tula, percaturan Allah tu cantik kan?

Tengok tajuk entri. Menggambarkan diri kita sekarang. Kita ni kan, dari dulu memang minat sangat berniaga. Masa sekolah dulu, cita-cita kita nak jadi "lecturer". Tapi hajat kita tak kesampaian. Dapat further study setakat Diploma je. Dulu dulu zaman mak mak kita, Diploma tu dah kira tinggi dah. Boleh sangat nak jadi lecturer. Tapi zaman sekarang ni, bersepah graduan graduan yang mempunyai status Diploma yang still tak berkerjaya. 

Masa study dulu, kita amek course Diploma in Hotel and Catering Management. Bila orang pandang, terasa rendah nya diri ini. Ramai yang kata alahai, course senang. Tapi kalau lah diorang duduk dekat tempat kami student "Hot-Cat" ni, baru diorang tau betapa gigih nya kami study dengan nak catch up theory, nak master kan skills lagi. Pheww. Kenangan.

So lepas habis study, kita pun terus dapat offer kerja dengan company tempat kita buat Latihan Industri (Practical). Rasa nya kalau siapa yang follow blog kita dari dulu, mesti dah tau macam macam hal yang jadi masa kita kerja kat hotel dulu. Banyak kenangan. Pahit dan manis. Yang pahit tu biarlah kita simpan sendiri, yang manis tu kita kenang. Macam macam kenangan. Yang paling best, masa kita kerja dengan YTL Hotels, kita dapat offer kerja dekat Hokkaido, Japan for 4 months. Korang boleh baca entri entri terdahulu kat sini.
Once kita dah berkahwin, kita still kerja hotel lagi. Tapi memandangkan kita ni selalu je sakit, dan ramai pulak orang bercakap belakang pasal kita, since kita dah naik pangkat jadi Supervisor kat situ. So kita decided untuk resign. Bukan tak sayang dengan job tu. Lebih 6 tahun kita bertahan jadi Hotelier. Masa dengan family sangat sangat limited. Raya selalu kita balik. Kalau balik pun raya ke-empat, ke-enam. So ramai sangat saudara yang kita tak jumpa. Itu pasal raya. Kalau wedding member member, selalu tak boleh attend. Sebab Weekends memang payah sangat nak dapat cuti. Bayang kan lah macam mana kita tahan tohmahan, kena maki dengan guest, sebab kita front liner. Bukan back of the house.  

So once dah resign, kita terus tanam tekad nak berniaga. Masa kita kerja hotel dulu pun ada jugak la buat side income. Macam macam produk kita jual. MLM pun banyak. Dengan Elken kita lama sikit, dan modal yang kita labur kat Elken memang banyak. Benefit memang ada. Tapi untuk jadi kaya, susah sikit. Sebab kita buat sambil bekerja. Selain tu, kita ada juga buat Dropshipper. But, still tak jalan. Keuntungan tak banyak. Yelah, kan produk orang. They all ada rules yang kita nak kena ikut. 

29th August 2016.
Bermula lah kisah kita sebagai usahawan kecil. Kita buat bisnes jual kuih. Mula mula kita ingat nak buat kuih then hantar je dekat gerai gerai or warung tepi jalan. Tapi bertahan 3 hari je. Sebab modal banyak, tapi keuntungan sikit. Kuih banyak tak habis. So kita decide nak buat frozen food. Actually sebelum tu memang ada juga orang tempah, tapi time tu belum serius lagi. Adik kita cakap, kita buat Spring Roll sedap. So, dia tempah untuk majlis merisik dia. Kita try advertise dekat FB. Alhamdulillah. Ramai orang yang beli. Dulu kita jual 2 flavors je. Sekarang, kita dah launched 1 lagi flavor baru. Permintaan memang banyak. Adik beradik memang banyak tolong. Diorang share kat FB diorang, diorang tolong ambil kan gambar. Diorang tolong promote kat kawan kawan kolej. Keep supporting me whenever kita rasa down. 

Pening nak kira. Hihi.

Dulu, kita rasa macam mustahil la. Betul ke kita boleh berniaga. Now bila kita dah cuba, kita rasa kita dah boleh hadapi 'fear' tu. Segala nya mungkin. Tak ada benda yang mustahil dalam dunia ni. Sebab rezeki tu Allah yang tentukan. Banyak hikmah sebenarnya. Dulu, masa kita kerja hotel kan, solat kita selalu rongak. Alhamdulillah, sekarang bila dah berniaga ni, kan buat dari rumah je. Solat pun terjaga. InsyaAllah, bila solat terjaga, pintu rezeki untuk kita sentiasa terbuka luas.

So, korang rasa kan..
Kita ber-impian or sekadar ber-mimpi?
Renung renungkan. :)
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

9 Chumel(s) comment ヅ:

Shiqeen Sattar said... [Reply Here Bebeh!]

Alhamdullillah. Rezeki Allah Maha Luas. SS yakin Nurul pasti jadi usahawan yg berjaya. Amiin!

Nooraini Ali. said... [Reply Here Bebeh!]

impian di tulis dgn jelas. kaalu mimpi selamantya dlm mainan tidur. so, letakkan impian tinggi.

Nurulchumel said... [Reply Here Bebeh!]

@Nooraini Ali.

InsyaAllah. Impian akan jadi satu kenyataan suatu hari nanti. :) Tq ummi nani! :)

Busyra Bt Takiyudin said... [Reply Here Bebeh!]

alhamdulillah rezeki. teruskan berniaga. :)

My Story Cafe Asrul & Rahimah said... [Reply Here Bebeh!]

Orang Berniaga Tawakkalnya Tinggi. Jatuh bangun luka lebam terhantuk langgar dinding asam garam niaga.. Yakin Allah itu senantiasa membantu dengan caraNya.
.
insya Allah kami doakan terus usaha jaya dengan cemerlang lagi. Jaga amal dan amanah dengan Allah insya Allah rezeki dilapangkan diluaskan juga.
.
Kipidap don't Give Up ya.

Cik Farhana said... [Reply Here Bebeh!]

Yg penting usaha..Ignore je org laen nk kate ape..we can!! :)

✿ Link for Blogwalking View ヅ

300 x 250
Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™