Recipes: Lepat Liat

Salam.

I berasal dari negeri paling selatan dalam semenanjung Malaysia. Jadi, sebelum ini, I tak pernah dengar pula resepi Lepat Liat. Mungkin ada di antara korang semua yang berasal dari utara semenanjung yang pernah tahu resepi ini. Apa pun, jom kita belajar, macam mana ye nak buat lepat liat? I dapat resepi ini ketika berkunjung ke rumah seorang teman di Tanjung Malim beberapa hari lepas. Masa trip 3 days 2 nites tu lah.

Bahan-bahan:
  • Tepung pulut
  • Gula Merah (cairkan)
  • Kelapa Parut (gaulkan dengan sedikit garam)
  • Sedikit Minyak Masak
  • Daun Pisang
Cara Penyediaan:

  • Campurkan tepung pulut dan gula merah sedikit demi sedikit. Gaul rata sehingga mendapat tekstur seperti di atas.

  • Sapukan sedikit minyak masak ke atas daun pisang.

  • Ambil sedikit adunan tepung pulut tadi dan letakkan ke atas daun pisang seperti di atas.

  • Letakkan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

  • Proses membungkus.

  • Susun ke atas periuk pengukus.

  • Kukus selama 15-20 minit.

  • Sedia dihidang. 

Resepi ini sangat mudah. Sesuai dihidang semasa minum petang. Sangat sedap. Sampai I makan sekali 3 ketul. HEHE! Selamat mencuba! =.=
Photobucket

Comments

Cik Jannah said…
tgk mcm senang jer nak buat
tp org tak pandai msk mcm ai ni, yang senang pon kata susah
ekekee
CIK TOM said…
wah lepat pisang tue nmpk best...boleh cuba jgk ni time blk umah next weeek...thanks yunk!
Nurulchumel said…
@CIK TOM

cik tom, bukan lepat pisang..
lepat liat..
tak sama.. hehe..
Nurulchumel said…
@cIk JanNah

hehe..
try dulu, baru kate senang ke susah..
hehe.. :)

Popular Posts