Monday, October 31, 2016

Home » , , , , , , , , , , » Percutian Keluarga ke Cameron Highlands | Part 1

Percutian Keluarga ke Cameron Highlands | Part 1

Salam.

Awas! Entry ini panjang dan penuh dengan gambar!

Penat masih terasa. Tapi dalam penat penat tu, tersimpan 1001 memori terindah dalam diari keluarga kami. Jumaat lepas, kami sekeluarga pergi bercuti ke Cameron Highlands. Ini kali kedua kita jejakkan kaki di sini. Masih lagi sejuk walaupun agak kurang berbanding dengan tahun 2003. Kita pergi dulu dengan rombongan sekolah masa form 3. Dah makin cantik tempat tempat di Cameron Highlands ni. Dulu ikut rombongan, so limited sikit tempat tempat yang nak dilawat tu. Kali ni lebih bebas, sebab pergi dengan family dan suami tercinta. Hihi. 

Kita bagi gambar teaser dulu. Muqaddimah! πŸ˜œ

Kami rancang percutian ni dari bulan Jun yang lepas lagi sebab Mama kita kata tak pernah pergi Cameron. So kitorang decided adik beradik untuk bawa Mama dan Ayah jalan jalan ke sini. Kak Ngah kira budget, kita pulak plan tentative dan arrange kan transport dan homestay. Nak stay dekat hotel macam tak sesuai pulak kan sebab kitorang ramai. Lagipun family trip macam ni kena la stay satu rumah. Baru la family trip kan!

Petang Jumaat tu, Abang, Ayah dan Mama gerak dari Batu Pahat ke Melaka. Sebab kita yang arrange transport, so kita sewa van Toyota Hiace 10 seater dekat area rumah kita ni je. Tinggal kan kereta dekat rumah je. Senang Mak and Abah boleh tolong tengok tengok kan. Tepat pukul 5.30 petang, kami pun bertolak. Kami singgah di Seremban untuk pick up Haziq di Kolej Pembantu Perubatan Seremban. Dah alang alang nak pick up Haziq kat Seremban, kita pun suruh Kak Ngah, Ijam (Tunang Kak Ngah) dan Iwat naik train ke Seremban. Pick up satu tempat je senang. Plan asal nak pick up diorang dekat TBS. Tapi dah sampai Seremban, kita suruh diorang datang Seremban je. Kitorang tunggu dekat Petronas depan Terminal One. Sambil tu, solat Jamak Maghrib dan Isyak sekali. Perjalanan masih jauh sebab kita kena hantar delivery dekat Bandar Mahkota Cheras dulu.

Lepas settle semua, kitorang pun bertolak ke utara. Singgah rehat, makan malam kat RnR Tapah pukul 12 tengah malam. Kemain lapar semua. Mama bawak bekal Nasi Goreng dengan telur dadar. Lama juga kami di Tapah tu. Bagi driver tidur dulu. Oh ya! Hasben kita adalah official driver untuk trip kali ni. Kami gerak dari Tapah pukul 4.15 pagi. Masing masing terlentok dalam van. Kita terlelap kejap kejap je. Hihi.

Sampai Cameron Highlands pukul 6 pagi melalui exit Simpang Pulai. Kalau korang pun nak pergi Cameron, elakkan la guna exit Tapah untuk naik ke Cameron. Jalan dia sangat narrow dan berbahaya sebab takde lampu jalan, gelap dan banyak lori lori turun guna exit Tapah. Kita dah survey siap siap. Naik ikut exit Simpang Pulai, turun ikut exit Tapah. Sampai sana, jumpa 7eleven sebab mama tertinggal travel dental kit dia. Terus tanya dekat brother 7E tu mana toilet, mana surau sebab nak solat Subuh dulu. Rupanya tu bangunan Nova Highlands Resort and Residence. Brother tu suruh kitorang park kat basemen dan kat area tu ada toilet dan surau. 

Settle solat, kami terus cari breakfast port. Kami tak boleh nak terus ke homestay, sebab kami memang reserve untuk 1 malam sahaja. Check in pun pukul 2 petang. So kami decided to breakfast, the terus ke tempat tempat yang dah ada dalam tentative. Most of the place memang buka pukul 8 pagi paling awal. Sebab kita dah survey, Cameron Highlands memang sangat crowded dengan manusia especially festive seasons or holiday seasons. Kebetulan Sabtu tu kan Deepavali. Sebab tu kitorang nak jalan jalan seawal mungkin. Memang jammed tak bergerak nanti kang langsung tak boleh pergi mana mana. 

First place, kami pergi Cactus Valley. Cactus Valley ni terletak betul betul bersebelahan dengan Big Red Strawberry Farm or nama lain nya Taman Agro Tourism Cameron Highlands. So kami adalah visitor pertama ke Cactus Valley untuk hari itu. Entrance Ticket untuk ke Cactus Valley ialah RM 5.00 untuk dewasa dan RM 2.00 untuk kanak kanak. Memandangkan ayah tak berapa sihat, ayah kata nak tinggal dekat van je. So kami ber-8 je yang naik memanjat Cactus Valley tu. Agak penat tapi berbaloi. Banyak sangat cactus yang kita tak pernah jumpa sebelum ni ada kat situ. Mama orang paling teruja. 

On the top of the hill! Penat memanjat. Pheww!

Hasben kita memang nakal gila. Ruru 2016. Suka nau ejek orang.

Hasben di celahan cactus.

Mama di celahan cactus.

Da siblings.

Banyak nya cactus!

Cantik gambar ni. Pandai Ijam snap. Haha.

Hasben sapa syok nau baring atas batu batuan ni? 

Happy tengok mama happy. 

Hasben and Wife.

Me and the cactus!

Nampak tak kami? Hihi.

Nak jugak selfie. Haha.

Suka betul hasben kita dengan cactus besar tu? Haha.

Eh. Macam panjang pulak entry kali ni. Oke, to be continue till the next part ya. Stay tuned! πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹





Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

0 Chumel(s) comment γƒ…:

✿ Link for Blogwalking View γƒ…

300 x 250
Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties γƒ… | All Rights Reserved™